Followers

Saturday, 26 March 2011

Ini kan Fesyen - Kamu apa tau? OUTDATED!!

Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera.

hari ni,, cuma nak cita pasai FESYEN? 
dan sedikit ingatan juga buat para pembaca yang membaca.

ni beberapa perkara pelik yang semakin menyerang kita umat Muhammad yang MAJU sekarang ni.



1. AKU PAKAI TUDUNG WHAT,?

nak mengingatkan wahai saudari ku, bertudung memang bertudung wahai saudari, tapi tahukan saudari yang tudung tu fungsinya menutup aurat kamu dibahagian dada. cakap gentle, bahagian dada kamu tu, TARIKAN UTAMA KAUM ADAM, pasai tu ALLAH cakap, BERTUDUNG DAN MENUTUP DADA UNTUK WANITA! .. jadi kalau pakai, dan dada terdedah? sampai tak FUNGSI UTAMA syariat tudung tu?

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…" (An -Nur : 31)

2.  HEYYY... AKU TUTUP AURAT LAAA~~

yess kawan-kawan. kita semua pakai baju.. sapa nak bogel kat jalan melainkan orang yang telan dadah pastu dadah tu pecah dalam perut. : p (sila rujuk sokabar, banyak kes la skg.. ). TAPI, KALAU PAKAI BAJU, TAPI KETAT MACAM KAIN BALUT NANGKA SMPAI NAMPAK ABEH BENTUK TUBUH, CAMNA YA? garis panduan pakaian juga dah disebutkan buat kita kan? wahai kaum muslimah ku?bukankah tubuh itu adalah aurat?

Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)



3. AKU KAN DAH TUTUP AURAT NI? KAN DAH PAKAI TUDUNG???
kaum saudariku, aurat bukan sekadar bertudung.. bertudung betul, tapi jangan la ta lengkap aurat tu, syg la, pala dah tutup, tapi bahagian lagi terbuka, bukankah semua adalah aurat kamu selain tapak tangan dan muka kamu?

Imam Ibn Kathir berkata, “Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…” (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)




4. COME ON LA. TAKKAN AKU NAK KELUAQ BUSUK2 KOTT????
aku nak keluar la.. takkan la nak busuk2 kot? ang takpa la laki..

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang" (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


Note :: sekadar pandangan aku seorang LELAKI yang amek berat akan perjalanan alam yang semakin lama makin menyongsang, aku risaukan kamu, itu sahaja. mungkin bunyi nya aku sorang YANG BUTA FESYEN KAN? atau kata AKU KOLOT, KAMPUNG!! apa pun, itu sahaja dari aku, yang mungkin selepas ini aku akan dibenci kamu, tapi takpa la. biar dibenci sekarang dari disana aku ditanya sebab tak memberitahu akan hal ini. semoga mendapat manfaat. aku tinggalkan kamu dengan ayat bawah ini..

Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).” (Al-Ahzab : 59)

35 comments:

shahjiehan said...

nice bro!! hahaha...

pedas sunggguh! hebat!

fRaMe+LenSeS said...

SJ :: mungkin agak keras kan.. tapi tu hakikat nya.. cakap bebaik tanak faham. nak bantah, mungkin cara ni faham kot. ;)

~Kirin Selama Perak~ said...

terbaik entri ni nadh !
KSP suka !
:D

fRaMe+LenSeS said...

Terima kasih KSP. ;)

bulat said...

tq :) kerana mengingati...

fRaMe+LenSeS said...

sama2.. arap amek perhatian ya cheQ.

cik pulau said...

best la entri ni..
papepun.. thanks for sharing.. ^^,

fRaMe+LenSeS said...

terima kasih cik pulau. moga sama2 amek iktibar ya.. ;)

iz said...

kreatif..best sgt2 baca..

fashah84 said...

informasi berguna dgn cara santai begini mmg best dibaca...teruskan usaha utk info2 yang lebih menarik sambil berdakwah pada semua..!!!

fRaMe+LenSeS said...

Iz :: terima kasih.. membaca.. ;)

fashah :: terima kasih. amin2. doakan saya punya kekuatan untuk memberi ingatan seperti ini lagi. terima kasih.. ;)

norinaomar said...

peringatan untuk diri saya juga,sebab kadang2 lalai bab ni walaupun bertudung..
nadh,awak lupa pakai tudung,tapi pakai legging..sangat nak muntah dan rasa nak bg penampo!

CikGadis said...

bgos2!
pringatan utk smua n diri syg jgak :)
thanx

بارك الله said...

brbaju tapi brbogel.....

kay_are said...

betul2.. memang kne amek serius bende2 camni..

hanim azhari said...

best la entri ni..sekarang da byk sgt pompuan pakai tudung tpi sme je cm xtutup aurat kan

Miss Ran said...

best2..ske

ketawariang said...

betul tu... skrg ni kalau x ikut fesyen.kite jd outdated...suke tgk fesyen2 muslimah skrg..tp bile nak ikut,makin pelik pulak...
sbb most of them x tutup tmpt2 yg ptt and ketat...
sy pun tgh nk berubah ke arah lebih sopan even dah bertudung... kirenye statement ni kene gk kt sy.. :D
thanks for this entry...

::Miss Pikon:: said...

sedang berusaha perbaiki kelemahan diri.. tq atas teguran dan peringatan..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sekarang bertudung lebih kpd fesyen..tp oklah kalau sbb fesyen itu boleh memotivasikan org utk bertudung..mula² sbb nak berfesyen tp lelama insya-allah dibukakan hati bertudung kerana hendak memenuhi syariat..

la dolce said...

itulah wanita solehah....menutup aurat nya dripada pandgn ajnabi...wanita solehah hiasan dunia malah bidadari di syurga..:)

fRaMe+LenSeS said...

Norinaomar :: a'ah kan. nadh ta tambah yang tu, maceh ingatkan, nt nadh ada peluang insyALLAH nadh wat 1 entry,

CikGadis :: terima kasih. amek la ingatan ya,.

kay_are :: yup. sgt~~

Miss Ran:: maceh2.. ;)

Ketawariang :: nadh doakan kamu ya. ;) amin2..

Miss Pikon :: all the besh dalam usaha kamu ya.. nadh doakan.

Rina :: betul kamu kata tu, tapi kna igt jugak, jika dari awal dia nampak cantik, dan tak ditegur, taleh jugak tau.. makin lama, ati jadi makin ta heran da ng menda tu.. bahaya jugak tu

la dolce :: yup. toi tu.. ;)

yanito said...

alhamdullillah...ada lagi kaum adam kat dunia nie yg ambik berat pasal kaum hawa...terima kasih yea atas nasihat...berguna tuk saya juga nie...:)

fRaMe+LenSeS said...

Yanito :: amek contoh Nabi Muhammad, dia tak limit teguran wat laki ja kan. sma sekali.. nadh nak contohi dia, nadh syg suma, nak suma fikirkan hal ni.. alhamdulilah la kalau ada y mengambil pengajaran. .;)

cikblurr said...

suka entry nih...kadang2 kita memamng akan terleka dgn keseronokan untuk berfesyen/....thankz sebab mengingatkan....

tomatokering :) said...

betol3.... terasa sikit..hii
tengs sbb ingatkan sesama kita.. syggg abg nadh la ! <3 :)

fRaMe+LenSeS said...

Cikblurr :: maceh.. sebab suka.. sama2 kita amek pengajaran ya.. ;)

Erika :: syg kamu jugak dik. ;)

ketawariang said...

amin...sebenarnye perempuan ni kene ckp straight...mmg la mule2 melenting...tp lame2 mst die sdar.. :D

fRaMe+LenSeS said...

ketawariang :: yup true.. kena sabaQ ja.. ;)

Izamir Ridzwan said...

inilah dikatakan berpakain tpi telanjang

fRaMe+LenSeS said...

IR :: moga2 kita dapat jadi DUTA untuk memperbetulkan ya. sama2 kita mendoakan.. ;)

NSJ3108 said...

salam..setuju dgn entry ni..ini sudah bgus sbb skrg ramai lelaki yg menegur tntg pemakaian muslimah..bukti mereka care dgn wanita zaman skrg nih..

cik anna said...

kadang2 rase mnyampah dgn fesyen yang pelik2 skang nie..tu xkira make up yang gile bapak tebal..kalah pengantin..biarlah aku mcm nie, walaupun nmpak agak kekampungan..huhu..lebih slesa kot..

ketawariang said...

cik anna : betul kan...baik kampung sikit dr pening nk berbelanja ikut fesyen.. hehe

kiera'sakura said...

peringatan yg sgt2 berguna... thanks nadh =)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA