Followers

Showing posts with label Tazkirah pagi. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah pagi. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

Bismillahirrahmanirrahim.......

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

baru baru ni saya rasa macam sangat terharu. rasa nak nangis sokmo. Hati rasa sangat lah sayu bila tiap kali apa yang dikeluarkan dibibir, maksud apa yang diidam atau apa sahaja hajat, mesti akan dapat. 

Salah satunya yang saya pernah sebut dalam satu entry saya hari tu, masa saya tengah solat dan terfikir kan seseorang, tiba tiba dia muncul jadi makmum saya di belakang. tu baru satu, sebenarnya banyak sangat sampaikan saya pun tak ingat.

Macam semalam, ada teringat nak beli number baru masa pulang ke kampung hari tu, mana tahu terlupa pula. tapi ALLAH gantikan juga dekat saya. Semalam masa membawa si kecil tu berjalan di taman, ada pula orang jual simkad baru dekat dengan taman tu. SubhanaALLAH.. terharunya. kita ingat, kita ingin, ALLAH bagi juga walau bukan dalam masa yang kita nak tu kan?

Begitulah hidup, saya ingatkan pada readers, dan terutama sekali memperingati diri sendiri. Ada kalanya apa yang kita mahu kita tak dapat ON THE SPOT.


Hidup ini perancangan ALLAH. Sama ada ke kiri ke kanan, kita hanya mengikut apa yang ALLAH rancangkan. Walau apa pun, selagi Dia bersama kita di dalam hati, pasti tidak akan tercalit noda dalam langkah.

Moga dipermudahkan.

Bismillahirrahmanirrahim.......

Tuesday, 4 March 2014

Kekalahan yang manis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kekalahan yang manis. 

Semenjak jadi trader ni. Saya selalu jumpa menda ni. Kekalahan yang manis. Hihihi 

Kekadang terasa ayat ni macam sekadar penyedap hati tapi sebenarnya tidak. 

Hari ni saya jumpa lagi menda ni. Tatkala diri menutup kekalahan yang agak besar, tapi dipetang hari dikejutkan lagi. Wowww. Rupanya analysis tepat saya dah buat tadi. Syukurlah.

Tak mudah sebenarnya dalam dunia ni. Tapi cam kita suma tahu la, high gain, high pain. tu reality dalam dunia ni. dan macam saya berminggu ni macam kena sepak berkali kali ja. sadis betul. Di mana silapnya saya?

Renungkan diri balik, check mana salah, mana silap, ada la tu di mana mana. Cuma kena cari dan betulkan balik kat mana tempat tu.

Bila bercakap bab kekalahan yang manis ni, selalu jadi. Mana tidaknya. kita dah analisis tepat dah, sekali tak jadi. tapi akhirnya dia jadi jugak kan? Saja je market ni nak bagi kita jiwa kacau seketika kan? ehehe.

Dalam hidup plak, apa dia kekalahan yang manis? sebenarnya tak ada pun kekalahan dalam hidup kita. sebab semuanya adalah kemenangan. tapi dengan satu menda la, bila semua perbuatan kita  buat dengan niat LILLAHITAALA, walaupun kita terkono ka apa ka, saya suka nak considerkan ia sebagai kemenangan.

Sebab ALLAH dah sediakan jalan yang terbaik dalam hidup. saya ambil contoh mudah ya? Seorang penjenayah. di mata kita dia seorang yang gagal, sebab dah buat salah, buat jenayah, bunuh orang la apa suma kan? tapi selepas di hukum kita tak tahu pun dia dah insaf, dia dah jumpa jalan yang baru untuk dia ikut, iaitu jalan kebenaran, jalan yang ALLAH dah sediakan buat dia. Selepas dari tu, masa menjalani hukuman, dia bertaubat kepada ALLAH, dan sebelum dia dihukum mati, dia dah pun serahkan semuanya pada ALLAH. Dengan hati yang ikhlas insaf kepada ALLAH, bertaubat, suma dah ada. Bukankah ini kejayaan? kejayaan terbesar bagi saya. sebab kembali pada ALLAH dengan hati yang sejahtera yakni dengan keampunan ALLAH.

"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal." (surah Ali 'Imran 135-136)
Mudah mudahan, kita juga akan kembali pada ALLAH dengan hati yang 'sejahtera'. 

Wednesday, 19 February 2014

Mendidik Anak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Jumaat lepas masa Khutbah Jumaat, khatib ada share beberapa perkara yang rasa saya agak menarik juga untuk saya sampaikan juga berkongsi dengan readers.

Dalam khutbah tu khatib ada sebutkan mengenai "Mendidik Anak" oleh Imam Al-Ghazali dalam salah satu buku yang dia tulis.

Antara perkara yang disebutkan dalam tu adalah.
1. Contoh ikutan
2. Pemerhatian dan meniru
3. Kelaziman atau kebiasaan
4. Ganjaran dan hukuman
5. Nasihat yang berpendekatan jiwa.

Berikut apa yang boleh saya sampaikan mengikut turutan apa yang disampaikan hari tu.

1. Contoh Ikutan. 

Yang pertama dalam hendak mendidik, perlulah dididik kita sendiri menjadi contoh yang boleh diikut. Jangan pula seperti peribahasa melayu kita, "seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul"

Contoh mudah, Rasulullah SAW, bagaimana hebatnya akhlak peribadinya. Hinggakan walau sekecil kecil hal yang dibuat sebenarnya membawa mesej positif pada yang ada disekelilingnya. begitulah aura yang kita perlu ada. Menjadi Contoh Ikutan. Ambil Rasulullah sebagai contoh kita, hayati betapa indah perlakuannya, semat dalam diri kita, akhirnya pasti perkara berkenaan sebati dalam jiwa kita.

2. Pemerhatian dan meniru
Bagi yang dekat dengan kanak kanak, anda tentu perasan sesuatu tentang mereka yang mana mereka suka untuk mengikut kita dalam apa yang kita kerjakan. Tak perlu ambil contoh jauh, khalifah kecil saya tu sudah, hari tu Opah dia batuk, sekali dengan dia pun buat buat batuk, nak tergelak saya dengar akak sepupu dia tegur, "Uwais tiru Opah batuk ya." tersipu sipu pula dia senyum.

Apa yang pasti dari pemerhatian itu mereka cenderung untuk mengikut. Bayangkan yang ada kita buat itu contoh yang tak baik, tak mustahil itu yang bakal mereka ikut.

3. Kelaziman atau kebiasaan.
Bab kelaziman dan kebiasaan. Ambil contoh diri kita sendiri. Apabila kita dah terbiasa buat sesuatu menjadi rutin, bagaimana ianya akan jadi bila ditinggalkan? Mesti rasa kekok bukan? Atau sesetengah perkara yang sudah sebati dengan diri kita akan automatik mengingatkan diri kita bila tiba masa. Begitulah mendidik, jadikan perkara kelaziman itu sesuatu kebiasaan. Seperti solat, ajar mereka "BIASA" dengan solat, biasa dengan perkara perkara kebaikan semenjak dari kecil lagi.

4. Ganjaran dan hukuman
Yang baik diberikan ganjaran, yang buruk dan salah diberikan hukuman. Kadang kala ganjaran tak perlu bersifat material pun, mungkin boleh dialihkan kepada puji pujian kepada mereka, dalam menggalakkan mereka melakukan kebaikan, dan hukuman sebagai pengajaran, agar perkara yang tak baik itu dijauhkan.

 5. Nasihat
Nasihat terbaik adalah yang berpendekatan mendidik jiwa. Nasihat dengan kasih sayang itu sebenarnya sangat hebat kuasanya. Hati yang keras mampu dilembutkan. Benar bukan, teguran yang lembut, dalam masa sama memberi semangat, buatkan hati membuak buak berubah, namun apabila dibentak bentak, hati mula memberontak, langsung tak mendidik, malah lagi teruk hasilnya.


Dalam mendidik, saya tak perlu kaitkan dengan anak anak pun, sebab ini apa yang mampu kita sndiri buat. Contoh diri saya sendiri, satu masa dahulu mudah betul melatah bila dicuit, dan tiap kali melatah, keluar perkataan yang tak sepatutnya, walau bukan kata yang lucah atau kotor, tapi keluar perkataan "opocot". Lama kelamaan bila saya sedar, saya tukarkan perkataan itu kepada ALLAHUAKBAR. dan alhamdulillah, perkataan itu jadi perkataan yang mudah sekali keluar dari mulut setiap kali saya terkejut atau apa sahaja. Dari kebiasaan dan kelaziman tak baik ditukarkan menjadi perkara yang positif.

Sabda Rasulullah, :“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim)

Apa yang dimaksudkan di sini adalah apa yang dicoretkan, atau di bentuk ibu bapa itulah apa yang anak jadi. Baik kita, baiklah dia. bersama doa. InsyALLAH. kita hanya berusaha dan berdoa.

Kegagalan kita mendidik anak adalah kerugian besar yang tak mampu hendak digantikan dengan harta benda.

"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (Al-Anfaal : 28)


Wallahualam


Monday, 30 July 2012

Keterbiasaan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam 10 ramadhan. Pejam celik pejam celik dah 10 hari berlalu ibadat puasa kita. Apa khabar iman? Apa cerita takwa? Apa kisahnya dengan amal? Adakah 10 yang terawal, fasa keberkatan ini bakal berjaya melabuhkan tabir dengan suksesnya?

Owhh iman, owhh amal , owh takwa.
Berjayakah ianya dididik? Adakah ada perubahan buat kita sepanjang sepertiga puasa ini?

Selepas ini adalah fasa baru sepertiga ramadhan lagi bersama keampunan dosa buat kita.

Janganlah kita menunggu untuk tua atau 'dah bersedia' untuk.beramal. Sebabnya kalau nak tunggu kita sedia entah sempat entahkan tidak. Time macam ni la kita nak guna kesempatan untuk bangkit dan sukses. Ya lah kan, bulan len ada syaitan yang kita dok kata pengaruh kita, tukang cucuk kan, sekarang ni dah tak ada. Kalau x berjaya juga tu bukan syaitan, tapi setan diri la, iaitu nafsu kita.

Ambillah peluang ni, 30 hari untuk mgejar keterbiasaan. Dari keterbiasaan tu la nanti kita akan jadikan amal tu sebati dalam diri. Contoh macam ni la, kita doplohpatjam pakai jam, berminggu lamanya tak buka, satu hari bila kita dah buka, terasa peliknya tangan yang ringan sebab x ada jam. Begitulah amal yang sebati dalam diri, bila dah 'attach' kepadanya, susah kan nak tinggal, terasa pelik bila tak buat.

Itulah dia kelebihan keterbiasaan. Atau bahasa aras tingginya kita sebut istiqamah. Hebat kan? Jadi, Jum la kita guna kesempatan ni. Rugi wooo tak buat. . . ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Buta+Pekak+Bisu=CINTA