Followers

Tuesday, 14 November 2017

Pengajaran Hidup

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Maaf readers, hilang sekejap selama beberapa hari. Tak dapat nak masuk sebab hari hari terakhir selepas entry tu ada satu peristiwa agak besar berlaku, dan tak dapat nak masuk dan update sesuatu.

Sewaktu berlaku kejadian tu, pagi pagi lagi ada seorang sahabat beritakan kepada saya, berpesan , mungkin memperingatkan apa yang mungkin berlaku.

Katanya,
"Nadh, kekadang kalau kita buat sesuatu yang baik, tak semestinya kita akan dapat balasan yang baik, boleh jadi juga kita akan dapat balasan yang teruk, mungkin boleh jadi lebih teruk dari yang kita bayangkan.."

"... akan tetapi, hanya ALLAH lah yang dapat membalas apa yang kita dah lakukan tu, bergantung kepada niat kita, apa yang dia dah takdirkan pada kita. "

"..... bukan jadi dia tak suka, nak buat kita, tapi Dia dah takdirkan sesuatu yang lebih baik buat kita. "

Petang tu, lepas pesanan tu, ada satu kejadian besar berlaku. Saya nak kata terkedu pun tak juga, tapi menerima apa yang ditakdirkan oleh ALLAH ni. Mungkin kerana sedar saya juga yang mohon pada ALLAH pengakhiran macam ni.

Apa pun, alhamdulillah...

ada la tu Dia nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

InsyALLAH......


No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA