Followers

Showing posts with label Seks. Show all posts
Showing posts with label Seks. Show all posts

Sunday, 2 October 2011

Kisah "diabaikan"

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Tadi, seseorang call Nadh. Dia tanya kat Nadh satu soalan,
"Kenapa bila lelaki dah kawin pun, tapi dia masih nak cari yang lain..?"

Nadh terdiam seketika, tapi Nadh tak terus jawap, tapi Nadh bagi jawapan, 
"Ada banyak sangat kemungkinan, yang kita tak tahu dan kita tak dapat nak bagi jawapan."

4 hari sebelum ni Nadh ada bincangkan sesuatu yang lebih kurang kes ni dengan boss Nadh. Kisahnya, dia jadi penasihat dekat seorang sahabat dia tu. Kes dia lelaki tu dah lama "diabaikan" isterinya.

- Kalaulah kamu tak masak nasi, lepas tu suami kamu nak makan, dan dia pergi makan dekat kedai, hal tu TAK HARAM, Halal untuk dia dan halal juga untuk kamu yang tak masak untuk dia. (mungkin kamu penat)

- Kalaulah kamu tak basuh baju, suami kamu perlu untuk pakai baju dan dia pergi dobi, basuhkan pakaian dia sendiri, HALAL juga dia buat hal itu, tak salah dan tidak jatuh hukum HARAM atas perbuatan dia tu.
TETAPI,
Kalau kamu tak "bersama" dengan dia sedangkan dia berkeinginan, dan akhirnya kerana dah terlalu lama dia berkeinginan dan kamu masih tak mahu menunaikan keinginannya, dia "makan luar", HARAM lah ke atasnya perbuatan yang dilakukan ni. Dan HARAM dari perbuatan dia tu, akan turut ditanggung kamu dek kerana apa yang kamu dah lakukan tu.
"Isteri-isteri kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)
Dalam dunia, cuma ada satu yang DIHALALKAN selepas memenuhi syarat UTAMANYA, itulah dia PERKAHWINAN yang meng-HALAL-kan hubungan diantara lelaki dan perempuan. 

Sebab itulah Rasulullah SAW pernah bersabda : 
“Jika seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak untuk datang, maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.” (Al-Bukhari dan Muslim)

Dan betapa besarnya kedudukan seorang suami dalam hidup seorang isteri itu sehinggakan dalam satu lagi hadis Rasulullah ada bersabda :
“Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu kerana suami adalah syurga dan nerakamu.” (Ahmad)


Note :: Makin lama makin takut bila berbicara soal ini. huu T.T

Monday, 14 February 2011

Sekadar Peringatan

"Hai Anak adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat." [7 : 26]


Sunday, 13 February 2011

Serik kahwin & Sex Buddy

Apabila hidup hanya sekadar nafsu semata-

tertarik plak nak bercakap sal issue dalam muka depan paper Metro Ahad (MA) semalam,
issue "serik Kahwin" yang menyumbang kepada teman seks suka suki.. golongan ni bukan wanita simpanan atau kekasih sapa-sapa. tapi mereka ni sekadar teman asmara atau "sex buddy" HANYA untuk memenuhi tuntutan nafsu. Malah, boleh plak la tinggal serumah dengan lelaki pilihan tu tanpa sebarang ikatan yang sah. dan yang menariknya, golongan lelaki berkenaan juga adalah lelaki yang tidak inginkan komitmen, dan sama seperti perempuan, mereka hanya mahukan Seks semata.

mengucap aku seketika selepas membaca berita ni.. serius da macam post yang pernah aku ulas kelmarin mengenai hubungan bebas antara laki dan perempuan selepas aku pulang dari Solat Jumaat iaitu mengenai Islam Agama Addin. betul terkejut, kerana rupanya bukan apa yang aku dengar tu saja, tapi sekarang budaya ala-ala Barat ni makin meruncing rupanya dalam masyarakat kita. dan menurut MA lagi, da ramai pun yang wat macam ni sekarang.. malah ada satu orang tu, da 7 tahun tinggal dengan boyfie dia dan ta pernah nak fikir pasal kahwin pn, kerana tanak ada komitmen, dan buleh plak la cakap :

“Saya ada wang dan kerjaya bagus. Kenapa saya perlu ambil peduli apa orang cakap, apa yang saya buat adalah hak individu. Kahwin pun tidak menjamin apa-apa, lihat sekarang pun ramai pasangan asyik bercerai berai. Lagi bagus begini, sekurang-kurangnya saya dan teman lelaki tidak terikat dan bebas dengan apa yang kami ingin lakukan,Saya bebas untuk berbuat apa saja, kami tidak perlukan apa-apa ikatan. Yang penting, saya ada teman untuk ‘bersama’. "

begitu menakutkan sebenarnya hakikat apabila nafsu melebihi segalanya, dan perasaan takut kepada ALLAH sebagai Kuasa Segala Alam itu tidak langsung difikirkan, malah diabaikan..
semoga diri kita semua dijauhkan dari hal-hal seperti ini.. apa yang leh kita buat cuma berdoa, dan fikir cara terbaik untuk mengatasi perkara macam ni.. Amin Yarabbal alamin.

Take From :: Artikel asal - Metro Ahad 13-Feb-2011

Buta+Pekak+Bisu=CINTA