Followers

Wednesday, 7 September 2011

PERLU DIPANJANGKAN : Bantuan WonderBloggers Diperlukan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Teliponnn.. teliponn berbunyikkk..
Ada Orang dalam bahayaaa..
Ada orang dalam bahayaa..
Ada orang dalam bahayaa.. di sana...

OPsss...Sekali da terikut Wonderpets plak. hihi.. Sebenarnya kan, Nadh nak maklumkan, ada seseorang memerlukan bantuan kita sebagai bloggers. Nadh tak sure ada berapa orang dalam dunia blog ni, dan Nadh juga tak tahu berapa orang yang sebenarnya membaca entry-entry para bloggers sekalian, tapi Seseorang memerlukan bantuan kita.


Bantuan di sebarkan message ini ke dalam kotak-kotak dashboard orang, iaitu mengenai Adik Erieka Suhana Amarrusdee yang memerlukan sebanyak RM15,000.00 supaya dia dapat menjalani pembedahan kali kedua di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menukar tiub baru di bahagian jantungnya. 
 
Adik Erieka Suhana menderita jantung berlubang, dan pernah pernah menjalani pembedahan ketika berumur setahun setengah untuk memasang tiub kerana berdepan masalah saluran darah sempit. 

Kita hanya berusaha, yang dapat menyelamatkan anak di bawah ini hanya ALLAH SWT. Sekiranya setiap kita masukkan RM10 dalam akaun BSN ibunya yang tertera di akhir laporan akhbar, insyaAllah sekiranya 1500 orang berbuat demikian akan tertunailah hajat ibu di bawah ini. Bersyukurlah banyak-banyak atas nikmat Allah kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang sihat walafiat.

Buat perkara baik, jangan tangguh-tangguh. Sekiranya anda mahu membantu, bolehlah dihulurkan ke :
Akaun Bank Simpanan Nasional (0530041000031684) atas nama ibu adik Erieka Suhana, Kak Ezzatul Zurin Mohd Zain atau hubungi terus talian 012-344 3904.


Sedikit bantuan tapi AMAT BESAR MANFAATNYA pada Adik Erieka Suhana.

Terima kasih semua. Moga ALLAH merahmati anda.


Sumber : Email dan Sinar Harian 06 Sept 2011

8 comments:

cik idora said...

kesiannya dia...
syukurlah ALLAH S.W.T kurniakan kita kesihatan yg baik cmni =)

aimie amalina said...

huuuuuu
ciannye
alangkah bgusnye kalo ade duet skrg..
huuuuuu

Sunah Sakura said...

insya'Allah malam nanti boss buat entry..

CT said...

slmt hari raya

http://batulesung.blogspot.com

Niena Pengembara Ilahi said...

InsyaAllah.. pasti ramai yg membantu dia nnti :D

Niena Pengembara Ilahi said...

InsyaAllah.. pasti ramai yg membantu dia nnti :D

BeloG MTT said...

Kasihan diaa..Kecik lagi dah kena tanggung semua ni..Hopefully bantuan yang di hulurkan dapat membantu.. :(

fRaMe+LenSeS said...

Thanks suma. kita doakan kesihatan adik ni ya..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA