Followers

Showing posts with label KBU. Show all posts
Showing posts with label KBU. Show all posts

Tuesday, 31 January 2012

Eppy Besday Laling~~

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Tersebutlah kisah setahun yang lalu, waktu tu, se-page beby telah dilahirkan. Diberi nama Kami Blogger Utagha, Beby berkaler banyak berpokok NyioQ, berpadi telah membesar dengan baik sekali. Pada tanggal 31-Jan-2011 masa tu, tadak orang yang nak hapy melainkan Mama beby yang tak comei lagi tak comei itu.  Beby pun tak menangis masa tu, sebab diawal kelahirannya, beby tak ada ramai lagi nak layan dia.

Lama kelamaan, beby pun dapat ramai kawan. Dari hari ke hari beby meningkat besaQ, kawan dia pun makin ramai. Sampaikan beby kekadang selop (asyik hang ja masa ni sebab ramai sgt active, chat keja hang ja)

Makanan kesukaan beby adalah Char koey teow. Beby jugak pernah masuk Paper, tempat kesukaan beby banyak, tapi paling pebret skali kan, sampai ke tahap berdebor-debor la, beby pergi pantai, Kali kedua beby pergi pulau. Beby jugak pernah pergi KLCC tau. Hari tu la, masa bulan posa, beby berkembara reramai, sebelum pergi farewell kawan-kawan beby.

Pernah sekali tu tau, Beby Merajuk tau, teruk juga malam tu, habis Diam Sedunia, tak cukup dengan tu, ciap berTacing-tacing plak tu. Tapi nak buat macam mana kan, dah semua pakat dok Kecelaruan Jantina. Memang kacau bilau la kan? Tu belum kira beby dok bernenek-nenek lagi.


Hari ni genap setahun group Kami Blogger Utagha dilahirkan.

Banyak kisah sepanjang dia dilahirkan. Dan ruang kesayangan Frame and Lenses telah banyak juga merakam kisah-kisah sepanjang lahirnya Baby. Diharapkan Beby akan terus maju dan sukses sampai bila-bila. Walau sekarang adalah zaman kesuraman, diharapkan, ianya akan berubah tak lama lagi.
" Selamat Hari Lahir Kami Blogger Utagha. "


P/s : wat Vlog la camni. :P

Friday, 11 November 2011

Trafik kembali sibuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nampak nih?

Lama dah wall group tak busy macam ni. Kalau tak dah macam papan iklan ja. Tapi malam ni sangat seronok. Terkenang macam-macam kisah perkenalan dekat wall tu sebelum ni. Dari sana jumpa ramai adik, ramai kakak, dan sahabat.

Moga-moga di sana akan kembali sibuk macam dahulu. Bukan lagi papan iklan, tapi ruang mendekatkan hati-hati adik beradik yang dah bertemu dalam ni. Ruang peringatan, ruang memberi nasihat, bertukar-tukar fikiran, dan macam-macam lagi.

Moga ALLAH mengizinkan. Amin Yarabbal Alamin.

Sunday, 21 August 2011

Photos | Program Kembara Ramadhan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Semalam, kalau semua ada membaca entry Nadh tentang intro Program Kembara Ramadhan mesti tahu kan yang group Kami Blogger Utagha ada buat satu event kat Perlis.

Program yang diberi nama Program Kembara Ramadhan ini bertempat di Masjid Al-Sakinah Kampung Padang Melangit, Perlis.

Rombongan dari Pulau Pinang bermula seawal jam 2:00pm (sepatutnya la). Tapi telah terlambat disebabkan kelembapan teknikal oleh Nadh sendiri. Rombongan 3 biji kereta oleh, Mikro, Naim, Tatia, Fatyn, Atin, Cik Zai, Nadh n Nadzli.

Kemudian kami sampai di RnR Gurun untuk menunggu kereta dari Sungai Petani yang dinaiki oleh, Nur Lina, Farhana, Siti Jusiza n Hafiz Rahman.

Kemudian perjalanan diteruskan hingga tiba di Alor Setar.
Lokasi : Depan rumah Syakira

Ketibaan kami disambut oleh enchik #retiss tersohor KBU Tuan yang Terutama Enchik Syukri Hasshan.

Ramai kan? Ada lebih kurang 7 biji kereta semuanya

Perjalanan diteruskan lagi hinggalah tiba di stesen minyak Petronas Kaki Bukit, Perlis

Pantang jumpa camera depa ni. ;P
Mereka sangat RIANG.

Next, jalan lagi, hingga tiba di Masjid Al-Sakinah
 Hadoi la. LELAKI sikit la.

GambaQ ni memang sadis. Pegang punya lama, 2-3x ja depa snap. hadoihhhh

kat bawah ni Nadh kongsi la serba sedikit apa jadi semalam ya. ;)

Antara penerima-penerima sumbangan semalam.

 Pakciksss n Adikss

 Macik-maciksss

Selesai saja Majlis sumbangan, buka puasa, solat

Semua yang hadir.

 Selesai program di Masjid, bergerak ke Padang Bandaran Perlis (kot), depa dok panggil KERIS ja semalam
 Sesi PECAH AIS sekejap. 

 Tu yang tudung hitam belakang Nadh tu tak reti dok diam. :P

ambik gambaQ dengan #RETISS

Group PHOTOS.
 Tangan di bahu, mata ke atas ye kawan2?

Cer tengok atas..

Shhhhhh

Apabila Tokan mengeluarkan senjata UTAMAnya.. 
(Credit tu Mikro Kokus) <-- dia suruh backlink

Bunga api ja la. Mercun bahaya.

Kanak-kanak RIANG berebut nak membakaQ.

 Masterpiece

 Beberapa yang telah mencuri tumpuan
Adik Rosyam Nor ni. Bakal Blogger masa depan? (betoi ka ni? pepandai ja )

 Suka PIC ni ketat-ketat.. weee~~

  Amboihhh abammm Naim...kami repot.. kami repot. .:P

Nak gambaQ lagi, boleh rujuk kat SINI, SINI, SINI dan SINI.

Selesai bergambaQ, kami pun mula gerak pulang. Tapi yang taleh blah tu, pantang benti, pantang jumpa camera, jadi jugak. Ni pic last ya. 
Lokasi : Plaza Tol AloQ StaQ. 


Selesai sudah aktiviti Kami Blogger Utagha bagi bulan Ramadhan kali ini. 
Alhamdulillah, selesai dan semuanya berjalan dengan lancar. Syukur pada ALLAH, Dan semoga ikatan ukhuwah yang terjalin antara semua, terus kekal mekar mewangi ibarat wanginya perfume Nadh (opss Naqiah yang kata wangi) :P 

Kepada semua. You Are The Best !! Kekalkan moto We Are Family tu ye? Moga-moga panjang umur berjumpa lagi. Sekiranya tak panjang umur, di sana nanti kita berjumpa lagi. (Doa-doakan la ye).

Untuk Versi lain, sila rujuk kat SINI. dan SINI.

Monday, 15 August 2011

Program Kembara Ramadhan KBU

Assalamualaikum. Atau salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

KBU buat lagi. Apa plak kali ni? Orait, sila tengok banner bawah ni.

(Sila click Banner Untuk Tumbesaran)

Program Kembara Ramadhan KBU : Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatin & Warga Emas. 
Tempat : Kg Padang Melangit, Perlis.

Buat masa ini pihak KBU dah dapat beberapa sponsor dari pihak luar. Tapi pihak KBU tidak menolak andai ada lagi sumbangan ingin disalurkan untuk program ini. 
Pada yang berminat untuk memberikan sumbangan, bolehlah di bank-in kan kepada Bendahari KBU (minimum RM10) :
Nur Syakira Yaakub
CIMB: 08240004875529

Tarikh Akhir Bayaran: 17 Ogos 2011
 
 
Sebarang maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan : 
 
Admin KBU:
GKSB- 019-4446535
Pakcu sofi- 0194406353
Adish Shida- 014-7577561
 
Note :: Blogging-blogging jugak kan? Ada time nak beramal, kita sapu la. hihihi

Sunday, 31 July 2011

Mini Gath - Pulau Aman

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Oops.. hari ni ada Mini-Gath agi la. Ramai juga tadi, ada Adik, Naqiah, Adik Naqiah a.k.a Najwa, Jusiza, Ern, Naim, Mikro, lepas tu datang Cycy (sebut macam Ern, Cai Cai), Aien Sudu Plastik, Dik Wan Kunci Locker, dan last sekali pacik HidiaQ.

 

Banyak cer ni,

1. saya.. saya.. saya.. nama penuh Asyraful Naim. pakai empom e72, black edition, lepas tu kerja besa-besa ja, single lagi tau. dulu study pun besa-besa ja. Nama belog saya myblogmyhero.blogspot.com

2. saya Mikro, blog saya betul Syukri. kerja dekat KOMTAR tingkat 49 . nak mai ka? nak mai bagitau la, sya leh bawa berjalan sampai kat atas tu. "kami ada thumb print tau, bukan macam UiTM Arau. :P "

3. Saya Asal orang Johor. Tapi skarang ni mengaji dekat IPTB. Umur baru 20. Masa masuk asrama hari tu la, dapat bilik baru, tapi tak ada kunci locker. sebab tu dapat ilham nak guna nama ni.

4. Nama saya Erin Azizan. Nama baru saya Ern. Nama betoi tak boleh nak bagitau. Saya ni terlebih Hormon laki-laki. Sebab tu tukaQ gambar baru. Opss lupa nak gtau, saya dah seperated dengan Mikro.

5. Saya blajar sekarang ni. Belajar nursing. Dulu masa sekolah kan, sudu n garfu kotor, lepas tu kan, kami bawa la sudu mai dari rumah,. Lepas tu dapat nama Sudu Plastik. "kalau tau basic best la, tak tau tak best"

6. Nama saya Cycy Amiruddin. Nama ni nenek yang kasi masa mula-mula lahir, masa dari kecik-kecik la. Skarang ni saya kerja dekat klinik. Baru lagi, baru sebulan lebih. Blog kurang update la.

7. Nama kat fesbuk Siti Jusiza, nama dalam Ic pun Siti Jusiza. Nama blog Akujusiza.blogspot.com. Saya #retis. " Saya dah kurus. Turun 3 kg tau. "

8. Nama saya Najwa. Berblog since saya tingkatan 3. Sekarang umur saya 19 tahun dan belajar dekat ALAM.

9. Nama blog saya cintatulip.blogspot.com. (sambil gelak). Asalnya blog saya tak pakai nama ni, tapi kena tukaQ atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Berblog since tengah tahun lepas lagi.  "Ehhh saya berblog pun Najwa la yang ajar. "

10. Nama saya Nadzli Bin Azlan. Masih single dan available. blog nama Afrospexs.blogspot.com. Dulu saya afro, tapi sekarang dah botak. (Botak tu Sexy <-- dari Ern) . Blog saya ada gambar-gambar saya bagi sedikit tips nak guna camera.

11. Yang ni takyah cita. :P

Sebelum tidur, meh tgk dulu la gambaQ depa tadi.

Tuesday, 28 June 2011

Segmen KBU, Jom kembali ke sekolah!

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Kami Blogger Utagha (KBU) buat segmen la. Organized by Enchik Pakcu Sofi dalam belog dia NI.

Serious menarik. Since malam ni kepala otak Nadh weng sikit, nak mencoret pasal diri Nadh masa sekolah plak. Jum3...

Mana paling best, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah?
Nak pilih mana-mana pun tak boleh sebab semua nya sangat best. Heaven. weeee~~ Setiap satu ada kisahnya.

Pengalaman pahit
Pengalaman Nadh, apa ya yang pahit tu? Rasanya macam tak ada ja. tapi pernah la sekali tu Cikgu Fauziah, Cikgu Akaun Nadh murka dengan Nadh, sebab Nadh drop subject account kelas dia masa Nadh f5. Dia takmau bercakap dengan Nadh lama juga la. Kes dia dipendekkan cerita dalam kelas Science tu, Nadh ni kira orang harapan dia la untuk subjek ni dari kelas Science.

Sekolah rendah pula kes kena marah dengan Mama kes dapat surat cinta dari peminat. Surat sampai ke rumah. Lepas Sampai Nadh dekat kampung la Mama call soal siasat. Lepas tu balik rumah, terus koyak surat tu dengan hujah "dah orang nak bagi surat tu kat Arie, mana Arie tahu..? " (Apa pun, dah kawen pn budak tu sekarang. doakan kebahagiaan dia) weeee~~

Pengalaman manis
Rasanya sepanjang hidup kat sekolah tu manis sokmo. Ada ka yang tak manis? 

Masa Sekolah rendah : Scorer sepanjang tahun. dalam class Nadh tu. tak 1 2 macam tu la. Lepas tu Nakal sangat. Nadh paling kecil dalam kelas. Tapi ketua kelas yang nakal. Ingat lagi, masa darjah 3, Nadh pergi larikan anak tudung yang dipakai kawan Singh Nadh tu, lepas tu Nadh lari pergi dekat geng Nadh, ngadu Singh tu nak buli Nadh, memang la budak tu kena belasah.. ahahaha

Tingkatan : Nakal jugak, Penolong ketua pengawas kena rotan depan kelas. Nakal tak tara tu? kes dia, main buah gatal. hihihi. Banyak cerita la. (Kalau cerita suma mau ampa bosan pastu terjun lombong sebab tak larat dengaQ..) lalalalalala~~

Subjek yang digemari
Rasanya semua pun suka. tapi PALING sekali semestinya Bahasa Inggeris. Cerita dia, Nadh ada seorang sahabat ni (dia sekarang dah kawin tinggal kat UK). Dia ni memang pandai BI. Nadh mungkin dapat sedut kosa terer dia tu. Takkan lupa dalam kelas masa f5, Cikgu puji kata karangan Nadh antara terbaik. ada 2 orang ja yang kena puji tu.. weeee~~~

Satu lagi subjek PJ. Sebab budak laki kelas Nadh suma macam Nadh. Kami ni gila main bola. Bayangkan dekat2 nak SPM, sampai Penolong Kanan HEM mai jumpa, "hampa ni udah-udah la main, p study nuh.."
Subjek yang tak digemari    
Fizik. Sebab setiap kali kelas Fizik, budak perempuan akan duduk dekat meja depan sekali tempat Nadh and the geng duduk. Dah la lelaki paling kurang dalam kelas tu. Bayangkan kena duduk belakang, lepas tu tak paham apa cikgu cakap. memang la hangin..  

Meh tengok gambaQ budak Nakal.. 


nak join segmen : klik sini
nak join KBU : klik sini

Meh la join sekaki. Ceritakan anda waktu sekolah dulu macam mana.. meh click dekat SINI.

Saturday, 18 June 2011

Yang Berpunya pun HOT la. Mahai lagi

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Wall KBU (Kami Blogger Utagha) bergegar lagi. Gara-gara KOMEN-KOMEN membina lagi meletopss the vavavooom by Ahli KBU malam tadi. 

Semuanya gara-gara status masing-masing.

Bermula cerita bila Enchik Mikro bagitau yang ni. Lepas tu  suma pakat-pakat menjawap.

Lepas tu Enchik Mikro cakap 

point dari kisah bak kata Aimaa Shameera adalah.

