Followers

Saturday, 15 October 2011

Dibelakang tabir dunia maya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kalau tadi jiran Nadh sebut pasal kegunaan MukaBuku ni. Ni Nadh nak sebut pasal keburukan plak dunia maya disebalik tabir yang kita tak berapa tahu. 

Nadh pernah berjumpa dengan ramai orang, yang memberi manfaat, tak kurang pula yang memberikan peringatan dari perbuatan-perbuatan mereka yang songsang yang tak sepatutnya diikuti. Dalam tu Nadh terjumpa dengan satu social network ni. Nadh tak ingat nama dia, tapi dalam tu memang BAHAYA. 

Dalam tu, kita boleh berkawan, dan macam dunia reality ni, berkenalan, berkawan, bercinta, dan akhirnya hinggalah kepada perbuatan zina dan boleh mengandung plak. Serious, dalam tu boleh tekan command dia dan lepas tu karektor dalam tu akan buat hubungan seks. 

Bayangkan, dalam dunia maya pun boleh macam tu, akhirnya membawa ke reality. Sangat menakutkan. Dunia maya yang disalahguna, membawa ke reality. Yang mana kerosakan maya menjadi sambungan dosa di reality. 

Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)” (Al-Isra : 32)

Kenapa Nadh ambil ayat ni sebagai rujukan? Sebab seperti yang Nadh sebutkan tadi, dari dalam social network, hubungan tu mulai mekar, dan dari perbuatan haram didalam web tu (walaupun secara karektor dalam tu) tetapi adalah satu perbuatan mendekati zina dan akhirnya ianya di realitykan dengan perbuatan di alam nyata. SubhanALLAH, menakutkan apa yang terjadi hanya dek kerana satu social network.

Rasulullah sebenarnya sangat takutkan akan hal ni, malah dalam satu riwayah Al-Baihaqi, Rasulullah menegaskan,
Wahai golongan Muhajirin! Ada lima perkara buruk yang aku pohon agar tidak menimpa kalian. Antaranya adalah; tidak merebak perzinaan dalam sesebuah bangsa sehingga mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya melainkan akan tersebar di kalangan mereka pelbagai penyakit yang belum pernah menimpa umat Islam sebelum mereka

Bukti yang nyata, penyakit AIDS yang hingga kini belum bertemu dengan jawapan penawarnya, banyak lagi penyakit yang menimpa, dan akhir sekali penyakit yang ALLAH turunkan dalam masyarakat, iaitu penyakit rosak akhlak yang berpunca dari kepincangan ini dan dijanjikan akan balasan yang pedih pula sepertimana yang disebutkan dalam Surah Al-Furqaan ayat 68 dan 69 : 

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan” 

Jadi sebagai peringatan, "CARILAH YANG HALAL". 

Cinta yang dititipkan itu wajarlah dijaga sebaiknya. kerana itu adalah nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. Dari mata turun ke hati, andai tidak di simpulkan dengan perkahwinan, dikhuatiri bakal membawa kepada keburukan yang tidak kita sangka-sangka. Ingatlah yang penyakit hati itu tidak pernah berhenti menyerang kita. Syaitan dan nafsu juga tidak meninggalkan kita, malah berjanji syaitan itu yang dia akan merosakkan umat ni sehingga tibanya hari akhirat nanti. 

Jadi sewajarnya kita menjaga nikmat IMAN sebaiknya dan jangan dirosakkan dengan dosa-dosa, walau setitis namun sekiranya dikumpulkan akhir nya dia mampu melemaskan kita. Ambillah peringatan. 

Moga-moga bermanfaat.

6 comments:

Lulu Caldina said...

bagus entri ni nadh

Iffah Afeefah said...

Mekasih ats peringatan jiran

ai dapat rasa sesuatu dlm ni. Tengsss

Niena Pengembara Ilahi said...

ramai mncari cinta yg haram.. tpi bila dh mndapat cop 'halal' ... erm... phm2 je la

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

bila dunia da canggih sangat, otak manusia pulak dah jadi 'terlampau' canggih.salah guna benda yg sepatutnya mmbawa kebaikan..

IBU GEBU said...

dunia akhir zaman... peringatan ini jelas kerana semakin banyak tanda2 kehancuran bumi akan berlaku... hanya mukmin yg berhati mulia & teguh imannya akan terselamat...

http://ibugebu81080.blogspot.com/2011/02/antara-dosa-kering-saham-neraka-dilaman.html

fRaMe+LenSeS said...

Lulu :: terima kasih.. :D moga bermanfaat. :D

Iffah :: terima kasih n sesama. apa yang jiran rase tu? :D

Niena :: moga kita bukand ari kalangan tu. :D

cik duyung :: itulah. takut la.. T.T

Ibu gebu :: takut. moga kita dari kalangan yang tidak dibenci ALLAH. dan senantiasa memberi peringatan. :D amin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA