Followers

Friday, 14 September 2012

Qada' dan Qadar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ini saya kongsikan kisah saya bersama ustaz tengah hari tadi. Ilmu yang buat saya rasa amat bersyukur kerana telah dpertemukan tadi juga dipintas di saat saat akhir sebelum berjumpa ustaz.

Ustaz berkongsi tadi selepas ustaz tanya saya pasal rukun Iman ke enam, iaitu Percaya Pada Qada' dan Qadar.

Ustaz tanya , apa dia itu qada' dan qadar tu? Saya pasti yang kita faham dari perkataan.itu adalah ketentuan ALLAH. Betul tak?

Tapi bila diperincikan ustaz tadi saya tersedar yang qadar iaitu takdir itu datang selepas qada yang mana apa yang kita lakukan sebelumnya.

Sihat sebelum sakit. Kahwin dan cerai. Hidup dan mati. Semuanya berkait dengan apa yang kita kerjakan. Yang ustaz tegaskan tadi adalah MUHASABAH DIRI.

Qada, masa kita sekarang. Waktu kita sihat ni. Apa yang kita buat? Amalan kita. Kita buat tak? Ke kita tinggal. Siap ada juga yang sediakan alasan, "saya akan buat selepas dah tua lah, selepas pergi haji lah". Macam macam alasan. Last sekali jatuh sakit, masa itu baru insaf, tapi dah tak guna lah. Tu pasal amalan. Sakit plak, bila dah kna sakit jantung, sakit kencing manislah, dah tak berguna bukan?

Ustaz tegaskan tadi kan, ALLAH dah janji, baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. KITA PASTI DIBALAS. Tak kiralah, tak sekarang, esok ka lusa ka, tulat ka? Minggu depan, tahun depan? 10 tahun akan datang? Pokoknya kita pasti terima apa yang kita buat sekarang. ALLAH bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, boleh jadi dia tangguh semua kerana mahu kita insaf dan kembali.ke jalan NYA.

Lagi, apabila kita dah mula kufur, pasti akan 'muncul' balasan tu. Kita elok elok ada gaji tiap bulan, tetiba diberhentikan, kita elok elok sihat. Tetiba kemalangan, mati. Itu kan apa yang kita buat. Dibalas kemudiannya. Dan ganjaran baik pastilah pada yang berbuat kebaikan. Pada yang mengikut ajaran ALLAH pasti akan ALLAH pelihara dia bebaik.

Yakinlah pada apa yang ALLAH janjikan tu. Buatlah semua kerana ALLAH. Jangan kerana nak dipuji, diangkat dan dipuja orang. Apa yang kita buat balasannya adalah dari ALLAH Ya Rabb, bukan manusia yang balas. Kerjakan dengan ikhlas. Tak guna diendah redha orang sedang yang memberi semuanya adalah ALLAH.
Published with Blogger-droid v1.6.9

4 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

nice ~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

perkongsian hebat.tq adik

kiera'sakura said...

terima kasih berkongsi dgn sy juga :)

Iffah Afeefah said...

terima kasih jiran

bila ada berlaku ssuatu pasti ade y tak kne pade kite dlu2

Buta+Pekak+Bisu=CINTA