Followers

Showing posts with label Segmen. Show all posts
Showing posts with label Segmen. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Bosan-bosan tengah hari ni berisi juga ya bila melawat belog Enchik Ben. Dia wat segmen la. Lama bebenor tak join segmen dia sejak kesibukan melanda jiwa dan raga ni,. Jum kita join sesama nak?


" Segmen Cerita Kreatif : Blogger dan Cermin mata "

Blinkk~~~~ Blinnkkkk~~~ (cahaya terang menyinari kawasan-kawasan terdekat)

"Apa tu-apa tu? " Jerit penduduk setempat. Semua tertanya-tanya, dari manakah datangnya cahaya yang terang tu. Adakah ada Alien yang datang keplanet ini kerana ingin menjajah planet ini sepertimana datangnya Adudu yang ingin mendapatkan Koko dari tangan Boboiboy dan Tok Aba. Tapi, tiada seorang pun yang berani untuk dekat kerana takut akan terserempak dengan robot sengal tapi kua Super Probe berdekatan kawasan ini. Semua berlarian masuk ke dalam rumah dan menguncikan pintu rumah. 

Di satu sudut lagi ,

"Rupanya awaklah putera idaman yang saya cari selama ini. Oh Putera Cinder-Ali" 

"Ya, sayalah Putera itu Puteri ChentaBedahSakura. "

"Kenapa awak lari dari Istana hari tu? "

"Mana tak lari, abang tiri dan Mak tiri saya tu kejam betul. Yang abang paksa saya buatkan HEAVENLY CARROT CAKE, manakala ibu pula paksa saya menari macam dalam iklan MAS KLIA FLASHMOB sambil nyanyi lagu Sayang Kinabalu macam Shinta . Saya membantah. Akhirnya, mereka kurung saya dalam Roket PSLV C9 ciptaan India tu. "

"Roket? Kita ni suka nak hukum orang agaknya? Tak baik la macam tu. "

"Umm.. Itulah. Tapi mujurlah masa roket standby nak naik tu saya ada tertengok Kapten Keroro tu blogwalking, entah belog apa entah dia buka, tapi sebaik saya tengok entry Alyah dan Remy berjumpa dalam AJL hari tu, hati tak henti-henti ingat pada awak. Tambah-tambah pula bila terkenang entry bunga-bunga bertajuk KEBAHAGIAAN dari belog Lesung batu tu. Saya cari jalan lepaskan diri. "

"Habis tu macam mana awak lepaskan diri?"

"Pepari Senah bagi idea suruh saya pengaruh Kapten Keroro untuk lepaskan saya, jadi saya tipu dia kata saya nak pergi toilet. Mula dia tak bagi juga tapi bila saya suruh dia rujuk belog PakCik Fadzli entry sebab kita tak boleh tahan kencing , dia pun mengalah."

"Lepas tu terus saya lari ke sini, demi mencari pelangi hati saya. saya tak sanggup lagi berjauhan dari awak. Tak sanggup" Tambahnya.

"Alhamdulillah. Syukurlah. Akhirnya kita bersama kembali. Kali ini saya akan pastikan kita takkan berpisah lagi. Tak larat dah nak memilih ni. terlalu banyak untuk dipilih"

"Tapi.... Tapi....."

"Tapi apa? " Soal Puteri ChentaBedahSakura.

"Saya tertinggal Spek saya dalam tu la. Dah la Sahabat yang kasi. Huwaaaaaaaaaaaaa~~~ ". Terus berlari ke arah roket untuk ambil.

"Aku tahu kau sayang dia......... tapi..." PuteriChentaBedahSakura mengejar Putera idaman hatinya. sambil bermonolog dalam hati nya "Dah lama tak buat macam ni kan?"



