Followers

Wednesday, 15 June 2011

Mimpi Tsunami - Gempa Bumi - Ingatan

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Kemarin, (semalam punya semalam), Nadh dapat mimpi yang agak pelik.
Masa tu Nadh, Mama, Jiah n Adik pergi rumah Nenek Nadh dekat Teluk Kumbar. Buat yang tahu, Teluk Kumbar ni dekat sebelah laut, masa nak ke sana akan lalu tepi pantai, dan di sana juga ada jetty (tempat Ayah Nadh pernah letak boat dia dulu.)

Okeh la, dipendekkan cerita, masa perjalanan balik, Nadh nampak ombak sangat lah tinggi, (macam dalam kes tsunami kat Jepun tu). Lepas tu kan, air mula memenuhi jalan. Nadh decide nak tinggalkan kereta dekat rumah pakcik Nadh yang ada berdekatan di sana sebab nak Jiah suruh tinggalkan kereta dia kat sana, sebab kereta dia rendah.

So kami pun pergilah nak ambil kereta Nadh (entah macam mana la kereta Nadh leh ada dekat sini). Lepas tu masa nak letak kereta Jiah tu, kawasan tu macam semak sikit, jadi Jiah tak puas hati, suruh ubah kereta dia letak kat tempat yang kurang semak, n di bawah pouch kereta (pun hairan sejak bila rumah pakcik jadi rumah kampung).

Sebelum perjalanan diteruskan, naik ja kereta Nadh, tengok-tengok ada ular. Lepas tu terus Nadh terjaga dari tidur. Heran kan? agak pelik di situ..

Lepas tu tengok-tengok semalam ada gempa bumi kat Sumatera dan kat KL terasa gegar (walau tempat Nadh tak rasa apa-apa).

Adakah ALLAH sedang sampaikan sesuatu buat Nadh? Apa pun Nadh pasti, kejadian gempa ini, untuk ALLAH beri pengajaran kepada kita, semoga kita sedar yang kedudukan kita kat DUNIA ni tak tara mana nak dibandingkan kedudukan di Syurga ALLAH nanti, sebab apa ALLAH gegar kita? sebab ALLAH nak kita sedar yang kita tak berhenti berbuat binasa dan kerosakan di muka bumi ni.

Contoh terbaru adalah konsert Akademi Fooltasia kat Putrajaya minggu lepas?? Yang SEDAR menasihat sebab tak sesuai, tapi yang HERANNYA, ISLAM plak yang teruk-teruk menghentam si penasihat ni. Apa kejadahnya suma ni?????

Sebaiknya direnungkan semua ni.. Nasib baiklah ALLAH tak bagi gempa bumi kat Putrajaya hari tu, kalau tak mau beribu MATI KATAK kat sana.. Hambikkk kau... nak gumbira sangat kan? TANAM SUMA DALAM TANAH. SETELL~~~

Masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (Surah al-’Ankabut: 40)

Renung-renungkanlah...

4 comments:

Miss Ran said...

btol tu nadh
smlm putrajaya rs gegaran

ramai wat entry
ai pun da rase sbb af tu

entahla..mgkin ni amaran kot

utk kte smua

Fay said...

fay selalu jugak mimpi pasal ombak2 besar ni n terfikir jugak ape petanda dia..

Andrik McVean said...

hi there i have followed your log and i hope you can follow my blog too..will be waiting for you there...cheers :)

Muslimah Optimis said...

ermmm.. kalaulah terjadi seperti yang nadh katakan di penghujung entry..memang gegar masuk newspaper muka depan la.. nauzubillah.. Tapi Allah masih nak beri peluang kepada hamba2 Allah yang ikut gi tenok AF tu.. ermm.. tapi kan orang kata kalau mimpi berkaitan air benda baik akan berlaku.. tapi kami pon penah mimpi air naik jugak a few days b4 tsunami kat acheh dulu.. semua ni rahsia Allah..wallahualam

Buta+Pekak+Bisu=CINTA