Followers

Showing posts with label Akhir Zaman. Show all posts
Showing posts with label Akhir Zaman. Show all posts

Saturday, 15 October 2011

Dibelakang tabir dunia maya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kalau tadi jiran Nadh sebut pasal kegunaan MukaBuku ni. Ni Nadh nak sebut pasal keburukan plak dunia maya disebalik tabir yang kita tak berapa tahu. 

Nadh pernah berjumpa dengan ramai orang, yang memberi manfaat, tak kurang pula yang memberikan peringatan dari perbuatan-perbuatan mereka yang songsang yang tak sepatutnya diikuti. Dalam tu Nadh terjumpa dengan satu social network ni. Nadh tak ingat nama dia, tapi dalam tu memang BAHAYA. 

Dalam tu, kita boleh berkawan, dan macam dunia reality ni, berkenalan, berkawan, bercinta, dan akhirnya hinggalah kepada perbuatan zina dan boleh mengandung plak. Serious, dalam tu boleh tekan command dia dan lepas tu karektor dalam tu akan buat hubungan seks. 

Bayangkan, dalam dunia maya pun boleh macam tu, akhirnya membawa ke reality. Sangat menakutkan. Dunia maya yang disalahguna, membawa ke reality. Yang mana kerosakan maya menjadi sambungan dosa di reality. 

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)” (Al-Isra : 32)

Kenapa Nadh ambil ayat ni sebagai rujukan? Sebab seperti yang Nadh sebutkan tadi, dari dalam social network, hubungan tu mulai mekar, dan dari perbuatan haram didalam web tu (walaupun secara karektor dalam tu) tetapi adalah satu perbuatan mendekati zina dan akhirnya ianya di realitykan dengan perbuatan di alam nyata. SubhanALLAH, menakutkan apa yang terjadi hanya dek kerana satu social network.

Rasulullah sebenarnya sangat takutkan akan hal ni, malah dalam satu riwayah Al-Baihaqi, Rasulullah menegaskan,
“Wahai golongan Muhajirin! Ada lima perkara buruk yang aku pohon agar tidak menimpa kalian. Antaranya adalah; tidak merebak perzinaan dalam sesebuah bangsa sehingga mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya melainkan akan tersebar di kalangan mereka pelbagai penyakit yang belum pernah menimpa umat Islam sebelum mereka”

Bukti yang nyata, penyakit AIDS yang hingga kini belum bertemu dengan jawapan penawarnya, banyak lagi penyakit yang menimpa, dan akhir sekali penyakit yang ALLAH turunkan dalam masyarakat, iaitu penyakit rosak akhlak yang berpunca dari kepincangan ini dan dijanjikan akan balasan yang pedih pula sepertimana yang disebutkan dalam Surah Al-Furqaan ayat 68 dan 69 : 

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan” 

Jadi sebagai peringatan, "CARILAH YANG HALAL". 

Cinta yang dititipkan itu wajarlah dijaga sebaiknya. kerana itu adalah nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. Dari mata turun ke hati, andai tidak di simpulkan dengan perkahwinan, dikhuatiri bakal membawa kepada keburukan yang tidak kita sangka-sangka. Ingatlah yang penyakit hati itu tidak pernah berhenti menyerang kita. Syaitan dan nafsu juga tidak meninggalkan kita, malah berjanji syaitan itu yang dia akan merosakkan umat ni sehingga tibanya hari akhirat nanti. 

Jadi sewajarnya kita menjaga nikmat IMAN sebaiknya dan jangan dirosakkan dengan dosa-dosa, walau setitis namun sekiranya dikumpulkan akhir nya dia mampu melemaskan kita. Ambillah peringatan. 

Moga-moga bermanfaat.

Tuesday, 21 June 2011

Ada aku heran? Berapa duit la sangat kan...

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim.

Nadh tak reti nak kata apa hari ni. Leh tak Nadh nak luahkan kesedihan Nadh ketika membaca entry dalam blog sorang sahabat tadi?

Nadh bukan sesapa nak mempersoalkan, tapi apabila terbaca itu dan satu lagi yang Nadh jumpa dalam email mengenai perkara yang sama Nadh plak rasa sedih.

Hukuman untuk bersekedudukan hanyalah DENDA + Penjara setahun. (mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 Seksyen 9(2) akta yang sama dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.)

. Apa pendapat anda? 

Dizaman DUIT-DUIT-DUIT ni, denda ni bukan lah apa sangat. Ada orang takut ka kalau duit berkoyan-koyan dalam akaun?? Tak ada duit, leh cari, leh pinjam, HANYA DEMI MENGELAKKAN DARI DIHUKUM. Lepas tu? Ada ka rasa TAKUT kalau SENANG-SENANG boleh SETEL HUKUMAN NI???

"Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." (Al-Israa : 30)

Sebab itulah Dalam Al-Israa ayat 41 ALLAH berfirman :
"Dan sesungguhnya dalam Al Qur'an ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran)."

DALAM SEDAR TAK SEDAR, KITA SEBENARNYA SEDANG MEMBELAKANGKAN HUKUM ALLAH, Ibarat Mesin yang direka cipta oleh Inventor, menjerit kepada Inventor, "Biarlah aku membaiki diriku.. aku lebih kenal diriku..."

Tak apalah, sekarang kita menunggu pula Janji yang bakal dikotakan..

Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata :
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” ( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya)

Kita langsung tak sedar kan?


you screaming mu name by ~Amori-chan on deviantART


Rujukan : Jenayah zina dalam Islam dan keburukannya



Sunday, 5 June 2011

Hadis Akhir Zaman

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Ertinya:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara­-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".


( H.R Ibnu Majahv)

Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa:

1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan. (sedang berlaku dengan banyaknya. Dan satunya penyakit yang masih tiada ubatnya iaitu AIDS. )

2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan. (Semakin naik harga, jadi demi menyelamatkan diri, dan mencari keuntungan manusia mula menipu dalam timbangan. Yang kaya, makin gagah, yang miskin makin susah)

3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat. (Hujan, panas tidak menentu, bukankah ini satu petunjuk buat kita menginsafi ? )

4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Palestin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.

5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum­hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan. (tiada lagi penyatuan, bila satu pihak menghalang hukum ALLAH dilaksanakan, manakala satu lagi nak memperkasakan hukum ALLAH demi untuk menjaga kesejahteraan, tak payah tengok banyak, cukup di negara kita sendiri. )

Note :: Cuba baca balik 2 kali apa yang diatas ini, bukankah semua nya sudah menimpa kita? Bersama kita renung-renungkan..:)

Sumber : http://www.pekida.org/


Buta+Pekak+Bisu=CINTA