Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Semalam, 03 November 2017, Hari Jumaat. Bersamaan dengan14 Safar 1439 Hijriah.
Pada khutbah Jumaat pada hari ini, bertempat di Masjid Teluk Chengai, Kuala Kedah, khatib ada menyebut mengenai kisah sejarah, yang berlaku genap 100 tahun 1 hari yang lalu, yakni berkaitan tanah pusaka Umat Islam, iaitu negara Palestin, yang mana ditempatkan kiblat pertama Umat Islam satu masa dahulu.
100 tahun berlalu. Hari ni ianya kembali. Selepas 100 tahun, negara Palestin masih lagi dalam jajahan. Ianya berlaku pada 02-November-1917, satu surat, yang hari dikenal sebagai deklarasi balfour, dihantar oleh seorang individu dari Britain, Balfour, kepada satu individu yang lain berbangsa Yahudi untuk memberitahu dan memberi wilayah Palestin untuk di jadikan negara kepada kaun yahudi yang ketika itu tidak bernegara.
Ironinya, dan yang lawak sekali, surat ini dideklarasikan, malah dibentangkan di PBB dan akhirnya Palestin dijadikan tempat untuk negara Israel didirikan. Menjadi persoalan, bagaimana hanya sepucuk surat, dideklarasikan, malah lebih teruk ianya mengambil negara orang tanpa kebenaran, dan tiada siapa yang peduli malah mempertikaikan ia. Dan lebih merepek lagi, bila surat itu untuk 'memberi' negara lain, bukan negara yang diduduki, atau negara si balfour itu sendiri, iaitu tanah Britain yang dipersembahkan untuk menjadi tempat duduknya negara Israel.
Bermula dari peristiwa itulah, negara Palestin mula dalam jajahan. Hari ini, setelah 100 tahun, hanya 15% baki wilayah Palestin yang masih lagi ada pada mereka, malah saya yakin, semakin hari akan kurang lagi, kerana penjajahan ini. Tiada yang peduli, malah lebih menjengkelkan, angka 100 tahun itu baru baru ini diraikan oleh puak ini. Hari ini, satu kumpulan aktivis, berjalan kaki, dari Britain, ke Palestin, mengambil masa tak silap lebih kurang dalam 118 hari, atau 6 bulan menuju ke Palestin, menghantar permohonan maaf atas apa yang berlaku 100 tahun dahulu. Walau ianya hanyalah permohonan sahaja, tapi besar maknanya, menunjukkan yang mereka cakna atas apa yang berlaku dan kesannya ke atas Palestin.
Di mana kita wahai Umat Islam? Adakah kita masih lalai? Masih lalok?
Bangkitlah!!
Link lain:
https://malaysianaccess.com/deklarasi-balfour-100-tahun-berlalu-palestin-masih-tidak-dibela/
http://alaqsapalestin.blogspot.my/2012/09/palestin-sejarah-dan-masa-hadapan.html

No comments:
Post a Comment