Followers

Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Monday, 27 June 2011

Pengalaman Nadh sebagai Chekgu

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Malam ni mood Nadh lebih kepada mood ke-Cikgu-an dek kerana ENTRY tadi disamping tengah sambil-sambil menonton cerita Juvana dengan housemate Nadh.

Pada yang memang bakal-bakal cikgu macam Cikgu Iffah, Cikgu Aimaa dan kenalan baru Nadh Cikgu Nabila. Pengalaman menjadi cikgu tu sedikit sebanyak akan dapat menyedarkan yang MENJADI GURU BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA. 

Nak berdepan dengan anak-anak murid dan karenah mereka bukan semudah yang kita sangkakan. Tu belum kira lagi perkara lain-lain, seperti Nadh sebutkan tadi, karenah ibu bapa yang tidak memahami, dan melampau memanjakan anak.

Pengalaman Nadh sendiri dalam menjadi cikgu satu masa dulu, mungkin tak hebat cabaran mereka ni rasanya, Nadh hanyalah seorang guru Taekwondo. Itupun dah merasa kenakalan anak-anak kecil ni dulu. Itu baru Nadh berdepan dengan mereka dalam 2 jam sekelas. Bayangkan guru-guru yang seharian bersama anak-anak ini? 

Kesabaran mereka tidak boleh kita sangkal. Pada ketiga sahabat Nadh yang akan jadi cikgu ni diucapkan selamat ke alam ini.

Dan jutaan terima kasih kepada guru-guru Nadh juga, sebab kerana dengan ajaran mereka Nadh jadi siapa Nadh sekarang. Jasa mereka sangat besar. Hanya ALLAH dapat membalasnya.

Terima kasih semua.



"Guru unggul tidak semestinya yang lembut mengikut, tapi yang dapat mencorakkan anak-anak muridnya dengan ketegasan mereka.."

Sunday, 15 May 2011

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum. 
Dan selamat sejahtera kepada yang bukan Muslim yang membaca. 

Nadh dari semalam lagi dok ushar blog enchik Ben sal Hari Guru.
Baru hari ni Nadh berkesempatan nak join. Segmen sempena memperingati hari guru yang akan disambut esok, iaitu pada 16 Mei 2011. 
 
Jadi Nadh taknak ketinggalan la. Nadh join segmen


Rumah 
1986-1991

Tadika Kemas
1992

Sekolah Rendah Seberang Jaya II
1993-1998

Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya
1999-2004

Politeknik Kulim
2005-2007

Universiti Teknologi Malaysia
2008- Now

Cikgu yang Nadh ingat semua. Sebab Nadh ni dulu antara kesayangan jugak la sebab Nadh rapat dengan cikgu-cikgu, banyak jika nak diceritakan, Tapi Nadh teringin nak sebut sal dua cikgu ni, keduanya adalah Cikgu Kemahiran Hidup Nadh. Sorang cikgu Adilah Janani dan seorang lagi Cikgu Che Sue Othman. Masa Nadh tingkatan 2, Cikgu Adilah ni yang mula sekali ajar Nadh KH, lepas tu dia cuti bersalin, ganti plak dengan Cikgu Che Sue ni. Cikgu Che Sue ni sangat garang okeh, bayangkanlah hari pertama dia jadi mengajo kelas Nadh ja, kami sekelas dah kena junjung kerusi pusing satu tingkat tu, memang hangin dekat dia masa ni, tapi tu hari pertama ni la, tapi lepas tu, hari demi hari kami suma jadi anak murid dia yang baik, Nadh dlu kat sekolah tu menjadi sebutan guru-guru tu, sampaikan peribadi Nadh pn cekgu berdua ni tau, Nadh tak pernah lupa, masa tingkatan 5 keduanya jumpa Nadh n tanya sal Nadh, depa kata, "Nadzri ingat Kami taktau ka pasai Nadzri,Nadzri, blajaQ la bebaik, la ni bukan masa dia nak bercintan-cintun ni, blajaQ dlu, Nadzri takmau ka kerja hebat-hebat macam jadi Engineer kat Petronas tu ka, gaji banyak, Nadzri belajaQ dlu, nanti dah kerja, Nadzri nak yang mana, Nadzri tunjuk ja, Cikgu berdua akan p meminang terus kat Nadzri." (Padahal depa cuma ngajo Nadh masa tingkatan 2 SAHAJA, Terharu sebab sampai Tingkatan 5 depa amek tau pasai Nadh) Hurmmm.. Mood sayu : rindu plak kat cikgu berdua ni, ntah apa la yang depa buat sekarang.. :(

Pengalaman menjadi Cikgu. Kalau pengalaman cikgu Nadh, semestinya masa Nadh active bertaekwon-do dulu, Nadh pernah mengikut Sir Nadh ngajo kat sekolah-sekolah. Masa tu ada dalam 3 sekolah jugak la. Sekolah Rendah Bukit Gambir, Sekolah Rendah Teluk Kumbar n SRJK dekat Bukit Jambul. Terus terang, mengajar budak bukan senang, tambah anak bangsa bukan melayu ni, lain macam sikit hyper depa tu. Pening pala Nadh.. hehe.. tapi sangat fun menjadi guru ni, sebab dihormati kan, tapi tu la, lagi dihormati, lagi berat tanggungjawap kita, sebab buruk yang kita pertunjukkan pada depa, buruk yang depa ikut.. :D 

Akhir sekali buat para guru diluar sana, dan sekiranya ada guru yang membaca entry ni, Nadh nak ucapkan Selamat Hari Guru. Jasamu dikenang, Maceh.. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA