Followers

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Monday, 7 May 2012

Kisah 5.05 bersama mereka.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Eh, ada sesiapa perasan perubahan kat Nadh tak ni? Mesti tak ada kan? Ehhe, ini apa yang dihadiahkan seseorang kat Nadh. ehhe. tu pun sebab dia komen kat Nadh semalam. Pastu terus dapat tugasan khas, ubah suma, ehhe. 

Pesan dia, "dah ok dah ni. sila semangat balik berblog ye? "

Ye la, since ada yang tanya pasal gambo kan, Nadh nak share la perjalanan kami berempat seharian .

Perjalanan awal Nadh bermula pagi. Ada tugasan dari kak Nadh. suruh adik dia pergi kutip Sunan Musafir versi terhad ni,. 

lepas tu pergi hambek jiran kt Kajang, then lepas tu jemput boss then Elly. Lokasi seterusnya PWTC, tapi benti dekat Kampung Baru sebab masing-masing lapar. ni ha ektibiti dekat PWTC. 

Lokasi : Karangkraf
tempat paling lawak sekali dekat sana. Seyes lawak rasa. tak caya leh tengok dedua ni. 

 Elly Boss n Abamm RAM


Nadh n Abg RAM. (kejadian paling takkan dilupakan)



Lepas dari tu ektibiti lain plak. Semua Nadh punya pasal, merap nak suruh bebudak tu temankan pergi dekat Sports Exhibition tadi. Tapi berbaloi kata ketiganya, kata depa seronok pergi dekat sana, lagi seronok dari ada dekat PWTC, orang punya ramai , semak tau dak. Nak tau camne punya seronok depa tu meh jenguk bawah ni plak. 

 
 Dengan robot putih 

 Depa dengan Optimus Prime 

 Suka bebenor ng keta depa tu. :P

Haaa.. takkan depa ja kot? Nadh pun ada jugak la. :P 
Nadh pun nak jugak la. :D 

Lagi kan, jumpa juga spesis menatang yang tidur Terkangkang. Haaa. sapa tidur macam ni? 

 Rakun tidur mengangkang

 Cer teka ini apa? 

Ini aja kot gambo kenangan masa tu. Ada lagi, tapi ada kamera orang lain. Tunggu depa bagi plak kot? Selesai semua lepas balik hantar semua orang balik. Tawakal motor tinggal dekat Stesen KTM sebab dah lewat. 

Apa pun, sangat best. ! Thanks sgt kat depa. :D

Wednesday, 14 March 2012

Anak bertuahh~~

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca..

Alkisahnya sabtu lepas masa persiapan kenduri sepupu Nadh. Masa tu dah 1 lebih kot. Nadh masih di dapur temankan makcik Nadh buat kueh dengan Mama dan sepupu sorang.

IBU :: "Ha, salin la resepi ni Arie."

MAMA :: "Abg, salin la, nanti boleh kita buat sama-sama dekat rumah."

NADH :: "Ha sat Mama, Arie nak p ambik tab."

**SNAP**

MAMA :: "Anak bertuah, kita ingatkan dia nak salin, dia tangkap gambaQ?"

NADH :: "Ehhe.. Senang Ma, lagipun Arie nak salin mana ada pen."

IBU :: "Macam-macam hang ni Arie, Ibu ingatkan nak menaip tadi. Buleh dia ambik gambaQ ja."

NADH :: "Technology ibu.."

"Tu Arie tangkap gambo tu terang ka?"

NADH :: "Terang, cer ibu tengok ni. " *Mama pun tengok sekali.*

ECAH :: "Abg pemalas, ambil gambaQ je. "

NADH :: "Ehh, mana ada la, kita salin sekali dengan tulisan tok guru, ambil berkat.."

**Semua gelak**


Ops.. sambil-sambil nak ucap selamat bertunang kepada cik sepupu. Moga-moga kekal la sampai ke taman-taman syurga. Pasni sapa plak ye? tettttttt~~

Thursday, 15 December 2011

Perhubungan selamat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Satu masa dahulu, Nadh suka sangat hubungan yang selamat. Yakni hubungan yang berpaksikan adik beradik, adik n kakak ka, adik n abang ka, abang n adik ka, paling Nadh suka semestinya bila menjadi adik la. Sebab sangat seronok tau. Ntah napa, mungkin sebab anak sulung kan, tak merasa ada abang n akak, jadi seronok pula.

Ada juga sekali tu, masa pergi camping, masa ini Nadh antara yang muda, yang mungkin sedikit menyerlah masa tu. Memang la sangat seronok. Apa saja activity memang dalam 'observe' akak n abang. Terasa selamat disitu. Time activity dengan abg, waktu akak memasak jadi tukang rasa. (tetiba rasa diri sgt manja, ouhhh malu)

Teringat masa tu, orang berebut dengan GF-BF, Nadh dengan kakak. Suka sangat, rasa tenang ja bila ada orang kat sisi, pujuk bila sedih, menasihati dan motivate untuk diri cemerlang n temankn Nadh selalu. Apa lagi yang kita mahu kan, cumalah untuk disayangi. Tapi sayang hubungan x kekal lama. Akak da x kwn ng Nadh sejak kawen. Tapi itu lah, orang kawen tu kn suami dulu. Walau sedih, terpaksa tima.

Sekarang ada abang. Walau hanya abg tempat kerja, tapi memang meriah rumah n office tu. Nadh rajin cari gado, lepas tu marah sebab x kena backing. Kena perli la, tapi bila time jaga Nadh. Nadh memang puji. Tapi lawak plak, pantang hilang kejap, mula la Nadh nk merap. Sampaikan kawan luar perli "awak ni saya ingat x pyh ada GF la, abang-abang awak tu punya la jaga adik sorang ni, asal keluar ja depa call.".

Lepas tu Nadh pun suka ada adik. (Bukan x cukup adik ya), tapi Nadh suka jadi abang kepada adik-adik. Sebab bila jd cmni, adik adik x malu nk datang n minta nasihat Nadh. (Tiada gap sebagaimana gap dengan kawan kawan) N mudah untuk Nadh selami hati mereka, bg cadangan n nasihat. Seronok sebenarnya ada adik ramai ni. Kejap-kejap yang tu lepas tu yang ini. Sampaikan cik seseorang tu perli Nadh, "ye lahh, dia kan abang kesayangan dalam group tu.". Tak caya p tengok FB Nadh. Dengan adik2 sokmo. ;)

Macam macam manusia kan? Nadh suka sebab hubungan yang selamat takkan punya hati nk tacing tacing jatuh chenta suma ni. Ikhlas memperingatkan satu sama lain berpaksi ALLAH sebagai yang terutama. Indah sangat kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 11 September 2011

FantaGrape.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Opss, kat bawah adik Nadh n Mama dok tengok cerita The Cave of The Golden Roses.
Ada sesiapa tengok tak cerita tu? Dah lama cerita tu, tapi masih sangat famous kan? Cerita yang Nadh rasa nice dan boleh la nak tonton. Dan seingat Nadh tak ada babak-babak tak ketahuan punca macam cerita-cerita akhir-akhir ini.

Cerita itu menarik sangat, tapi malam ni Nadh tak nak cita pasal cerita tu, tapi mengenai satu nama yang sangat sinonim dengan kisah ini iaitu nama Fantaghiro.

Nadh ingat lagi, dalam lebih kurang 12 tahun yang lepas, waktu tu Nadh tingkatan 1. masa tu kan, Nadh dengan rombongan sekolah, ada Kem Kepimpinan Pengawas dekat Cherok To'Kun dekat Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Macam biasa la kem kepimpinan ni kan, macam-macam group akan dibahagikan, lepas tu akan ada aktiviti-aktiviti kumpulan kan. Nadh ingat lagi, masa tu kena paksa rela dengan akak-akak group Nadh untuk jadi ketua kumpulan kami. Lepas tu kena bagi nama kumpulan, Nadh ingat lagi, masa tu dok pemes dengan cerita ni, terus dah kakak-kakak tu pilih nama Fantaghiro sebagai nama kumpulan. Comei ja nama kan?

Paling tatahan tu, Cikgu disiplin, Cikgu Idris nama dia (Nadh ingat lagi), dia dok perli-perli group kami, dia panggil group kami Fantagrape. Nak tergelak plak teringat saat tu. Suma tu sebab kami sampai lambat masa aktiviti mendaki. Group kami tersesat, tapi thanks to palotak reramai tu, kami telah berjaya melepaskan diri dari kesesatan (chewahhh). Tapi besh tingat sesat ni, dari atas bukit, panjat, turun melalui kawasan bukit guna akar pokok melalui sungai,. (wahhhh.. tak sangka ingat lagi.. )

Beshnyaaaa la ada aktiviti berkumpulan macam tu. Seriously rindukan saat tu.. T.T


Note :: Seriously aktiviti-aktiviti masa tu banyak beri pengajaran kat Nadh.

Tuesday, 12 July 2011

Kenangan pahit diimbau - Decepticons tak jahat la.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh dah balik, Nadh ada banyak menda nak kongsikan. (aduh, belog ni dah jadi belog cerita kisah-kisah perjalanan plak kan? mana dia tazkirah Nadh tah.. huu.. takpa, pelan-pelan Nadh masukkan balik okeh?)