Akhirnya kesimpulan pun dibuat

Dah tetiba ada yang nak ngaku diri depa pn single mingle, macam makhluk NI

Jadi saja la Nadh HIGHTLIGHT lagi sekali buat tatapan umum

Tu baru satu. Dia NI pn nak buat pengakuan jugak..

Yang Cik Boss ni tak mau mengaku plak.

Lagi statement yang taleh blah..

Selesailah sudah perbincangan PANAS lagi PANAS di wall KBU malam kemarin. Sebelum berpisah, nak mintak ramai-ramai mendoakan yang NI dan TTM dia sebab dia kata...

Amin-Amin-Amin Yarabbal alamin.. tak lama dah tu..


Special Thanks to Watak-Watak Utama 

Maceh kerana membaca. 



Friday, 17 June 2011

Sebenarnya; Berjanggut itu MAHAI..

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Pagi ni tak dak apa nak cakap la. Tapi Nadh tegelak bila belek-belek wall KBU malam tadi. Ada 2 topik yang akan dijadikan entry sebentar lagi. Tapi sebelum tu, meh nak layan ni sat.. 

Semua ni pasai Adik dan entry dia yang NI la. Dia p PING kat wall KBU. 


Lepas tu apa lagi, Nadh pun post la Status ni. 

nak highlight jawapan GEGEH + PENUH KONTROVERSI

Suka plak tu jawap macam tu. tengok ni.

Selesai sudah untuk sesi malam.  Sebab Sesi petang pn ada jugak. tengok ni

Belum cerita pasai kes Nadh pergi potong rambut bulan lepas .
"adik, yang kat janggut tu you taknak potong ka? "

Maka dengan itu, dapat Nadh simpulkan dekat sini yang BERJANGGUT ITU MAHAII..
Diulangi MAHAIIII !!! 

Kerana yang sebenarnya; Mengikut SUNAH itu memang MAHAIII ..!! 

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Maceh kerana membaca.
Rujukan : 


Friday, 6 May 2011

Sehari Sepetang di Kuala Kumpur Part II

Assalamualaikum.

Akhirnya, Nadh dah Merdeka.. hihi.. tadi mencoret ng penuh perasaan kat atas kertas jawapan kan.
Ni nak merapu merapan dalam Vlog plak.
hihi.. ni bukan hasil hari ni. Tapi dari rentetan kejadian 1 Mei, dalam Part I.
Bagi sesiapa yang ada melihat Trailer, dan kisah 2 Mei. mesti tertunggu-tunggu kan hasilnya Part II.
Mari la kita tengok apa hasilnya. dan macam biasa, sekali lagi nak gtau, hasil edit by Nadh si budak kampung buta IT. jadi paham-paham la kalau hasilnya kureng dan tak comei.
Sebelum tu, kita tengok dulu peta perjalanan kami, nak tunjuk betapa gigihnya kami berempat ni.

Info :: Kalau diikutkan perjalanan ada la dalam 2.1km kami berjalan.

Apapun, layan ja la ye. :D


Tapi sebelum tu, Nadh nak ucap terima kasih bebanyak dekat, Dia, Dia, Dia dan Dia atas kesudian, kerajinan bertemu untuk assignment kecil-kecil ni. Apa pun ampa suma sangat sporting. hihi

Maceh kerana menonton. :D

Wednesday, 4 May 2011

Sehari Sepetang di Kuala Kumpur Part I

Assalamualaikum..
Siap akhirnya Vlog Sepetang di Kuala Lumpur.
Kendalian Dek Nazzs n Aimaa yang menjadi tulang belakang kepada dokumentari kecil-kecil ni.

Perjalanan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhadapan Dataran Merdeka hinggalah ke Tugu Negara. 
Kalau diikutkan, perjalanan sepatutnya berakhir di Taman Tasik Perdana. Tapi memandangkan keadaan cuaca tidak mengizinkan perjalanan terhenti di Tugu Negara. Nasib memang menyebelahi kami jugak sebab ada Papa Khai kat sini, kalau tak memang keras la tunggu sana bertiga.. hii..


Berikut kisah perjalanan kami yang dah divideokan oleh Nadh. Maaf sekiranya hasil tidak begitu memberangsangkan, biasa lah kan, orang kampung buta IT cam Nadh ni. apa yang tau, takat nak sambung-sambung, copy paste pandai la. 


Maceh kerana menonton. 
Akan ada Part II selepas ini. 

Ini adalah kisah 3 Mei.!!

Assalamualaikum.

Sehari lagi yang busy bagi Nadh.
Hari ni ada paper pagi. lepas paper tu, Depa NI, NI, NI dan NI ajak berjimba plak.
LOKASI : Bukit Cherakah.

Sampai ja Nadh kat sana, memasing sedang menunggu NI plak untuk sampai. 
Agak lama jugak tunggu, jadi kami amek keputusan nak pergi makan dlu. 
LOKASI : Nasi Ayam Pacik Mal, Seksyen 9 Shah Alam.

Sampai ja yang ditunggu, Apa lagi, makan la.. Nasi Ayam dia sedap weyh.. P la makan sana. best!
Kemudian, perjalanan diteruskan ke Bukit Cerakah. Tapi singgah sebentar di Masjid Shah Alam untuk solat Zohor. (jalan-jalan jugak, Solat tu UTAMA, kita jaga ni ALLAH insyALLAH jaga kita jugak, bukan tu sahaja, perjalanan ni dalam Redha ALLAH, sntiasa di jaga, dilindungi, dirahmati.)

Okeh, naik la kami ke atas Bukit. Tade maknanya nak jenjalan kan? jadi Pacik Bus la menjadi mangsa.
(tiada photos, suma memalu nak amek gambar masa ni)
Bus kemudiannya, diberhentikan dekat depan Perkampungan Budaya. Thanks to Dek Nazzs sebab tekan loceng n Kirin yang buat bunyi loceng. 



Sedikit Info : Perkampungan Budaya ni adalah tempat penginapan dekat sini. 
Ada banyak rumah disediakan, antaranya Rumah Negeri Sembilan, Rumah Melaka n Rumah Pahang atau lebih senang Nadh kata rumah chalet la. yang direka seperti bentuk rumah budaya negeri masing-masing. 

Sedikit Sorotan perjalanan kami kat SANA.

 50kaki dari tanah. ada sapa berani nek?  kami dah sampai

 salah satu tinggalan sejarah di Cerakah. 

 sempat lagi tu kan?

 Piece!

Cendawan ka bunga ni? ntah le.. ahahahah

Selesai sudah di Bukit Cerakah. Next location is Snow Walk, i-City Shah Alam.
Sangat FUN. serious. tak caya? meh kita tengok..
 Tapi sebelum tu Sedikit Info sebelum masuk.
 
Tiket masuk : RM25 untuk dewasa.
Sewa kasut RM10. (Pakai kasut bertutup supaya takyah sewa kasut)
Kamera leh bawa tapi atas RISIKO sendiri. atau leh pakai khidmat depa, cuma mahai la.
RM128 diberikan Pendrive 4 GIG untuk suma gambar kita. 
N printed 4 keping gambar. 2 kecik, 2 besar.

Dah, jum layan apa depa suma wat semalam. :D


Nadh n Abg Ady


 Muka tahan sejuk suma

 Dalam rumah ni

 Tu dia, ada dinosaur.. ahaha. :P

 Tiada kata lain melainkan, KAMI MMG COMEL. kan? 

 Slumber ja depa ni? tak takut ka dekat Polar Bear tu?

 Posing sikit sebelum balik ya.. :D

Last One. 

Tu saja nak dikongsikan.

♥♥♥ Tiada lain melainkan nak gtau "Sayang Suma Ketat-ketat" ♥♥♥

Buta+Pekak+Bisu=CINTA