Followers

Monday, 27 June 2011

Pengalaman Nadh sebagai Chekgu

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Malam ni mood Nadh lebih kepada mood ke-Cikgu-an dek kerana ENTRY tadi disamping tengah sambil-sambil menonton cerita Juvana dengan housemate Nadh.

Pada yang memang bakal-bakal cikgu macam Cikgu Iffah, Cikgu Aimaa dan kenalan baru Nadh Cikgu Nabila. Pengalaman menjadi cikgu tu sedikit sebanyak akan dapat menyedarkan yang MENJADI GURU BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA. 

Nak berdepan dengan anak-anak murid dan karenah mereka bukan semudah yang kita sangkakan. Tu belum kira lagi perkara lain-lain, seperti Nadh sebutkan tadi, karenah ibu bapa yang tidak memahami, dan melampau memanjakan anak.

Pengalaman Nadh sendiri dalam menjadi cikgu satu masa dulu, mungkin tak hebat cabaran mereka ni rasanya, Nadh hanyalah seorang guru Taekwondo. Itupun dah merasa kenakalan anak-anak kecil ni dulu. Itu baru Nadh berdepan dengan mereka dalam 2 jam sekelas. Bayangkan guru-guru yang seharian bersama anak-anak ini? 

Kesabaran mereka tidak boleh kita sangkal. Pada ketiga sahabat Nadh yang akan jadi cikgu ni diucapkan selamat ke alam ini.

Dan jutaan terima kasih kepada guru-guru Nadh juga, sebab kerana dengan ajaran mereka Nadh jadi siapa Nadh sekarang. Jasa mereka sangat besar. Hanya ALLAH dapat membalasnya.

Terima kasih semua.



"Guru unggul tidak semestinya yang lembut mengikut, tapi yang dapat mencorakkan anak-anak muridnya dengan ketegasan mereka.."

6 comments:

Bella Bell said...

insyaALLAH.. tQ nadh :)



^^

Iffah Afeefah said...

knp syu je entry ni

belum layak bergelar cikgu

mggu dpn ade murid balik weee

azwa amani said...

semoga jadi guru yg baik :)

Aku Ibu Muda said...

cita2 akak nak jadi guru masih belum kesampaian :(

aizamia3 said...

kena banyak bersabar, jangan terus jatuhkan hukuman pada mereka.. kena pandai tackel hati dorang.. ;)

fRaMe+LenSeS said...

Bella :: ;) Nadh doakan kamu.. ;)

Iffah :: wahh mgu depan jadi cikgu dah ae? wowww.. :)

Azwa :: ;) maceh2. :)

Akak Ibu Muda :: ummm.. sabar ae kak. kak jadi guru kat anak2 kak ae nt.? Nadh doakan akak. :)

Aizamia :: a'ah la kamu. betul la tu.. kena pandai tackle ati kan? hihihi

Buta+Pekak+Bisu=CINTA