Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Semalam, 19 November 2017. Aktiviti mingguan kumpulan kami. Ada friendly bola padang dekat Konpleks Sukan Hijau Kuning, Alor Setar. Sebenarnya minggu lepas ada juga, minggu lepas lawan dengan group salesman Toyota Utara. Minggu ni lawan dengan Pendang FC pulak. Minggu lepas nak pergi, bawak budak hero besar tu, since minggu ni ingat macam minggu lepas, bawa dia ikut sekali la. tapi mana tahu minggu ni plan jadi lain la.
Haa nak dijadikan kebetulan, linesman game kami tu kawan
tempat kerja lama saya. Lama tak berjumpa kan, mana tahu jumpa atas
padang. Nak tergelak pun ada. Dari jauh dia dah keloi saya, panggil
tanya khabar. Sembang punya sembang. Baru tahu yang team lawan cuma datang 5 orang sahaja. Satu kereta eksiden, jadinya short lagi 5 orang yang sepatutnya datang tu. Makanya, terpaksa rela la main campur campur. Takkan nak cancel kan, dah ramai yang datang ni. tak silap group kami aja dah ada dalam 17 orang kalau saya tak silap. Sekali referee pun dah datang masa ni.
Makanya mainlah kami. Asalnya saya patut geng merah. Tapi sebelum game mula, terpaksa salin baju biru sebab kena masuk geng lagi satu. Mujur la bawa baju warna biru tadi sebelum keluar dari rumah nak dijadikan baju salin. ahaha.
Masuk dalam padang jadi pelik sikit, tak tahu nak main kat mana, yang geng lawan bukan kenal sangat, maka nya terpaksa rela ambil position yang mana nampak kosong. Jadi lah Right Back. Untuk pengetahuan, ni kali kedua kena main position tu, minggu lepas main sana juga. Dah la tak berapa pandai main kat sana. Mujur minggu lepas main geng vereten sikit, tak la penat sangat sebab tak berapa laju. Minggu ni lawan geng sendiri, laju la ceritanya, tapi mujur jugak tak berapa nak agressive sangat. Kalau laju memang jenuh la kami. Pastu plak ada striker kami tu, hat ni memang laju la, penat weh. Nasib ada seorang brader ni, dia kata dia nak jaga striker tu, tugas saya tengok yang lain, dan dalam masa sama, bila dia dah kena, saya gantikan dia, dan juga jadi tukang clear bola.
Full time 3-8. Team biru menang. nasib baik satu lagi, masa saya main, lepas 1 gol ja. lepas tengah game saya keluar baru geng merah dapat score 2 biji lagi. Mujur la ye. tak adalah rasa ralat sangat. hihihi
Apa pun rasa lega sangat la, bila dah selalu main, rasa badan makin fit, lari dan bola kat kaki pn rasa 'lebih konfiden. Paling penting adalah fitness. Seronok woo.. Ada la juga 'sesuatu' nak di bawa ke hari Rabu untuk futsal kan?
Tapi tu la, tengok kasut semalam ada merekah dah.
adesss.... takkan kot..... kasut futsal lagi.
jengggg...
1 comment:
jenggg
Post a Comment