NOTE : Opsss.. Merapu dah aih.. hihihihihi :P

Friday, 13 January 2012

Dia Bukan Milik Kita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Bro Framestone ada tag Nadh kat entry baru dia yang NI. Dia nak tanya pendapat mengenai Dia Bukan Milik Kita


Dia yang bukan milik kita. Apa lagi yang harus di katakan. Walau satu hari dulu, dia merupakan 'matahari' penerang siang juga 'bulan' yang menyerikan malam tapi kini tiada lagi wujud dia dalam kamus hidup. Kata orang, kita akan mula ingin menghargai bila hilang nya dia di sisi, tapi bukan untukku, kerana perginya ketika itu, bukan kerana diri yang tidak menghargai, namun pilihan yang dibuatnya sendiri. Tika hubungan dalam kondisi yang baik-baik aja, tup-tup putus tanpa bicara konkrit penyedap cerita. 

Tika itu, dunia seakan gelap seketika, mungkin kerana diri perlu menghadap tiada lagi 'kebiasaan' selama ini. Ketiadaan itu terlalu perit untuk ditelan, terlalu susah untuk dihadapi. Namun sepertimana yang sudah sedia pasti, masa kini mengajar kita untuk berfikir. Yang sebenarnya , tiap nafas kita sebenarnya pengalaman yang mematangkan.

Walaubagaimanapun,  hairan kerana diri masih ingin 'attach' kepadanya sebab janji yang pernah diikat satu masa dahulu, "ingin menjadi seseorang yang akan kekal bersamanya hingga tiba maut memanggil diri" tapi apakan daya, janji itu sudahpun diputuskan waktu dia memutuskan untuk berpisah. Dengan janji bahawa dia tak akan menuntut lagi apa yang pernah terpatri, segalanya bermula dengan janggal, namun akhir nya kenyataan berjaya diterima.

Perjalanan masa hari demi hari mematangkan, rupanya ingin mengajar diri yang kehilangan itu perlu ada dalam hidup agar kita belajar untuk lebih menghargai masa depan yakni Akhirat yang abadi. Mungkin persiapan masa kita ini mengheret dosa dalam seharian, bila diri keterlaluan cinta pada hamba yang yakin satu hari nanti akan pergi juga mengadap kubur, hancur dibaham tanah, tapi itulah kekhilafan diri yang sebenarnya ingin disedarkan oleh DIA si Pemunya Alam. 

Akhirnya diri berada dalam kesedaran, hari-hari diisi dengan merafakkan kesyukuran pada DIA kerana menyedarkan hakikat asal kehidupan, malah hingga kini, satu demi satu hijab dibukakan untuk diri bersyukur yang si dia sememangnya tidak layak untuk memiliki hati dan cinta ini. Apa pun pintaku Ya ALLAH, andai dia nekad dengan katanya, nekad dengan keputusannya, kau bahagiakanlah dia dengan masa depan yang ingin dicoretnya, biar dia berjumpa apa yang diingininya, biar dia berjaya dengan apa yang dimahunya. 
Amin Yarabbal Alamin~ 


Andai masa dulu itu satu duri dan duka buat mereka,
Aku ingin khabarkan, fikir dulu sebelum berkata
Kerana ia juga sebenarnya adalah madu kerana kemanisannya
Walau kini baru bertemu rasa,
Tapi cukup untuk mengajar yang ianya tiadalah lebih nya 
Bila kita belajar yang perit itu mengajar kita
Untuk lebih mengerti bahagia 

Wednesday, 7 December 2011

SEGMEN | JOM TAMBAH FOLLOWER

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.



Lulu kembali lagi. Kali ni segmen baru plak.
Lulu Caldina ajak "Jom Tambah Follower"

P/s : Nadh join sebab nak support Lulu. :)

Sapa nak join segmen dari belog comei Lulu Pages leh click kat SINI.

Wednesday, 16 November 2011

Serangan dari Blogger - Virus Tag

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh kena lagi. dah 3x dah ni kena tag ni. (ops silap, baru tambah jadi 4).
Jadi terpaksa-rela jugak la menjawap nampaknya kan. Tapi memula meh kita tengok :

The rules :
[-] You must post this rules.
[-] Each person must post 11 things about themselves in their journal.
[-] Answer the questions that taggerset for you in their post. And create eleven new questions for the 11 person you tagged to answer.
[-] You have to choose eleven people to tag and link them on the post.
[-] Go to their page and tell HIM/HER
[-] No tag back
[-] No stuff in the post such as "You're tagged if you reading this", You legitimately aka Really, Trust or with honestly have tag 11 peoples.
Memula tu kena cita pasai diri la. Meh nak share cket. 
1. Seorang LELAKI.
2. 30 tahun. (kira ciap2 untuk 5 tahun lagi)
3. "Pendiam"
4. Masih belajo Degree in Electrical Eng di Unibesiti Tendang Menendang
5. Anak Mama number 1. 
6. Single lagi (Selagi tak salam tok kadi)
7. Suka tengok cita korea sebab cita depa comei.
8. Suka sangat dengan watak Saifudin aka Laksamana Sunan.
9. Seorang Loyar (buruk) tapi tak penah kalah bila lawan ng Lawyer betoi
10. Suka Cheese Cake sesangattt
11. Minat menulis tapi tak terer cam JIRAN n Hosmate JIRAN n BOSS.

Soalan dari penge-Tag pertama. = Cik Iffah Afeefah aka Jiran Paling Best serata alam
1. Sayang diri sendiri tak?
Mesti la sayang. Kalau tak sayang sapa nak sayang diri ai ni Jiran woihhh
2. Blog atau MukaBuku?
Belog. Belog. Belog.
3. Ada buah hati?
Belum tanam pokok tak pasti ada buah ka dak kat hati ai. :P
4. Dah kahwin ke belum?
Belum sebab dok tunggu permaisuri mai masuk meminang tak sampai-sampai lagi. :P
5. Suka baca buku apa?
Yang ada guna la. Maksud yang boleh beri ilmu untuk diaplikasikan dalam hidup n share balik dengan orang.  Tapi buat masa sekarang Novel RAM sangat menginspirasikan.
6. Ada twitter?
Ada. Sila add ye @Nadzrio. (oihh jap2. wat-wat tak tau plak :P )
7. Suka baca blog ni tak?
Mesti la suka. Suka sangat3.. Sukanya.. (dengan mata kelip-kelip ) **nada bodek**
8. Tengah buat apa sejam dari sekarang?
Online saja. Hari ni tadak keja.
9. Dah khatam Al Quran belum?
Dah. Banyak kali juga la. :D
10. Kalau ada sejuta nak buat apa?
Nak tolong orang semekin, nak bawa family suma p haji. n nak tawen.. (opsss.) agagagagag
11. Ada anak buah tak?
Tadop lagi kot. Apa kata jiran p tawen cepat. nt Nadh ada la anak menakan. :P 


Soalan dari penge-Tag kedua. = Qaseh Suci
1. Apakah yg anda lakukan jika anda punya wang yg banyak?
Gunakan ke jalan yang diredhai ALLAH. Bantu yang susah.

2. Apakah hobi anda?
Blog. Novel. Beby Tabby. PSP. Pusing-pusing 4 ni ja yang dok layan pun.

3. Berikan 3 tempat peranginan yang anda teringin sgt nak pergi.
Switzerland. 

4. Siapakah kawan baik anda? Berikan nama...
Ramai sangat la. anggaplah semua adalah kawan baik Nadh. :)

5. Blogger idola korang.
Mesti la Cik Boss. Heran dia pandai sangat buat entry Oh Ustazah tu. Menarik la. Pastu suka nak jadi macam Jiran, sebab dia pandai wat cerpen. 

6. Berapa lama korang dah berblogging?
Entah la. Semenjak ada Beby, kerap ja berblog. :P 


7. Sayangkah anda pada ibubapa anda?
Tersangat-sangat-sangatlah sayang nya dekat depa. 

8. Jika sayang...apakah perkara terbaik yg pernah anda lakukan untuk mereka?
Nak sebut, apa sangatlah yang dah dibuat untuk depa. Yang tau setiap masa belajar jadi yang terbaik untuk depa. Moga-moga bila mereka dah tiada satu hari nanti, mereka tersenyum ketawa di sana sebab yang mereka tinggalkan di dunia adalah anak soleh dan solehah yang mendoakan depa. 

9. Ada akaun FB? kalau ada leh lah add Qaseh...
Camne nak add? tak nampak plak nama Qaseh kat sana.


10. Suka tengok wayang?
Tak sangat. Rajin donlod ja tengok kat Lappy.

11. Suka main Sudoku?
Penah main. Tapi tak pandai.


Soalan dari penge-Tag ketiga. = AlongUsop

1. Berapakah tanda soal dalam entry ni??
Entah la Along, Nadh tak rajin nak kira la. ;P 

2. Namekan artis yg mirip wajah korang
Rasanya tak ada. 

3. Lagu ape yg korang nk dengar skarang?
Lagu apa ya? Nadh suka lagu yang ada music sahaja. Sebab irama dia menenangkan. ;)  Maksim, Kitaro, Kenny G,. ;)

4. Macammana korang kenal blog along?
kenal along, kenal la blog along. (Along kan pemes.. ) :P

5. Entry along yg mane korg paling suke?
Pantun-pantun tu. Kekadang menusuk kekalbu la alg. ;) Nice sgt. ;)

6. Along sombong ke?garang ke? atau cumillll je???
Comei? Yes. ahahahahha.

7. Negeri ape yg mnang Piala Malaysia baru-baru ni?
Negeri yang ada nombor.Yang sembilan tu kan? weeeee

8. Dah berape soalan yg along tanye?
Dah TUJUH tau.

9. Cukup tak soalan tu untuk korang jawab?
Udah2 le tu Along. Penat da ni. :P

10. Sudi tak korang jawab soalan n tag ni??
Dah jawap pun kalau nak kata tak sudi pn. ahahahha.

11. Cadangkan satu topik untuk entry pantun along akan datang.
Nadh nak along wat topic, PERHUBUNGAN. leh dak?


Soalan dari penge-Tag keempat. = Dik Cycy
1. Ampa kerja/belajar kat mana ?
Kami Qeja kat Subang. Kami blajaQ kat Key Ell.

2. Kenapa ampa berbelog ?
Entah. Pasai kami suka kot?

3. Sekarangkan fenomena vlog sedang melanda blogger-blogger,adakah ia satu perkara yang wajib harus ada didalam setiap blog ? *betul ka soalan aku ni ? kahkahkah...
OO hat tu ka. untunglahhh depa tu pandai kata2, cakap2. kami tak pandai. :P

4. Baju warna apa yang ampa pakai ketika menjawab soalan ini ?
Wana putih campoQ meqah.

5. Apakah yang belum ampa capai lagi dalam hidup ampa selama ni ?
Kami nak Beby.... ahahahahhahaha. :P

6. Berapa saiz seluar ampa ?
Size besaQ. 

7. Apakah warna berus gigi ampa ? *jeng jengggggggg !
Berus gigi kami ada banyak kaler.

8. Are you single ?
YES. 

9. Bila nak kawen ?
Taktau.

10. Nanti kawen agak-agak tema warna apa ?
Entah jugak. sebab byk sgt kaler kat muka bumi ni. Warna pelangi comei dak?

11 . Ampa sayang CYCY dak ? kuikuikui !
Adik kami. mesti la. :D 

Sekian menjawap soalan yang diberikan oleh penge-tag sekalian.

Meh nak menyoal yang bakal di tag plak.
1. Sila tag 11 orang yang dikehendaki.

2. Dalam 11 orang tu, anda rasa sapa yang paling kacak? paling cantik?

3. Dalam kedua yang kacak dan cantik tu, anda rasa sesuai tak andai depa disatukan berdua? Kenapa?

4. Anda kenal rapat tak yang number 5 anda tag? Anda rasa kan, kalau number 5 tu nak pilih menantu, num 11 dan num 10 tu sesuai tak dengan ciri-ciri idaman semalaya?

5. Kalaulah num 9 itu seorang Dato', atau Tan Sri, anda rasa dia kedekut tak nak adiahkan anda sebijik kereta sebagai membalas jasa anda jadi seorang blogger kat Malaysia ni?

6. Anda rasa apa dia perangai buruk num 8 tu? Agak-agak sama tak dengan Anda?

7. Anda tahu tak num 7 punya idola? Agak2 dia tu ada persamaan tak dengan num 6?Dan apa yang buatkan anda rasa idola anda lagi besttt dari idola mereka berdua?

8. 5 pernah cakap dengan anda dia suka sangat dekat seorang gadis, anda rasa-rasa kan, kalau anda mintak tolong num 4 pergi mengorat, anda rasa berapa peratus peluang nak dapat tu?

9. Kalau num 2 suka sangat dekat num 11, anda rasa apa kata-kata paling romantis untuk dia ungkapkan untuk memenangi cinta si num 11 tu?

10. Apa yang anda rasa anda tak suka dekat num 7, dan anda rasa kalau anda perlu untuk menegur, macam mana cara paling lembut dan stylo nak tegur dia tanpa dia rasa apa-apa? tak tacing la kiranya ni.

11. Dalam semua yang anda tag ni, kalau anda perlu pilih satu nak jadi calon kak / abang / adik ipar anda, mana satu akan anda pilih, dan kenapa dia, kenapa perlu dia, apa kelebihan dia yang num 8 tak ada?


Maka dengan ini, berakhirlah sudah sesi serangan virus ni.
Dan Nadh dengan sesuka sukinya mengetag,
Mimi, Ruzz, Dik Munet, Miss Nadiah, Khairul Azri, Cik Najihah, Katek, Rozuan, Kak Shida Anwar, Dik Teka Teki Misteri, Suraya.

Segmen Eera: Impian dan Harapanku Bersama Blog

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Memandangkan JIRAN tengah dok rajin. Nak support kawan-kawan blogger. Maka dengan ini Nadh tiru skali la, nak support jugak la, leh tak? :P

Ni haa.. CIk Eera ni wat "Segmen Eera: Impian dan Harapanku Bersama Blog"


Dia suruh cite sikit ape impian dan harapan korang buat blog. Ape hasil yang korang arap nak dapat dari berblogging ni.

Impian :
Entah la nak kata apa dia impian tu. Mungkin nak apa yang disampaikan sampai la kot dekat readers. Kalau hari ni cerita pasai TUPAI, taknak la kita jadi macam dia atau BURUNG, nak readers buat macam ANGIN, atau mungkin jadi AWAN dan BULAN yang lebih bermakna. Lepas tu berdoa agar, ini menjadi salah satu tempat peringatan buat yang mencari kisah-kisahnya.  Dan yang penting sekali, doa agar dia bukan sesuatu yang melalaikan, tapi yang memberi manfaat, moga-moga satu hari nanti, apabila Nadh dah tak ada, ianya adalam medium ilmu buat yang mencari ilmu. Moga-moga dipermudahkan.


Harapan : 
Berdoa agar satu hari nanti, semua akan kembali ke jalan asal yang makin hari makin terpesong di muka bumi ni., sedih juga sebenarnya tengok makin hari makin macam-macam muncul, (baru tadi jumpa belog GAY) sedih la , kenapa la sampai macam tu, dah terang-terang dilarang, nak buat juga, pastu harap kurang lah bloggers yang kongsi pasal fitnah yang tak tentu ni, orang baca , kita pergi bagitau, sedang kita pun tak tahu awal cerita, tak baik la, then kurangkan belog tunjuk-tunjuk aurat ni, aurat itu MALU, kalau MALU senang-senang tunjuk, kita ni camne ae? Tak shian ka kat MAMA, n AYAH yang bela kita selama ni? Free dapar percent? 

Dapat :
Blog ni buat Nadh dapat ramai kawan. Buat jumpa ramai yang memberi manfaat bila bersama mereka. Contoh terdekat, JIRAN, BOSS, OSTAD. Bila ada dengan depa, rasa cam baik-baik ja diri ni. (hihihi). Lagi, belog ni beri Nadh masa untuk berkongsi pendirian, rasa, buah fikiran, dan best sebab bila kita menulis, macam satu kepuasan yang tak terucap, tapi diluah melalui kata-kata. Ada cakap dengan orang tadi, bila menulis, meraban dalam ni, ilang habis tensen-tensen. Menarik sangat sebenarnya. Tak ada readers pun tak apalah, yang penting, PUAS. ;)



Mungkin itu sahaja dari Nadh.  Ada sesiapa nak join? Leh la click kat SINI.

Tuesday, 1 November 2011

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


--> Lulu Caldina ajak blogwalking.



P/s : Nak sila click kat SINI. Sesama wat ramai segmen Lulu. :D

Thursday, 25 August 2011

Segmen Miss Nadya :: Selamat Hari Raya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cik belog comei kat bawah ni buat Segmen Hari Raya.

Dikesempatan ini, 
Nadh menyusun 10 jari memohon maaf, andai ada sebarang salah dan silap, sepanjang Nadh berblog dan sepanjang readers mengunjung kat belog Nadh yang serba kurang ni. Mana la tau kot ada yang tersentap, terambil hati terasa apa yang jadi dekat Nadh. Dan sekiranya ada, Nadh nak minta maaf sangat-sangat.

Nadh doakan Ramadhan yang bakal berakhir berjaya menjadi medan "penambahbaikan" kepada kita. Diharapkan di masa depan kita sebagai blogger dapat tambah "isi-isi" lagi dalam belog dalam mendekatkan diri dengan ALLAH Yang Maha Kuasa.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.


p/s : jum la join sekaki, kasi ramai. Jika nak, leh la click kat SINI.

Monday, 22 August 2011

Segmen | Saya join Bloglist Afiqah IsmaiL

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

BW pagi ni jumpa plak blogger cumil ni nak wat bloglist.

Nadh join " Bloglist Afiqah Ismail " .


4 blog akan dia review nanti, 2 blog laki, 2 blog perempuan. cubalah, mana tau terpilih ka. hihihi

p/s : Sapa minat leh click kat SINI.

Sunday, 21 August 2011

Segmen | Angah ini blog Jiwa Jiwa - Ertinya Cinta Pada Anda?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Jenjalan dalam kesibukan hari ni. Jumpa kat page jiran mengenai Segmen ni.


Haisehhh.. nak cita banyak pn tatau sebab Pakar Chenta ni semestinya Yang terutama Cik Jiran la.

Ertinya Cinta pada Nadh? 
1. Bererti melengkapi. Kekurangan tidak dicari, tapi KEKURANGAN DIPERBAIKI
2. Bererti menerima dengan seadanya.
3. Cinta itu memberikan hati, BUKAN MENYERAHKAN BODY.
4. Cinta itu SUCI selagi mana DIJAGA BATAS-BATAS NYA.
5. Cinta itu UNIVERSAL. kalau tak orang tak cakap "Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat"
6. Cinta buta bila ianya menjadi PETUNJUK KEBODOHAN DIRI dengan terlampau mengikut kata hati.
7. Cinta tidak selalunya indah, tapi setiap keindahan itu bila dijaga batas-batas syarak dan dijaga kesuciannya, CINTA bisa menjadi terlalu dan tanpa kata untuk diluahkan.
8. Cinta itu terbaekk bila ianya membawa kita mendekati penyesalan, menghampiri keinsafan, dan akhirnya ternoktahnya PERUBAHAN.
9. Nak chenta MANUSIA? Cari redha family, usaha mendekat PERNIKAHAN. Kemudian EXPLORE cinta itu. Semestinya yang terbaekkkk~~~


Note : Cinta itu terlalu subjektif untuk dihujahkan. Apa pun yang pasti, Cintailah yang Maha Pencipta, PesuruhNYA, Ibu dan Ayah, Adik beradik anda, kemudian diri sendiri, barulah belajar untuk mencinta yang lain. Kita hamba ALLAH, bukan Hamba CINTA.

Saturday, 20 August 2011

Segmen | BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Enchik BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA!! 


Nak jugak sila cepat. Sampai pukul 2 ja tau. ;)
sila click kat SINI.

Segmen | Tak nak merokok bersama Pilihan Hati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh " Tak nak Merokok bersama Pilihan Hati "
(nak join sila click gambar)

Slogan :
Merokok = KAYA. Lebih ASAP, lebih GAYA, lebih DUIT nak bayaQ hospital nanti.

Wednesday, 17 August 2011

Segmen | BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Segmen petang " BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH "
mengenai " Kenapa Perempuan Curang? "


Kenapa?

1. GATAI MEGHELAH - Ini merupakan spesis Playgurl jugak buaya perempuan yang hanya nak menggatai dengan lelaki. Curang sebab dia suka macam tu. tukar-tukar pasangan sebab suka suki.

2. Tak cukup dengan satu - Spesis ni masih terkial-kial mencari. mana satu yang dia nak. jadi bertindak declare yang tu, declare yang ni. Reason : takut ilang yang mana dok ada. 

3. Balas dendam - Yang ni sadis la, sebab nya dia pernah jadi mangsa, jadi sekarang nak balik dekat lelaki. Kononnya No Men, No Cry. 

4. LELAKI - lelaki juga perlu disalahkan la. Kalau tak ada spesis menanam tebu di tepi bibir ni mungkin tak ada juga yang nak curang murang ni kan? ye lah, hari-hari mengayat, ati mana tak cair kan? kena plak ayat terlebih manis. Kantoi la.

5. Kurang kasih sayang - okeh, yang ni pun kesian jugak. Ye lah kan, orang dah jatuh chenta tahap jinchiruki ekor lapan tapi sebab enchik bopren tak amek tahu hal ehwal diri dia, mesti la dia nak cari yang leh jaga diri dia kan? Tak boleh disalahkan jugak.. 


Note :: banyak lagi rasanya. tapi cukup la takat tu dulu. Cuma nak pesan, nak cari laki, nak cari perempuan, cari yang SETIA DENGAN ALLAH, DENGAN RASULULLAH, DENGAN AL-QURAN,, DENGAN IBU DAN AYAH.. Yakin pasti susah dia nak curang. Sebab, bila SETIA DENGAN ALLAH, takut dia nak buat perkara tak baik belakang orang yang dia sayang. SETIA DENGAN RASULULLAH, dia akan belajar macam mana Rasulullah sayangkan isterinya, cintakan isterinya, kemudian dia ambil dan jadikan ikutan. SETIA DENGAN AL-QURAN, hidup senantiasa ada pegangan. Dan akhir sekali SETIA DENGAN IBU DAN AYAH, dia belajar menghargai, pengorbanan yang dah dia dapat sebelum ini, susah untuk dia buat tak baik bila terkenangkan apa yang dah dilalui bersama sebelum ini..

Note lagi :: Pokok tak goyang kalau tak ada angin, kan?

Giveaway Raya By Miss Nadya

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Lepas satu, satu, sekarang dah terlepas dua, ni yang ketiga. Orait. Taknak terlepas lagi, maaf tuan tanah, bukan tanak tapi tak sempat.

Nadh nak join sekali la " Giveaway Raya By Miss Nadya "


Orait, GA ni akan berlangsung sampai 18-August jam 12 tengah hari sahaja.

Sapa nak sila click kat SINI tau.

Wednesday, 10 August 2011

Segmen | BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada  bukan Muslim yang membaca.

"Enchik BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2 "


Latar belakang blog silalah tengok dekat entry NI.
Nak gtau, Nadh masih baru. Sila beri tunjuk ajar ye. :)

Dapat tau mengenai segmen ni dari blog Enchik Ben Ashaari.

Okeh. itu saja. Kalau nak join segmen sila click kat SINI.



Tuesday, 9 August 2011

Nadh bermusuh dengan Enchik Kederat Muda.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Tadaaaa~~ mempersembahkan Musuh Nadh (juga bertindak sebagai Jiran) dalam dunia Blog ni. Enchik Yang Terutama Tan Sri Pakcik AzatLazat a.k.a Enchik Kederat Orang Muda.


Tengok Header dia. Style kan? well, tengok la MUSUH sapa kan? Nadh pun lum ada header hingga ke saat ni. Aishhhh..  Apa yang Nadh leh kata, entry dia bersahaja. Seyes besh.

Adui la MUSUH, ang ni betoi buat Nadh susah ati la BerMUSUH dengan ang ni.

P/s : tak sempat nak kenai lagi dengan MUSUH Nadh ni. Sibuk cket. Tapi takpa la, ampa kenai dulu dengan dia ya. Click ja kat Header Stylo tu atau kat SINI nak kenai dengan dia.

Monday, 8 August 2011

Segmen | Blog ku memang lawa dimata Lulu Caldina

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Lulu Caldina wat segmen lagi.
"Segmen | Blog ku memang lawa dimata Lulu Caldina"

Yang lawa tu mesti la belog Lulu.

Belog Nadh tak lawa la. Banyak kena belajar lagi ni. Ada sesapa nak mengajo tak?
Sifu Lulu, please teach me. please.. please.. ;)

Pada yang nak mengejoin, silalah click dekat SINI.

Sunday, 7 August 2011

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Ehem,. " Enchik Ben Ashaari AJAK KENAL BLOG INI "


Untuk segmen ni, Kena cita latar belog la. 

Blogging since 18 Dec 2009. Masa tu just untuk diri sendiri, belog tak hidup untuk orang lain. Then mula aktif selepas join group Kami Blogger Utagha pada 16-Feb-2011. Lepas dari tu baru la mula berkenalan dengan dunia blog ni. (Thanks to Mr Sifu for his advices.). Latest achievement adalah Blog Frameandlenses.blogspot.com berubah kepada Nadzrie [dot] com pada 10-July-2011.

Apa pun, Im still new. Mohon tunjuk ajar dari semua ya.


Note : tahu Segmen ni dari Dashboard lepas tengok Entry dari Enchik HJ, Cik Bunny, Cik Haslinda n Jiran punya entry.

p/s : Anda berminat tak? Meh click kat SINI. Masih ada masa sampai pukul 12 tengah malam ni. ;)

Friday, 5 August 2011

Jom Cari Musuh

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Enchik Sergeant Keroro "SURUH CARI MUSUH" ? Apakejadahnya semua ini? Iskh-iskh-iskh.. bulan puasa ni der. Iskh-iskh-iskh.. (sambil geleng pala)


Ehem3. Tak adalah. Memain ja la. TOPIK ja macam dasat. Sebenarnya Enchik Sergeant Keroro sebenarnya nak suruh cari JIRAN la.

Buat yang ada, kita TAMBAH, yang belum, kita WUJUDKAN. Bila lagi kan?

Menarik kan? nak join sila click kat SINI.


P/s : Nak kenalkan JIRAN Nadh kat bawah ni. Nak gtau, dia pandai wat CERPEN. tak caya? click la kat bawah, and pergi explore belog dia. PEMES dia ni. dah ada LIMA JIRAN. weee~~

Segmen : Seminggu 100 Follower Kembali

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Seminggu 100 followers? BiaQ betoi??
OOpss.. ni " Segmen : Seminggu 100 Follower Kembali" by enchik Firdaus.



Nadh nak jugak.

Untuk Makluman :

200+ blog akan dipecah kepada 14 kumpulan dan akan dipromote selama seminggu mengikut giliran di blog Firdaus Life dan juga berserta header anda di SINI . Dalam seminggu ni datang la blog ni untuk tahu anda di kumpulan mana.

Maceh. Nak join kalau click ja kat SINI. Tuan Tanah nak 200+ belog saja, so, cepat-cepat join la. weeeee~~~

Buta+Pekak+Bisu=CINTA