Followers

Tuesday, 25 October 2011

delete dan copy lepas tu paste

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, Nadh baca satu status FB, ada seorang tu kata, dia kalau mampu diulang dia mahu mengulang masa lalu, kalaulah memory otak seperti memory dalam komputer yang mampu di didelete, dia nak wat macam tu jugak.

Sesetengah kita berpendapat macam tu, nak mendelete memory yang ada bila kata apa yang diinginkan itu tak mencapai matlamat, apa yang di mahukan tidak dikecapi,  malah nak plak la mengulang masa lepas supaya tidak berlaku perkara ini di masa hadapan.

Meh Nadh nak share apa Nadh rasa tentang diri kita dan memory komputer, kenapa dia berbeza dan sampai bila-bila akan kekal berbeza. 

Memory komputer, seperti yang kita tau, ada simpanan, apa yang disave, akan ada didalam tu. Selagi mana kita tak delete, selagi tu memory tu ada dalam tu. Tapi sekarang dengar cita dah ada software yang leh recover balik file-file yang kita dah delete. (Nadh pun tak tahu tapi orang la bagitau Nadh. )

Memory kita, dah ada. Kenapa tak boleh nak delete ya? Ada la sebabnya ni. 
1. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, mana nak datang nya istimewa kta ni sebagai Umat teristimewa manusia yang ALLAH perintahkan makhluk-makhluk lain tunduk kepada dia yang membawa kepada peristiwa derhakanya Syaitan satu msa dahulu.


2. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, dapat bayang tak? semua orang boleh mendapatkan memory-memory orang lain. Contohnya, kenangan Nadh, Nadh dapat share dengan para readers hanya dengan copy dan paste, lepas tu semua orang leh dapat apa yang Nadh pernah rasa. Tapi soalnya, PENGALAMAN TU SEMUA ORANG DAPAT KA?


3. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, mana nak datangnya istimewa seseorang manusia. Sebab semua kita boleh SHARE. Malah dapat rasa yang sama. Rasanya yang banyak Pengalaman tu paling rugi, sebab semua nak copy- paste Pengalaman dia. Masa tu tak perlu Nadh nak g Pulau Sipadan lagi sebab nanti leh ambil memory tu dari Boss, then tak perlu la Nadh nak pergi Korea sebab yang tu leh ambil dari Jiran Nadh.


4. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, masa tu semua manusia akan jadi kaku. jadi ngeng, jadi ngok. Semua main copy dan paste, senang la nak program, cakap ja macam tu, jadilah dia. Rasanya tak ada yang kenal erti salah, sebab semua dah betul. (takkan kita nak ambil yang salah nak copy paste kan? )


5. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, kita tidak belajar apa-apa dari hidup. Sedangkan kehidupan itu sebenarnya satu pembelajaran yang sangat menyeronokkan sekiranya kita tahu menghadapinya. Kalau dari satu masa kita belajar untuk makan, akan adalah pengalaman, tumpah makanan, minuman terpercik ke baju, nasi melekat di bibir, berbagai lagi yang satu hari bakal dikenang.

"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim " (Al-Imran : 140)


6. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, kita bukan manusia NORMAL. kerana sebagai manusia kita belajar dari setiap kenangan, dari kenangan kita terkenang dan dari sana wujud kemanisan hidup. Kita ada kenangan, yang indah itu menjadi ingatan kekal, yang tidak juga sama, dari sana sebenarnya terbentuknya siapa kita di masa depan. Kain putih itu dicoret dari ibu dan ayah, tapi bila sebaik kita yang memegang pena dan warna nanti, kita mencorakkan siapa kita juga.

"Orang yang paling mengenal bahagia itu adalah yang pernah satu ketika belajar dari kesedihan, yang terlebih mengerti gembira adalah manusia dengan rasa derita dan duka satu masa dahulu, bila ditanya mengenai kejayaan, pastilah si dia yang pernah gagal faham lebih akan rasanya, mereka inilah yang paling mengerti, yang paling mengerti dan menghargai gembira, bahagia dan berjaya!! "

Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah s.w.t. perbuatan buruknya seta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya.” (HR Muttafaq alaih)

Oleh itu, bersyukurlah sebab kita bukan memory computer, kita adalah manusia, kita belajar dari pengalaman, kita belajar dari kegagalan, kita bangun dari kejatuhan. Satu persatu kesabaran dan kegigihan kita menghadapinya akan satu hari memanfaatkan kita semula.

11 comments:

Namee Roslan said...

pahit manis yang kita lalui dalam kehidupan ni yang buat kita matang. dan mungkin pahit tp itu yg buat kita tersengih bila teringat :) kenangan.

Iffah Afeefah said...

Bile jirn g korea ni? Btol syukur jd mnsiaq

putERi-kAtEk said...

kalau la bolehhhh...hurmmm

YAYA AZURA said...

apa yg terjadi ada hikmahnya..sepahit mana pun kenangan lampau akan manis jua akhirnya ..tanpa kita sedar pengalaman pahit tu la yang mematangkan kita..menguatkan semangat..

diana said...

syukur dengan apa yang ada..

BeloG MTT said...

Setuju dengan Nadh... Sebab tu la kita ni sebagai manusia adalah makhluk yang sangat istimewa :')

mas saari said...

kalau semudah tu semua orang sibuk nak delete segala kenangan buruk!

cik pulau said...

kerana apa.
kerana kita adalah manusia.. insan yang istimewa,
bukan komputer yang hanya berguna seketika cuma..
heee~

shida anwar said...

kalau boleh nak delete kenangan pahit..tp kalau sesenang tu nak delete..apa yg dapat kita jadikan panduan di masa akn datang untuk teruskan hidup..

hanim azhari said...

semua manusia perlu merasa kepahitan sebelum merasa kemanisan barulah hidup ni sangat2 bermakna..syukur jd manusia bukan memory computer :)

~hanim~

fRaMe+LenSeS said...

Namee :: setuju ng Namee. :D

Iffah ;: ehehehe. tade ke? :P

Katek :: tu la.. bleh syiok noh. :P

Yaya :: ya, yang tak manis tu la bagi kita kekuatan. :D cuma diri kita kena la kuat cket nak hadapinya.

Diana :: amin2.. :D

Laily :: yayyyyy.. toi tu. :D

kak Mas :: itulah. tapi tak mungkin kan?

CIk Pulau ;: kita spesel kan? limited edition. hehe

ka Shida :: setuju kak. :D

Hanim :: syukur jugak. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA