Followers

Wednesday, 22 November 2017

Main dalam Hujan Lebat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, ada futsal. Kalau selalu tu hari Rabu. Minggu ni bawa ke depan, ke hari Selasa sebab ada ahli yang tak dapat nak datang sebab kena outstation hari Rabu ni. Memula tu malam Isnin baru nak plan main hari Selasa. Saya macam biasa la, bila ada yang 'bunyi'  nak main, sebagai tukang atur game saya cuba la sampaikan mesej tu dalam group. Bagi semua orang bincang nak ka tak mahu.

Lagipun minggu ni, esk lusa iaitu hari Jumaat ada game lagi, lawan dengan team yang saya lawan bola padang dua minggu lepas. Ada la wakil dari team tu whatsapp saya minggu lepas ajak main futsal pula. Bila saya usulkan pada team kami, dalam group, respon agak boleh tahan, macam nak main minggu ni friendly dengan geng tu pula.

Alhamdulillah, dipendekkan cerita, jadilah ceritanya nak main hari Selasa. Dan seronok nya kali ni masih lagi main sesama kami. Bila difikirkan, team yang hampir terkubur hari tu kembali bangkit sebab ada kemasukan ahli baru. Alhamdulillah la masih diizinkan nak terus bertapak kan. Cumanya bila ahli dah bertambah, ada pulak bunyi lain, ya la fahamlah kan, dah terlalu ramai sampai boleh main sesama kami dan bila hari friendly mai ramai ramai, ada pula yang nak tarik diri sebab tak puas bermain. Jadinya beberapa hari lepas saya ada PM dah admin group kami tu untuk hold sebarang kemasukan sebab nak 'jaga' ahli core team ni. Well, sebagai orang yang handle, saya suka untuk beri keutamaan kepada ahli utama team dari ahli tambahan ni. Bukan apa, kesetiaan semua itu sangat saya hargai, jadi saya tak nak ada terasa hati ka apa pada semua ahli, saya kena la ambil tindakan awal kan?

Game semalam, pertama kali dalam sejarah kami main dalam keadaan cuaca hujan yang teramat sangat lebat. Pertama kali dalam sejarah la kiranya.

Bila dalam keadaan hujan lebat, dengan kilatnya lagi kan. Suasana tu jadi lain sangat. Memang tak dengar apa pun. Cuma dengar hujan. Bunyi hujan. Nak berkomunikasi dengan kawan kawan pun tak boleh. Sembang pun tak dengar apa. Tapi dah dalam court nak sembang apa nya kan? Cumanya tak ada komunikasi aa. Nak panggil pun tak dengar.

Ibaratnya main macam orang bisu, pekak main. Tak ada bunyi. Lain macam aih. Bila bagi bola pun kekadang, kawan kawan tak dapat nak baca. Pelik sungguh rasa main macam semalam. Instinct macam hilang pun ada. Semua macam main sepak ja. Gerak bola pun tak macam selalu rasa saya. Cumanya, bila dah habis hujan yang lebat tu. suasana kembali normal. Baru rasa ok balik permainan tu.

Terbayang, macam tu la agaknya kehidupan mereka kan? Tiada bunyi. Hambar gamaknya kan?

Tapi itu pada kita, manusia yang ada deria tu, mungkin pada mereka, ada kelebihan lain, ada la tu keceriaan, kegembiraan atau 'happening' tu kat mana mana yang kita tak nampak.

ALLAH lebih tahu.

Apa pun, bersyukurlah. ALLAH dah beri kita.

Syukur juga kepada mereka, ALLAH tak beri mereka. Yang mana menjadikan mereka orang yang tak ada dosa pada deria yang tak ada tu.

Allahuu....  T.T


No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA