Followers

Sunday, 13 February 2011

Serik kahwin & Sex Buddy

Apabila hidup hanya sekadar nafsu semata-

tertarik plak nak bercakap sal issue dalam muka depan paper Metro Ahad (MA) semalam,
issue "serik Kahwin" yang menyumbang kepada teman seks suka suki.. golongan ni bukan wanita simpanan atau kekasih sapa-sapa. tapi mereka ni sekadar teman asmara atau "sex buddy" HANYA untuk memenuhi tuntutan nafsu. Malah, boleh plak la tinggal serumah dengan lelaki pilihan tu tanpa sebarang ikatan yang sah. dan yang menariknya, golongan lelaki berkenaan juga adalah lelaki yang tidak inginkan komitmen, dan sama seperti perempuan, mereka hanya mahukan Seks semata.

mengucap aku seketika selepas membaca berita ni.. serius da macam post yang pernah aku ulas kelmarin mengenai hubungan bebas antara laki dan perempuan selepas aku pulang dari Solat Jumaat iaitu mengenai Islam Agama Addin. betul terkejut, kerana rupanya bukan apa yang aku dengar tu saja, tapi sekarang budaya ala-ala Barat ni makin meruncing rupanya dalam masyarakat kita. dan menurut MA lagi, da ramai pun yang wat macam ni sekarang.. malah ada satu orang tu, da 7 tahun tinggal dengan boyfie dia dan ta pernah nak fikir pasal kahwin pn, kerana tanak ada komitmen, dan buleh plak la cakap :

“Saya ada wang dan kerjaya bagus. Kenapa saya perlu ambil peduli apa orang cakap, apa yang saya buat adalah hak individu. Kahwin pun tidak menjamin apa-apa, lihat sekarang pun ramai pasangan asyik bercerai berai. Lagi bagus begini, sekurang-kurangnya saya dan teman lelaki tidak terikat dan bebas dengan apa yang kami ingin lakukan,Saya bebas untuk berbuat apa saja, kami tidak perlukan apa-apa ikatan. Yang penting, saya ada teman untuk ‘bersama’. "

begitu menakutkan sebenarnya hakikat apabila nafsu melebihi segalanya, dan perasaan takut kepada ALLAH sebagai Kuasa Segala Alam itu tidak langsung difikirkan, malah diabaikan..
semoga diri kita semua dijauhkan dari hal-hal seperti ini.. apa yang leh kita buat cuma berdoa, dan fikir cara terbaik untuk mengatasi perkara macam ni.. Amin Yarabbal alamin.

Take From :: Artikel asal - Metro Ahad 13-Feb-2011

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA