Followers

Showing posts with label Taubat. Show all posts
Showing posts with label Taubat. Show all posts

Saturday, 31 May 2014

Kisah wanita zaman Rasulullah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Pagi tadi, masa tengah sarapan. Melayan slot tanyalah ustaz tak silap saya di tv9. Ada seorang brader tu call tanya. Pasal zina. Saya tak ingat soalan dia. Tapi ustaz cerita satu kisah zaman Rasulullah dahulu yang mengaku diri nya berzina dan minta dirinya dihukum. Dipendekkan cerita dia dihukum rejam. 

Sewaktu hukuman dijalankan. Adalah seorang hamba ALLAH tu baling dengan sangat kuat sampaikan darah berpercikan dari kepala beliau. Lalu beliau ditegur. Tak silap dengan Rasulullah. 

Janganlah kamu membenci dia. Tahukan kamu bahawa taubat dia itu sangat sangat besar nilainya hinggakan andai dikumpulkan semua umat manusia pun, 'besar' nya taubat dia tu cukup untuk semua orang. 

MasyaALLAH..  :'((

Tuesday, 4 March 2014

Kekalahan yang manis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kekalahan yang manis. 

Semenjak jadi trader ni. Saya selalu jumpa menda ni. Kekalahan yang manis. Hihihi 

Kekadang terasa ayat ni macam sekadar penyedap hati tapi sebenarnya tidak. 

Hari ni saya jumpa lagi menda ni. Tatkala diri menutup kekalahan yang agak besar, tapi dipetang hari dikejutkan lagi. Wowww. Rupanya analysis tepat saya dah buat tadi. Syukurlah.

Tak mudah sebenarnya dalam dunia ni. Tapi cam kita suma tahu la, high gain, high pain. tu reality dalam dunia ni. dan macam saya berminggu ni macam kena sepak berkali kali ja. sadis betul. Di mana silapnya saya?

Renungkan diri balik, check mana salah, mana silap, ada la tu di mana mana. Cuma kena cari dan betulkan balik kat mana tempat tu.

Bila bercakap bab kekalahan yang manis ni, selalu jadi. Mana tidaknya. kita dah analisis tepat dah, sekali tak jadi. tapi akhirnya dia jadi jugak kan? Saja je market ni nak bagi kita jiwa kacau seketika kan? ehehe.

Dalam hidup plak, apa dia kekalahan yang manis? sebenarnya tak ada pun kekalahan dalam hidup kita. sebab semuanya adalah kemenangan. tapi dengan satu menda la, bila semua perbuatan kita  buat dengan niat LILLAHITAALA, walaupun kita terkono ka apa ka, saya suka nak considerkan ia sebagai kemenangan.

Sebab ALLAH dah sediakan jalan yang terbaik dalam hidup. saya ambil contoh mudah ya? Seorang penjenayah. di mata kita dia seorang yang gagal, sebab dah buat salah, buat jenayah, bunuh orang la apa suma kan? tapi selepas di hukum kita tak tahu pun dia dah insaf, dia dah jumpa jalan yang baru untuk dia ikut, iaitu jalan kebenaran, jalan yang ALLAH dah sediakan buat dia. Selepas dari tu, masa menjalani hukuman, dia bertaubat kepada ALLAH, dan sebelum dia dihukum mati, dia dah pun serahkan semuanya pada ALLAH. Dengan hati yang ikhlas insaf kepada ALLAH, bertaubat, suma dah ada. Bukankah ini kejayaan? kejayaan terbesar bagi saya. sebab kembali pada ALLAH dengan hati yang sejahtera yakni dengan keampunan ALLAH.

"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal." (surah Ali 'Imran 135-136)
Mudah mudahan, kita juga akan kembali pada ALLAH dengan hati yang 'sejahtera'. 

Monday, 6 June 2011

Si Ulat, Kepompong dan Si Rama-Rama

Assalamualaikum. 
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca. 

Tetiba ja pagi ni Nadh masuk-masuk opis dan teringat pasal satu lagu ni. Mengenai Ulat, Kepompong dan Rama-Rama. Kalau nak tahu lagu ni pernah ada dalam hidup Nadh, seseorang pernah nyanyikan lagu ni buat Nadh. hihi. Lagu ni sangat comel kan? Orang tu pun entah dah kemana hala dah. Apa pun, meh kita cerita pasal Ulat.

********************************************
Si Ulat adalah seekor Ulat yang berwarna hijau. Memandangnya sesedap biji mata dan melihatnya bergerak, kerekot-kerekot melangkah dari satu tempat ke satu tempat umpama melihat satu perjalanan jauh bagi kita. Dari sana, dia mengenali rakan-rakan Ulat lain dan beranjak matang dan mengenali dunia. Dari satu daun ke satu daun dia bergerak, sambil dia memamah sahaja yang dimahukannya sekiranya dia berasa lapar. 

Ulat sememangnya bukan apa yang kita suka, sebab dia ini membawa kerosakan kepada tumbuhan kita, dan dari rasa kita yang tidak suka itu, kita mulai mencarinya, dan menghapuskannya sebaik melihat kelibat si Ulat ini yang berada di atas daun tumbuhan, terutamanya tumbuhan yang kita sayang, seperti daun limau dan daun-daun yang kita nak gunakan untuk memasak atau kegunaan lain. Bukan sahaja ianya merosakkan, malah, sekiranya dia hinggap di tubuh kita, kita akan merasakan kegatalan yang semestinya mendatangkan ketidakselesaan pada kita.

Begitupun, walau di cari dan senantiasa mahu dihapuskan kita, si Ulat hidup dengan keyakinan dan rezeki yang ALLAH tentukan buatnya, walaupun ketakutan dicari, tapi tetap dia perlu makan untuk hidup, maka dengan itu tiada yang dapat diselamatkan dari dimakannya, semuanya hanyalah demi sebuah nafas kehidupan.

Satu hari, Ulat berevulasi, dia membentuk kepompong. Didalam itu, untuk beberapa ketika, dia berhentikan perjalanannya, tidak lagi dia makan atau merosakkan tumbuhan. Di saat ini, sebarang sentuhan yang dikenakan kepadanya tidak mendatangkan sebarang kesan kepada kita. 

Hinggalah tiba saat dan ketikanya, Ulat keluar dari kepompongnya, dan dia berubah, bukan lagi makhluk membencikan atau "annoying" tapi dia sudah menjadi si Rama-Rama berbagai warna yang cantik.

Tamat kisah Ulat. 
********************************************

Mari kita bandingkan diri kita dengan Ulat. 
Dari saat kita dihidupkan, kita beranjak dewasa dan mula mengenal dunia. Dari sana kita belajar macam-macam, dari berbuat kebaikan hinggalah ke cara-cara membaja dosa. Kita tidak sedar akan sesetengah hal dan mengambilnya sebagai suatu yang remeh, hingga tiba satu masa, ALLAH berikan kita petunjuk dan hidayah, 
“Kamu hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari berbangkit).” (An-Nazi’at : 45)

Kita bertukar kepada si kepompong yang kaku disatu ruang, dan dalam masa itu kita belajar untuk bermuhasabah, kita mencari-cari erti kehidupan, kita mulai takut untuk melangkah, dan kita berhati-hati mulai dari saat itu. Sampailah kepada kita betul-betul mendapat kekuatan, masa yang diberikan untuk kita "diam" kita ambil dan mulai melangkah dalam hidup. 

“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya” (Surah al-Baqarah : 5).

Ketika itu, berubah kita kepada Si Rama-rama yang cantik, bukan cantik dari luarannya, tapi kita cantik kerana hati kita sudah mulai lunak untuk mengingatinya dan mensyukuri tiap kejadian nya, tubuh mulai rajin untuk beribadat, mulut asyik dengan zikrullah. Ini yang dikatakan satu perubahan, TAUBAT yang mengajar kita berubah sebaik-baik dan mula meninggalkan yang mungkar, dan dalam masa sama mengajak-ajak yang bersama untuk turut sama patuh pada Arahan dan Jalan yang ALLAH dah tentukan.

“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nahl: 119)

Note :: Begitulah susunan yang dah dijadikan ALLAH Yang Esa. Yang nak Nadh sampaikan adalah, jangan kita merasakan kita ini sudah cukup baik, dengan membaca tiap kesalahan yang berlaku disekeliling kita ini adalah dari orang jahat, kita tidak tahu pun apa yang mereka sedang kerjakan dan untuk apa, bersangka baik dengan semua dan PERCAYA yang tiap apa semua adalah DARI ALLAH, dan DIA yang mentakdirkan tiap semua itu. Siapa sangka, yang kita sangkakan jahat macam syaitan itu yang satu hari nanti, menjadi manusia yang lebih awal menerjah pintu Syurga, bukan kita yang disangka "baik". Wallahualam

Sekian, Diharap coretan ini membawa rasa untuk kita masing-masing bermuhasabah.
Yang baik itu dari ALLAH, dan yang kurang itu, Nadh akui datang dari diri Nadh sendiri.



Buta+Pekak+Bisu=CINTA