Cerita dia, Jumaat minggu lepas, 08 July 2011, (seminggu lepas Nadh kena keluar pergi site). Nadh lalu balik kat jalan yang membawa kenangan antara yang paling sukar juga bagi Nadh. (Kisah 30 June 2011). 

Masuk ja jalan tu, Nadh teringat malam 30 June tu. Jumlah jauh perjalanan, 49KM. Dari jalan Teluk Intan hingga ke Sitiawan. Nadh guna jalan tu TANPA LAMPU sebab Alternator kereta rosak. Bayangkan lah, dengan jalan yang gelap tu, Nadh terpaksa berhenti banyak kali, dan tumpang lampu kereta kat depan atau tumpang lampu lori yang bawa perlahan.

Sampai terpaksa tahan kereta polis untuk jumper kereta kami. Mujurlah ada seorang abg tu, Abg Farid nama dia, dia la tolong kami. Tolong tolak kereta, panggilkan pomen, dan last sekali assist kami kata ada polis supaya kami leh tahan minta tolong, Alhamdulillah, ALLAH bagi kami bantuan.

Apa pun kan, jalan tu memang jauh bila kami patah balik malam tu, terkenang dengan Jijoi, betapa jauhnya perjalanan kami malam tu, dan betapa ALLAH bagi kami kekuatan dan tak putus semangat nak hadapi ujian tu. bila tengok balik jalan tu yang jauh, Nadh terfikir, betapa ALLAH bantu kami sebenarnya, walaupun jauh, tapi kami bersemangat nak teruskan perjalanan malam tu.

Dah tengok balik baru tahu, jauh tu.. Apa pun, syukur sangat la.. sebab malam tu banyak juga kami dapat, selain tau satu hakikat yang Decepticon tak la jahat sangat.. Mana taknya, Decepticons berbentuk lori yang tolong jumperkan bateri kami malam tu.  (sebenarnya lori abg Farid ada stiker Decepticons yang besar, dia la yang tolong jumper bateri keta malam tu mula-mula)  weeee~~


(gambar hiasan, dari pacik google, gambar sebenar tak diambil due to kamera tak berapa masyuk)


Pahit akan manis akhirnya, kan?

Tuesday, 5 July 2011

MENCIPTA SEJARAH BARU

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Topik pagi Nadh hari ni adalah SEJARAH. Ada sesiapa tak yang minat subjek ni masa dekat sekolah dulu? Setahu Nadh kan, subjek ni antara yang paling dibenci di kalangan student sebab kena hafal dan ingat fakta yang banyak tu. Subjek ni dikira sebagai subjek paling menyampah, dan selalunya nak naikkan semangat ada 1 ja, cikgu yang cantik atau cikgu emsemm yang mengajar. (hihi.. :P )

Aduii, Nadh da melalut dah ni. Okeh, sambung balik, mengenai SEJARAH. Apa yang anda paham tentang SEJARAH? Kisah lalu yang menunjukkan asal usul kita. Betul tak? Apa lagi? sila tambahkan. Tapi Nadh nak sebut tentang MENCIPTA SEJARAH BARU. (Note : INI ADALAH ENTRY CHENTA CINTUN)

Siapa tak ada sejarah silam kan? yang manis, yang terlebih manis macam ladang tebu, yang pahit, yang tak best, semua ada la. Sejarah ini baik, tapi tak kurang juga mendatangkan keburukan kepada kita. Contohnya, sejarah menghalang perjalanan kita. Selalunya sejarah tak baik akan menakutkan kita untuk kedepan, tak kurang juga sejarah baik yang akan menjadi titik perbandingan untuk kita kepada masa depan. 

Keburukan sejarah dan kebaikan sejarah lama ini sepatutnya menjadi titik tolak kepada perubahan kita sebenarnya, Kenapa perlu dikenangkan sejarah lama? Bukankah sejarah tu telah tercipta. Sekarang sejarah tu dah berlaku, dah masuk dalam ARKIB HIDUP. Bermakna sekarang KITA PERLU CIPTA SEJARAH BARU.

Tips Mencipta Sejarah :

1. Keluarkan yang terbaik dalam diri kita. Mungkin satu masa dulu kita pernah jadi yang TERBAIK pada pandangan kita, Tapi, BUKANKAH PENGALAMAN ITU MEMATANGKAN KITA. Jadi itu merupakan BUKTI TERBAIK yang kita sebenarnya DAH JADI LEBIH BAIK DARI DULU. 

2. Sejarah baik dijadikan BENCHMARK kita. Cuba pastikan yang kita jadikan yang baik itu sebagai SEMANGAT UNTUK JADIKAN KEHIDUPAN SEKARANG BAIK DARI DULU.

3. Sejarah silam adalah hasil tapisan fikiran kita. Adalah baik sekiranya yang tak baik itu kita jadikan sempadan, agar ianya tidak berulang di masa depan. NOTE : PASTIKAN KITA TAK JADI BURUK MACAM SEJARAH KITA DENGAN MENGULANGINYA. 

4. Belajar melupakan. Terbukti, kita takkan dapat melupakan sejarah, sebab dia pernah jadi sebahagiaan dari hidup kita. TAPI melupakan yang Nadh maksudkan adalah, ANGGAP IANYA TELAH BERLALU. Ingat, "Kita tak hidup untuk masa lalu, tapi kita hidup untuk masa depan. "

5. Belajar memaafkan. Dalam tak sedar, tidak memaafkan ini merupakan salah satu penghenti kepada perjalanan kita. Belajar memaafkan, mungkin si dia bersalah tapi tak erti semuanya perlu dia tanggung, mungkin juga dari kita juga yang menyebabkan perkara berkenaan berlaku. 

6. Muhasabah diri. Kenal pasti kekurangan, silap kita sebelum menyalahkan orang lain. Selalu buat macam ni. "ALLAH tak hilangkan matahari saja-saja melainkan dia nak hadiahkan kita pelangi yang indah. "


NOTE :: Tinggal dengan mengimbau sejarah? sila lupakan.. Dalam hidup, nak mula baru itu yang susah, tapi sebaik bermula, ianya akan jadi menarik. Bermulalah sekarang, kalau tak mula sekarang, bila lagi kita nak bermula? All the best semua.

Tuesday, 21 June 2011

Ghaibmu satu misteri tapi biarlah pergi

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.


Apa yang nak kita ghaibkan dari hidup?

1. Diri kita yang terseronok dengan dosa, TAUBAT NASUHA menjadi jawapnya.
2. Sikap keras kepala kita. Lembutkan hati dan jiwa agar mudah menerima teguran
3. Sikap suka bertangguh kita. Agar HAL BERKAITAN KEBAIKAN tidak kita tangguhkan
4. Ghaib dari kenangan-kenangan yang menghentikan perjalanan kita.

Ghaib dari segala hal tidak baik yang mengganggu kita mencapai Syurga ALLAH.. 


Thursday, 2 June 2011

Mimpi

Mimpi,
Suatu masa dahulu, 
Kau yang mengaspirasikan perjalananku
Yang terkandung padamu hanya Manis, manis dan manis
Tiap babak perjalanan itu, bagaikan nota-nota manis dalam lagu
Yang sentiasa memperelokkan bibit-bibit kejadian 
Ibarat babak cerita indah didalam novel

Mimpi, 
Saat kau bersamaku, 
Tiap yang hadir itu cita, 
Yang indah lagi terkenang-kenang,
Nak melupakan langsung tidak, 
Menghapuskan dari ingatan semestinya bukan perkara terakhir yang bakal kulakukan

Tapi, 
Tiba saat nya,
Kau bukan lagi mimpi yang terindah
Kau menjadi igauan terburuk 
Paling ngeri dalam sejarah malamku,
Sepertinya diriku lebih hinanya dari sampah yang kau humbankan,
kemudiannya kau pijak-pijak 
Dan kau cerca semahunya,

Aku benci, Aku benci, Aku benci,
Sampai bila-bila pun tak mungkin aku melupai nya
Sebab sampai kesaat ini, 
Kejadian itu masih menghantuiku,
Bukan bererti aku tak berani melangkah,
Tetapi, langkahku menjadi terlalu berhari-hati,
Kepercayaanku, terlebih-lebih kucatu,
Kesayanganku, dan segalanya aku simpan hingga tiba satu hari itu
Akanku luah,
Itupun sekiranya diizinkan,
Berdoalah, Berdoalah agar aku tak jadikan manusia terkemudian darimu sebagai mangsa
Pusat melempiaskan kenangan yang dah kau palit dalam hati nan suci ni. 

Aku tahu ini mungkin, 
Tapi andai satu hari nanti, 
Tiba hari dan ketikanya, 
Aku mohon sangat pada Tuhan, 
Dijauhkan aku dari kamu, lemparkan aku kemana saja, 
Asal aku tidak melihatmu lagi,
Nyah kau dari ingatanku,
Nyah kau dari hatiku,
Nyah kau dari segalanya yang pernah ada dalam lipatan sejarahku


Alhamdulillah, cerita ni menenangkanku.. :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA