Followers

Tuesday, 5 July 2011

MENCIPTA SEJARAH BARU

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Topik pagi Nadh hari ni adalah SEJARAH. Ada sesiapa tak yang minat subjek ni masa dekat sekolah dulu? Setahu Nadh kan, subjek ni antara yang paling dibenci di kalangan student sebab kena hafal dan ingat fakta yang banyak tu. Subjek ni dikira sebagai subjek paling menyampah, dan selalunya nak naikkan semangat ada 1 ja, cikgu yang cantik atau cikgu emsemm yang mengajar. (hihi.. :P )

Aduii, Nadh da melalut dah ni. Okeh, sambung balik, mengenai SEJARAH. Apa yang anda paham tentang SEJARAH? Kisah lalu yang menunjukkan asal usul kita. Betul tak? Apa lagi? sila tambahkan. Tapi Nadh nak sebut tentang MENCIPTA SEJARAH BARU. (Note : INI ADALAH ENTRY CHENTA CINTUN)

Siapa tak ada sejarah silam kan? yang manis, yang terlebih manis macam ladang tebu, yang pahit, yang tak best, semua ada la. Sejarah ini baik, tapi tak kurang juga mendatangkan keburukan kepada kita. Contohnya, sejarah menghalang perjalanan kita. Selalunya sejarah tak baik akan menakutkan kita untuk kedepan, tak kurang juga sejarah baik yang akan menjadi titik perbandingan untuk kita kepada masa depan. 

Keburukan sejarah dan kebaikan sejarah lama ini sepatutnya menjadi titik tolak kepada perubahan kita sebenarnya, Kenapa perlu dikenangkan sejarah lama? Bukankah sejarah tu telah tercipta. Sekarang sejarah tu dah berlaku, dah masuk dalam ARKIB HIDUP. Bermakna sekarang KITA PERLU CIPTA SEJARAH BARU.

Tips Mencipta Sejarah :

1. Keluarkan yang terbaik dalam diri kita. Mungkin satu masa dulu kita pernah jadi yang TERBAIK pada pandangan kita, Tapi, BUKANKAH PENGALAMAN ITU MEMATANGKAN KITA. Jadi itu merupakan BUKTI TERBAIK yang kita sebenarnya DAH JADI LEBIH BAIK DARI DULU. 

2. Sejarah baik dijadikan BENCHMARK kita. Cuba pastikan yang kita jadikan yang baik itu sebagai SEMANGAT UNTUK JADIKAN KEHIDUPAN SEKARANG BAIK DARI DULU.

3. Sejarah silam adalah hasil tapisan fikiran kita. Adalah baik sekiranya yang tak baik itu kita jadikan sempadan, agar ianya tidak berulang di masa depan. NOTE : PASTIKAN KITA TAK JADI BURUK MACAM SEJARAH KITA DENGAN MENGULANGINYA. 

4. Belajar melupakan. Terbukti, kita takkan dapat melupakan sejarah, sebab dia pernah jadi sebahagiaan dari hidup kita. TAPI melupakan yang Nadh maksudkan adalah, ANGGAP IANYA TELAH BERLALU. Ingat, "Kita tak hidup untuk masa lalu, tapi kita hidup untuk masa depan. "

5. Belajar memaafkan. Dalam tak sedar, tidak memaafkan ini merupakan salah satu penghenti kepada perjalanan kita. Belajar memaafkan, mungkin si dia bersalah tapi tak erti semuanya perlu dia tanggung, mungkin juga dari kita juga yang menyebabkan perkara berkenaan berlaku. 

6. Muhasabah diri. Kenal pasti kekurangan, silap kita sebelum menyalahkan orang lain. Selalu buat macam ni. "ALLAH tak hilangkan matahari saja-saja melainkan dia nak hadiahkan kita pelangi yang indah. "


NOTE :: Tinggal dengan mengimbau sejarah? sila lupakan.. Dalam hidup, nak mula baru itu yang susah, tapi sebaik bermula, ianya akan jadi menarik. Bermulalah sekarang, kalau tak mula sekarang, bila lagi kita nak bermula? All the best semua.

10 comments:

Mr. Straw said...

nak sain nak sain..ala sukenye..hehehehe..RETISSS!!

NadiRah said...

uh,tips...
nice.. ^^

aimie amalina said...

saya saaaangat suke sej! heee...i love it =.< (siapa yg lupakan sejrah, pasti akan mengulanginya )

shahjiehan said...

gile arg.. mmg sejarah..follower nadh byk gile...!! tahniah bro!

Подтверждаю said...

as salam..
mencipta sejarah..perlukan pembaharuan jatidiri kearah yang positif.

hm..nota bawah sekali..
huhu..bile melibatkan kerja..untuk pakckik, pakcik perlukan sejarah. pekerjan kami memerlukan apa saja yang berlaku pada masa dulu, demi rujukan sekarang. sekurang-kurangnya sejarah 5 tahun yang lalu.

dalam hal2 peribadi tu, tak salah. cuma, kita perlu ambil point2 nya yang penting

=)

nad sibuk ke ni? lama tak nampak. ni entri autopost?

aizamia3 said...

betul tu nadh..
jadikan ianya sebagai pengajaran dan teladan untuk masa akan datang..

Sunah Sakura said...

kadang2 manusia terlalu ego..

kiera'sakura said...

agree!!!

tinggalkan sejarah lalu, melangkah untuk memulakan episod baru.. mungkin episod yang baru nie akan muncul sebuah taman yang sangat indah? yakin dengan aturan Yang Maha Esa... setiap yang terjadi pasti ade hikmahnya..

yang penting jangan menyesali apa yang pernah terjadi, sebab semua tue lah yang mematangkan diri kita.. =)

cik pulau said...

sejarah telah mengajar kita untuk menjadi yang lebih baik agar kesilapan lalu tidak akan diulangi..^^,

Iffah Afeefah said...

sejarah

mmg pahit utk dkenang

tp akan rase manisnya kelak

Buta+Pekak+Bisu=CINTA