Followers

Monday, 22 April 2013

Akhirnya

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya. tahu akhir nya apa? Akhirnya sakit juga. setelah lama saya tahan diri, hari ni tak dapat tahan diri dah. Saya gugur juga akhirnya. cuti di hari isnin. dengan nekadnya tak nak pergi kerja pagi ni. bukan cuti la sebenarnya MC sebab saya tak sihat.

Kemalasan semakin terasa. bukan malas apa sangat cumanya tak dapat nak tahan diri dah. melayan apa yang saya kena layan di pejabat tu. kekadang tu rasa sedih juga. saya bukan sahaja dah terabai diri sendiri, tapi sian kat ummi dan baby tu. ada juga dia kata, asal dia balik ja mesti saya balik lambat.

langsung tak terlintas kat fikiran ni nak balik lambat bila dia ada. in fact saya cuba nak cepatkan balik bertemu mereka berdua, tapi apakan daya. tak mampu nak elak. menda yang tinggal di pejabat menghalang saya dari pulang. apakan daya kan?

sampaikan. sekarang dah ada ura ura nak cari menda baru nak tanggung hidup saya dan ummi ni. saya cuba dah di area Alor Star. dengan harapan nanti kami dekat. senang saya nak jaga dia. tapi entahlah. hati ni walau susah di sini, masih sayangkan pengalaman yang akan saya hilang jika saya bertindak melulu tinggalkan tempat ni.akhirnya dalam dilema.

sedar yang berlaku semua ini punya hikmah yang sangat besar dalam hidup saya. yakin yakin dan yakin ALLAh sedang merencanakan sesuatu. bersalahlah ye wahai hati, wahai ummi, wahai baby. Abi langsung tak ada niat nak wat sesiapa terasa hati.

3 comments:

aizamia3 said...

InsyaAllah pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku ketika ini.. ;)
Moga cepat sembuh hendakNYA..

kiera'sakura said...

buang la perasaan bersalah tue abi. itu pun sebahagian tanggungjawab jugak. ktorang paham insyaAllah, jgn risau ok ;)

aDisH.sHidA said...

TETIBA TACINK LAK KAMI BACA ENTRY AMPA NIE....MOGA URUSAN AMPA DIPERMUDAHKAN...BANYAK2 BERSABAR YE

Buta+Pekak+Bisu=CINTA