Followers

Sunday, 16 September 2012

Apakah itu ukuran sebuah kejayaan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apakah itu ukuran sebuah kejayaan?

Saya pernah satu masa, terkeliru, dengan apa yang dipanggil kejayan ini. Seringkali kita tersasar dalam menilai apa sebenarnya kejayaan, dan mula mengukur kedudukan diri bila perbandingan dilakukan.

Yang menghairankan, hidup kita memandang, yang hebat itulah kejayaan. Mudahnya, kita mengangkat setingginya manusia yang berkereta mewah, kerana kita memandang mereka sudah semestinya insan yang kaya, yang senang dan berpangkat, kita puji menjulang insan pintar yang menggulung ijazah setinggi langit bak kata kita, kerana pandangan mata kita itu.

Dalam masa sama, yang kurang kedudukannya kita caci, kita keji, kononnya merekalah insan insan gagal dalam hidup, dan atas sebab itulah mereka ini semua padannya hidup dalam penghinaan, direndahkan martabat, dan mungkin lebih dahsyat, ditidakkan hak yang sepadannya jadi milik mereka.

Sebenarnya, inilah hidup yang kita cari selama ini. Dalam kita tak sedar. Kita lebih dambakan kejayaan mata manusia selain dan cuma berharap akan diberikan kejayaan lebih besar yakni.kejayaan ALLAH. Kita idamkan SPM 10A, tapi kita lupa yang pelajaran sembahyang itu sebenarnya lebih besar dari pengertian kita itu. kita lupa, yang belajar ilmu dunia saja tidak membawa ke mana. Sedang akhirat yang kekal abadi.

Lihat sahajalah contoh sembahyang tadi. Kita belajar untuk 10A, tapi kita lupakan ilmu sembahyang, sedangkan, sembahyang itu adalah pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Kita abaikannya, dan akhirnya ia memakan diri kita. Bukan hanya kita tapi membawa ke masyarakat. Benar bukan, pelajaran dunia kita telah memakan kita. Kita idamkan rumah besar, kereta besar, hidup yang mewah, sampai ada yang tidak mampu pun terpengaruh, dari yang tidak cukup itu dicukupkan juga, tapi dari sumber tidak sah seperti rasuah dan sebagainya, alasan, tak cukup.wang. Bukankah itu satu kesalahan? Kita belajar dunia dan sana tunjukkan kaya dimata manusia.

Tapi lain ceritanya untuk y sedar kisah sementara ini sebagai token utk abadi yang mengasyikkan. Tidak perlulah berlbih, tapi kesederhanaan dijaga. Kita sedar, yang pmberian yang terkurang bagi mata manusia inilah kelebihan kita. Malah kita cintakannya, dan masih mampu untuk berbakti pada yang memerlukan. Kita bersedekah. Kita bantu mana yang patut seikhlas mungkin daya linkungan daya kita. Dan kita juga mampu bergembira. Kerana bila ALLAH redha, dia rahmat dan berkati kita, kurniakan juga ketenangan pada hati kita.

Pesan saya. Check balik impian kita. Di mana hala tujunya. Dunia kah? Atau akhirat yang abadi. Kerana di sanalah letaknya kejayaan. Inilah yang diukur. Kerana jawapan akhir yang saya pasti berkumandang untuk soalan, "kamu ingin ke syurga atau neraka?" hanyalah satu. yakni "syurga", cumanya sejauh mana kita bersedia untuknya? Adakah sekadar YA, tapi berat bergrak atau Ya bersama usaha berterusan dan istiqamah mengejar rahmatnya?

Apa pun, tanyalah hati, hanya dia.punya jawabnya. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

5 comments:

syafiqah nabilah said...

Yang terbaik, kejarlah akhirat melalui dunia =)

Hanif Idrus said...

Dunia dan akhirat kena seimbang....
Saya setuju..

kiera'sakura said...

sebab tue ada DIA kata bagi para kafirun dilimpahkan kekayaan untuk mereka kt dunia nie sebab nt kt dunia abadi mereka hina dan miskin. sesape yg dah dilahirkan islam tp lupa akhirat x mustahil akan jadi mcm kafirun tue kan... :)

Iffah Afeefah said...

manusia dibutakan dengan kejayaan kemewahan duniawi semata2

Ain Dzaya said...

berbalik semula apa sebenarnya tujuan kita hidup nie, dan apa jenis kejayaan yang kita nak capai..dan susun stategi dgn baik cmne nak dapatkan kejayaan tu :)
hope ini membantu :)


Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥

Buta+Pekak+Bisu=CINTA