Followers

Showing posts with label Curang. Show all posts
Showing posts with label Curang. Show all posts

Thursday, 19 May 2011

Sapa salah ni?

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.. 

"Kita kena kawin dengan orang yang sayang kita, bukan dengan orang yang kita sayang lebih2, sedangkan dia tak sayang kita sangat.." 

Ni kata-kata akhir siri drama Nora Elena tadi. Kata dari Mak Nora lepas dia kecewa enchik tunang putuskan pertunangan masa nak dekat-dekat nak kawen dah. Betoi ka kata mak dia tu? 

rasa macam betoi jugak pn ada la kan, kalau aku jadi Nora tu pn, bleh blah la tunang dia tu, apa daa, pompuan camtu dok tunggu dia, lepas tu leh wat tatau, nak kawen da kot.. leh la ralit dengan keja dia.. Sampaikan diabaikan kaw-kaw pompuan tu. Ni salah tunang dia la..

Tang Nora pn taleh nak dilupakan la, walaupun dia ni cun melecun, tapi dia salah jugak, dia ni pun satu jugak la, dah ada tunang kot, senang-senang ja keluar dengan laki lain, berhantar ber-ambik plak tu, ke sana , ke sini, cam terlebih sangat plak la cam ni kan? tak baik untuk kesihatan okeh..

Encik Seth ni satu lagi, dalam Islam pun dah sebut kan, Nadh tak nak sebut sal dah kawen la, tapi cukup bila seseorang tu dah tunang, pun tak dibenarkan sapa-sapa mai masuk line kan? so kat sini ada la salah dia tu.. 

Tu dia aih,. suma Nadh kata salah kan? so sebenarnya sapa yang salah ni? 
Yang betoi-betoi nya,, semua kita tak pernah silap dari buat salah kan? TAPI..

1. Menghukum tanpa usul periksa bukan satu tindakan yang betul kan?
2. Ngorat tunang orang pun salah kan?
3. KuaQ dating (walau tak macam dating sangat) dengan orang lain pn salah masa dok tunang kan?
4. Kerjaya tu penting, ( YUP.. BETOI ), Tapi bukan sampai abaikan segala yang ada di sekeliling kita kan?

Tu saja dari Nadh. Pesanan Nadh, hargailah apa yang ada bersama kita, jangan abaikan ia, sebab kita takkan rasa waktu sekarang, tapi bila satu hari nanti, kita mesti akan rasa sesal sebab tak pernah hargai dan tak buat terbaik pada yang pernah hadir dalam hidup kita bila satu hari nanti kita dah berasa kehilangan. Pesanan buat Nadh juga.. :D

p/s :: berapa hari da nak cakap sal cita ni, baru ada peluang. hihi.. :D


Tuesday, 15 March 2011

Curang ; Sudah Menjadi Asam Garam Kehidupan

Assalamualaikum..
pusing sana, pusing sini, jumpa plak yang nih.. dari Blog enchik Taufiq Helios, macam menarik. busan2 dipetang hari ni dapat merepu merapan pun besh jugak ni.. aku join la.. Dari blog Bro Framestone. mengenai Curang mencurangi dalam hidup ni.


Persoalan datang cari Cik Nurelle. Meh nak buh cket la. .:p

Curang. hanya akan jadi apabila pasangan tu tak SETIA. Berlaku apabila si bunga yang dulu tu bunga paling wangi dalam dunia tu dah ilang keharumannya, bila si Supermodel idaman satu ketika dulu dah ilang tarikan dan menjadi nenek kebayan yang kerepot segala, tu realiti kehidupan, apabila yang ada bersama sudah ilang daya tarikan, apabila keistimewaan tu da tak wujud lagi, akan hadirlah manusia baru mengisi ruang dihati. 

pendapat aku la, rasanya suma apabila pasangan sendiri dah tak jumpa lagi istimewa pasangan dalam hati, dan dek kerana kekurangan "rasa" tu, dan hadir pula manusia lain yang dirasakan "cukup" segalanya, masa ni akan jadi la curang mencurang ni.. kadang-kadang terfikir jugak, awat nak curang ni, napa tak cukup ka yang sedia ada tu.. tapi realiti ni yang terjadi. 

rasa aku, apabila cinta itu bersebab, contohnya cinta kerana cantik, cinta kerana harta, cinta kerana pangkat, maka pasti hilang segala nikmat nya apabila sudah kehilangan segala ini kerana diwaktu ini cinta sudah tidak mempunyai sebab lagi untuk diterjemahkan oleh hati.
 
Dari kaca mata aku, selalu kita akan cakap yang mencurang tu jahat, selalunya laki la nak kena tuduh curang ni kan, sebab depa kata perempuan tu baik. laki ja nak wat menda ta baek sokmo. dan perempuan sangat baik. rasa aku kan, bkan soal ni dah sekarang ni. laki dan perempuan zaman sekarang ni, sama saja. dalam hal mencurang ni. dan hal SETIA juga sama. ada yang SETIA dan ada yang curang. sama aja. cuma nya, kekadang tu kita perlu muhasabah balik diri kita ni, kenapa begitu, dan kenapa begini, kenapa hati begitu mudah berubah bila dah jumpa yang mana berkenan di hati, aku berat bercerita hal Suami dan Isteri mencurang la. sebab rasa ralat la. 

bagi aku, satu ja.. nak tahu SETIA atau tak seseorang tu, lihat SETIA tak dia dengan kita, lihat kesetiaan dia dengan SEJADAH, dengan AL-Quran, setia tak dia dengan tanggungjawap 5 waktu yang dipertanggungjawapkan oleh ALLAH kepada dia. tu modal utama aku, sebab selagi dia berpegang kepada yang utama iaitu ALLAH, pasti dia susah untuk tidak setia, kerana sudah dipertanggungjawapkan keatas dia hal rumahtangga yang perlu dia jaga dan sayang. itu point aku, setia dengan ALLAH, pasti dia takut untuk mencurang dibelakang pasangan. kerana didalam nya ada terkandung AMANAH yang dia galas, yang akan disoal satu hari nanti di sana. 

Ku doakan, ku harapkan, yang di luar sana, mendapat Nur sedikit ingatan dari ALLAH, hidup tanggungjawap kita, jangan kerana nafsu, kita rosakkan kepercayaan yang bersama kita, kita gembira kejap ja tukar sini dan sana, skandal sana sini, tapi yang dirumah menanti kita? fikir dan renungkan. bersangka baik, kita rasa kan yang ada tu kurang, kita touch up la, tak cantik, kita mekap la, tak bergaya, kita gayakan la, sebab suma atas kita, ibarat sebaldi ikan, untuk bekalan seminggu, hari ni masak la kari, esok goreng, lusa tulat dan seterusnya, masak la yang lain-lain, hari-hari dapat yang sama suma pun busan kan, suma halnya datang dari kita.. mata kita melihat, hati kira menafsir, buruk mana pun andai kita setkan cantik dalam diri, pasti akan rasa cantiknya.. ;)

"kita buat, kita dapat. ;) "

Buta+Pekak+Bisu=CINTA