Followers

Wednesday, 27 May 2015

Abang kaki cengkoi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Dalam pada dok bergerak merata jumpa orang ni. Banyak hint hint yang bagus bagus yang sampai ke perhatian saya.

Antara nya seorang abang yang singgah di mata saya kerana 2 waktu solat dia berada dekat dengan saya. Seorang abang yang solat dengan kaki kiri yang terpaksa dilipatkan seperti bersila untuk duduk diantara dua sujud. 

Besar sekali apa yang sedang cuba disampaikan untuk saya kongsikan. Bagaimana saya harap ianya dapat di interpretasikan demi menemui jalan Nya. 

Satu, dengan keadaan yang macam tu, dia masih lagi mampu 'check in' di awal waktu. Satu soalan patut dikumandangkan pada telinga kita yang 'sihat' ni. Kenapa dia mampu dan kita tidak? Kenapa kekurangsempurnaan dia tu dia lapor diri kepada ALLAH seawal waktu dan kita tak? Kita guna nikmat sihat itu untuk sibuk urusan kerja tapi kenapa tidak sibuk urusan ALLAH? Dan tunaikan hak Dia tiap kali tibanya waktu?

Kedua, jangan ditanya kenapa dia berada di sana. Adakah kerana dia satu masa dahulu seperti juga kita, tapi akhirnya insaf dan berubah. Tapi soal hati kita, kenapa kita yang melihat ini tidak jadikan kejadian ini sebagai satu motivasi kepada kita? Bukankah itu lebih baik untuk kita?

ALLAH berikan pengajaran sedikit demi sedikit pada kita, jika diambil untuk diinsafi maka baguslah, tapi andai kata sekadar berlalu, maka berlalulah juga pengajaran yang datang menghinggap tadi. 

Apapun, berserah sahaja kepadanya. Niat dan hati kita sentiasa cuba untuk bersangka sebaiknya dengan tiap kejadian ALLAH. Kita jangan menghukum, tapi jadikan tiap kejadian itu meletakkan kita semakin bawah dan bawah. Ingat, kita hamba ja. Apa Tuan kita nak bagi itu bonus. Terusanlah mengambil 'hati' tuan. Mudah mudahan dia redha dengan kita. 

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA