Followers

Sunday, 27 March 2011

Gath KBU - Tanjung Asam PART I

Assalamualaikum.. wahhh.. selesailah sudah
"First Gath - Kami Blogger Utagha" semalam.
Seriously memang besh okeh..
Nak cita cket cita perjalanan kami.

Pagi, masa nadh dok seshopping ng mama, tetiba Papa Khai call, 
dia dah dekat Sg. Dua.
pastu Mikro Kokus call, dia ada kat Jambatan dah,
lepas tu, suma pn da tunggu kat Hospital Seberang Jaya.
kami pun gerak dengan keta Pink adik kami p sana.
tapi p amek Onie, Tatia n Erika dlu kat Taman Pauh. then berkumpul dan bergerak ke jambatan.

kesilapan teknikal cket berlaku. silap paham, bleh kami p tinggal satu geng tu dekat depan hosp.
gerak, lepas jambatan, suma kumpul dekat USM.
then gerak ke Tanjung Asam, kira2 kat USM saja ada lebih kurang 12 ke 13 keta tak silap. ramai sangat.. huu.. sempoi la.. suma gerak dlu, keta kami kena tunggu Nora, Lyza kat jambatan.. pastu baru gerak p sana.
masa bergerak ng keta Lyza tu, bleh plak la p cari geng tu tadapat. padahal da turun kat tempat betoi.. jalan merata.. pusing, benti bapa kali tatau.

tapi kat bawah ni mmg KENOT GO okeh.. ntah camna leh kuaQ menda ni..
da la bagi tpom kat tukang cakap ni. leh plak la p amek gambaQ.. kejam geng nih. 
(gambaQ ehsan Lyza)

pastu. elok sampai ja.. lum apa2 dah kena dah dengan geng tukang masak ni..
ni geng tukang masak, tu yang baju kaler kuning tu tukang masa tukang rasa suma la. ayat pebret dia, 
"itam la sedap weyh..."

masa menjamu selera ya kawan2.. 
ladies beratur mengambik makanan. betapa GENTLEMAN ya JEJAKA, depa biaQ kaum LADIES ni amek dlu.. agagaggag

skali lagi, ladies dok makan2.. heran, laki tak nampak pn. malu ka segan ka.. ? :p rasa makanan tak cukup KSP bantai.. :P

selesai makan, sesi bergambar dengan anak Yatim.
(gambar Ihsan Papa Khai)

Kemudian, p menghantar plak anak-anak Yatim balik.
pas dari ni, Miecah, Sha, Efa, Hajar, n Bad gerak dlu.
since i am the driver, hilang sekali aa.
lokasi pertama, USM - Miecah n Sha,
lepas tu Jetty - Hajar, Bad, n Efa.
kami terlepas sesi PECAH KETUI BATA ICE. 
tapi still ada sesi tu dalam keta kan.
MYVI PINK SARDIN.

Sadin2 di tempat duduk belakang ada 5 semuanya..
Hajar n Bad

Sha. 

Efa n Miecah. sowie tadak gambaQ. crop ja la.

Hohooo.. bygkan aa.. Myvi, kat belakang ada 5 orang. sangat sempit dan tidak selesa. Shian depa kan, pastu kena paksa wat ice breaking lagi.. huuu.. sowie na suma.. keta kami sempit.. nak wat camna.. sowie sangat~~~

n sowie jugak. sebab kena dengaQ kami cakap banyak. hihi.. bukan apa, geram terlepas SESI PECAH KETOI ICE tu.. kita wat la satu kan? hiii.. arap ta buhsan na. BTW, tade la buruk sangat sebab tadapat kenai suma, kurang2 dapat kenai 5 ni lagi dekat kan.. ;) arap tak kisah.. ;)

Saturday, 26 March 2011

Ini kan Fesyen - Kamu apa tau? OUTDATED!!

Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera.

hari ni,, cuma nak cita pasai FESYEN? 
dan sedikit ingatan juga buat para pembaca yang membaca.

ni beberapa perkara pelik yang semakin menyerang kita umat Muhammad yang MAJU sekarang ni.



1. AKU PAKAI TUDUNG WHAT,?

nak mengingatkan wahai saudari ku, bertudung memang bertudung wahai saudari, tapi tahukan saudari yang tudung tu fungsinya menutup aurat kamu dibahagian dada. cakap gentle, bahagian dada kamu tu, TARIKAN UTAMA KAUM ADAM, pasai tu ALLAH cakap, BERTUDUNG DAN MENUTUP DADA UNTUK WANITA! .. jadi kalau pakai, dan dada terdedah? sampai tak FUNGSI UTAMA syariat tudung tu?

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…" (An -Nur : 31)

2.  HEYYY... AKU TUTUP AURAT LAAA~~

yess kawan-kawan. kita semua pakai baju.. sapa nak bogel kat jalan melainkan orang yang telan dadah pastu dadah tu pecah dalam perut. : p (sila rujuk sokabar, banyak kes la skg.. ). TAPI, KALAU PAKAI BAJU, TAPI KETAT MACAM KAIN BALUT NANGKA SMPAI NAMPAK ABEH BENTUK TUBUH, CAMNA YA? garis panduan pakaian juga dah disebutkan buat kita kan? wahai kaum muslimah ku?bukankah tubuh itu adalah aurat?

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)



3. AKU KAN DAH TUTUP AURAT NI? KAN DAH PAKAI TUDUNG???
kaum saudariku, aurat bukan sekadar bertudung.. bertudung betul, tapi jangan la ta lengkap aurat tu, syg la, pala dah tutup, tapi bahagian lagi terbuka, bukankah semua adalah aurat kamu selain tapak tangan dan muka kamu?

Imam Ibn Kathir berkata, “Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…” (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)




4. COME ON LA. TAKKAN AKU NAK KELUAQ BUSUK2 KOTT????
aku nak keluar la.. takkan la nak busuk2 kot? ang takpa la laki..

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang" (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


Note :: sekadar pandangan aku seorang LELAKI yang amek berat akan perjalanan alam yang semakin lama makin menyongsang, aku risaukan kamu, itu sahaja. mungkin bunyi nya aku sorang YANG BUTA FESYEN KAN? atau kata AKU KOLOT, KAMPUNG!! apa pun, itu sahaja dari aku, yang mungkin selepas ini aku akan dibenci kamu, tapi takpa la. biar dibenci sekarang dari disana aku ditanya sebab tak memberitahu akan hal ini. semoga mendapat manfaat. aku tinggalkan kamu dengan ayat bawah ini..

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).” (Al-Ahzab : 59)

Today Is The Day~

Assalamualaikum..
tajuk macam orang nak tunggu akad nikah ja kan?
(macam gatai sangat nak kawen)
hohoooo.. silalah jangan bersalah sangka kawan2..
hari ni adalah hari nya untuk.....
"1st Gathering - Kami Blogger Utagha"


dekat, Tanjung Asam, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

serious suma eksaited sangat..
well, da lama plan kan, ni da tiba masa dah ni..
tapi bukan tu saja yang beshnya.. ada lagi nih..
meh nak tayang sikit..
ni antara yang ditempah khas untuk Gathering Kami Blogger Utagha.

 1. Banner - haa. yang ni nt, akan letak belakang keta, untuk bagitau suma orang dari Perlis smpai ke Penang yang Kami Blogger Utagha. mai Penang nak wat gath. hii

2. T-Shirt - kami ramai2 pakat pakai hat ni.. (tengkiu Adik Quin jadi model)

3. Stiker Keta dan Motor - okeh2.. lekat ni sekali dekat kereta dan Motor okeh.. 

4. Button Badge - ada jugak ni sorang satu satgi. ;)

5. Ini Paper bag Kami Blogger Utagha., design by Nadzli Azlan, n Sunah Muhammad

6. ni last sekali. baru punya. Kad Member Kami Blogger Utagha.. 

Wahhhh. byk betoi pekakas kan? semestinya besh sebab Kami Blogger Utagha. mmg sempoi. 
thanks to yang berusaha Cik GkSb atas semangat menubuhkan group ni. skang makin ramai makin sempoi.
apa pun, all the besh pada yang ber-gath hari ni.. mendoakan segalanya akan baik2 aja..
pada yang memandu, dari Perlis sampai ke Penang, hati2 di jalan raya okeh. ingatlah keluarga kamu dan keluarga Kami Blogger Utagha tersayang.,

AKHIR KATA, NAK TINGGALKAN SEMUA DENGAN PESANAN NI..

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Jadi seeloknya la semua, berniat bertemu KERANA ALLAH, dan pengisian dari perjumpaan dan semuanya tu adalah nilai-nilai yang leh buat kita MAKIN CINTA PADA ALLAH, MAKIN SAYANG PADA RASULULLAH, MAKIN RINDU PADA SYURGA dan MAKIN BENCIKAN MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN. Ingat pesanan saya semalam dalam entry KEKUATAN UMAT ISLAM. Kita belia yang pegang Amanah Masa Depan, andai kita pun turut gugur dengan seronoknya dunia ni; Abeh laa... tadak dah lapis2 yang nak perbetoi songsangnya pemikiran manusia zaman sekarang, Apa pun, JAGA DIRI, JAGA HATI, JAGA IMAN.

Assalamualaikum..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA