Followers

Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

Kekalahan yang manis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kekalahan yang manis. 

Semenjak jadi trader ni. Saya selalu jumpa menda ni. Kekalahan yang manis. Hihihi 

Kekadang terasa ayat ni macam sekadar penyedap hati tapi sebenarnya tidak. 

Hari ni saya jumpa lagi menda ni. Tatkala diri menutup kekalahan yang agak besar, tapi dipetang hari dikejutkan lagi. Wowww. Rupanya analysis tepat saya dah buat tadi. Syukurlah.

Tak mudah sebenarnya dalam dunia ni. Tapi cam kita suma tahu la, high gain, high pain. tu reality dalam dunia ni. dan macam saya berminggu ni macam kena sepak berkali kali ja. sadis betul. Di mana silapnya saya?

Renungkan diri balik, check mana salah, mana silap, ada la tu di mana mana. Cuma kena cari dan betulkan balik kat mana tempat tu.

Bila bercakap bab kekalahan yang manis ni, selalu jadi. Mana tidaknya. kita dah analisis tepat dah, sekali tak jadi. tapi akhirnya dia jadi jugak kan? Saja je market ni nak bagi kita jiwa kacau seketika kan? ehehe.

Dalam hidup plak, apa dia kekalahan yang manis? sebenarnya tak ada pun kekalahan dalam hidup kita. sebab semuanya adalah kemenangan. tapi dengan satu menda la, bila semua perbuatan kita  buat dengan niat LILLAHITAALA, walaupun kita terkono ka apa ka, saya suka nak considerkan ia sebagai kemenangan.

Sebab ALLAH dah sediakan jalan yang terbaik dalam hidup. saya ambil contoh mudah ya? Seorang penjenayah. di mata kita dia seorang yang gagal, sebab dah buat salah, buat jenayah, bunuh orang la apa suma kan? tapi selepas di hukum kita tak tahu pun dia dah insaf, dia dah jumpa jalan yang baru untuk dia ikut, iaitu jalan kebenaran, jalan yang ALLAH dah sediakan buat dia. Selepas dari tu, masa menjalani hukuman, dia bertaubat kepada ALLAH, dan sebelum dia dihukum mati, dia dah pun serahkan semuanya pada ALLAH. Dengan hati yang ikhlas insaf kepada ALLAH, bertaubat, suma dah ada. Bukankah ini kejayaan? kejayaan terbesar bagi saya. sebab kembali pada ALLAH dengan hati yang sejahtera yakni dengan keampunan ALLAH.

"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal." (surah Ali 'Imran 135-136)
Mudah mudahan, kita juga akan kembali pada ALLAH dengan hati yang 'sejahtera'. 

Thursday, 12 January 2012

Kerana satu, semua kena

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh otw ke Tanjung Malim n Lumut tadi, tapi ada situasi di rumah boss Nadh. Isteri dia a.k.a akak dirompak! Serious sangat terkejut, dengan parang panjang kt leher masa tu. Katanya dh mcm drama dah.

Menakutkan. Dekat rumah tu tau. Boss Nadh cerita, ada kes, dia rompak, masuk rumah, ambil barang dalam rumah lepas tu dirogolnya isteri n ank org tu dpn suaminya. Mengucap panjang nadh. Sedih. N sian sgt kt depa. Nk ngs pn ada dgn nsb depa sekeluarga.

Dalam dok asyik sembang tu, boss Nadh tunjuk seorang kenalannya comment kt pesbuk dia. Bunyinya lebih kurang mcm ni aa, "alhmdllh, syukur isteri abg x apa apa, mujurlah tidak diapa-apakan. mcik saya minggu lepas dibunuh selepas dirompak.". Terkedu kami bertiga tadi. Mujur la tadi jiran akak jerit, mgkn kerana tkejut, lari penjenayah tu.

Macam-macam zaman sekarang ni. Dah x ubah macam kisah Ali Baba n 40 Penyamun cita Alahyarham P.Ramlee dulu. Cuma beza masa tu dia tunjuk pencuri ada persatuan. Dirungkaikn kepada kenyataan zaman sekarang samalah seperti mencuri itu dah jadi satu kerjaya.

Nadh pernah dengar ceramah seorang Ustaz ni, dia kata, "tidak ALLAH rahmat satu jalan tu andai ada salah seorang dari mereka yang telah memutuskan silaturrahim". Ustaz menambah, tak mustahil kan, sebab itu jenayah berleluasa di luar sana, kejadian ragut pa suma, berlaku terlalu banyak. Andai ada rahmat ALLAH , mesti x jadi.

Bukan nk kata ada golongan itu di sana, cumanya ini sekadar satu peringatan juga untuk readers belog ini yang, ALLAH tidak merahmati sepanjang jalan kerana seorang yang salah putuskan silaturrahim, walau kerana dia, semua dapat panggu, sama lah mcm dosa ya, sekelompok yang buat, tak kira budak, org tua n wanita malah org soleh solehah juga yang kena bencananya. Balasan yang tak kenal siapa.

Pesan Nadh, berhati-hatilah. Sentiasa berjaga-jaga. Kita x tahu kan apa nk jadi. Walau kita tahu, dah takdir. Ia berlaku juga, tapi diri rasa lebih lega kalau lebih bersedia n berjaga-jaga.

Moga ALLAH pelihara Nadh, keluarga n para readers sekalian dari jenayah n kejahatan manusia. Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 4 May 2011

Hati-Hati Wahai Manusia Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum.

Dalam mood berdiam diri sebenarnya sekarang ni.
Tapi setelah tetiba terbaca satu artikel dalam surat khabar ni, hati berat benar terasa untuk berkongsi.
Dengan harapan, yang ada dekat mengambil pengajaran dan iktibar, juga BERHATI-HATI dengan dunia yang semakin hari semakin mencabar ini.

Click pada photos atau SINI untuk terus ke laman Kosmo Online.


SANGAT MENAKUTKAN. hanya kerana berkata TIDAK. Dibunuh dengan KEJAM sekali.
Hanya kerana TIDAK, nyawa disentap dengan sewenang-wenang tanpa belas kasihan.

BERINGATLAH WAHAI SEMUA,

1. Jangan sesekali sakitkan hati orang
2. Berhati-hati bila berbicara. KERANA KITA TIDAK TAHU, MUNGKIN APA KATA-KATA KITA AKAN LUKAKAN HATI ORANG YANG TIDAK SEPATUTNYA, DAN DALAM KISAH ATAS NI, TERBUNUH.
3. SILA BACA ARTIKEL INI SEKALI LAGI.
4. Walau tidak suka, jangan gunakan ayat kasar, sekalipun memang rasa benci, tapi gunakan kata YANG BAIK-BAIK kerana mungkin KELEMBUTAN AKAN DAPAT MEMATAHKAN KEKERASAN HATI.
5. ELAKKAN berduaan macam dalam atas ni. Sekali lagi berduaan tu bawa bencana. 

Sekadar perkongsian kerana risaunya pada yang berada disekeliling Nadh akan dunia sekarang. DIHARAPKAN, kita EXTRA berjaga-jaga, tak kiralah kita LELAKI atau PEREMPUAN. Sama-sama ada risikonya dalam dunia yang sekarang ni. Apa pun, kembali pada jalan ALLAH tu tetap adalah jalan terbaik. 

Yang lemah dan kurang tu dari Nadh, n Yang lebih lagi sangat sempurna itu dari ALLAH. 
Wallahualam

Buta+Pekak+Bisu=CINTA