Followers

Monday, 1 April 2013

01. April

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Apa khabar readers? Lama sungguh kita tak bercerita kan? seriously saya sangat sangat sangat melampau sibuknya semenjak diberikan tugasan baru ni. Saya langsung tak sangka saya akan berakhir dengan keadaan macam sekarang ni.

Tarikh hari ni agak istimewa sebenarnya buat saya. 01. April 2010. Hari pertama saya menerima tugasan dalam bidang pengurusan. masa ni diberikan tugasan untuk jadi main-man dalam berurusan dengan customer. Mulanya tu agak gembira. Mana tak nya kan, dari tugasan lain, diberikan peranan baru dalam syarikat. masa tu jadi orang tengah antara staff dan customer, mudah ja, setelkan apa yang customer nak dan uruskan staff buat apa yang sepatutnya mereka buat. Masa ni rasa happy sangat. Akhirnya, alhamdulillah, sukses juga mampu nak buat menda ni.

Sekarang, tahun 2013. Masih dalam peranan sama, cuma bidang dah berubah. Seriously saya tak sangka, apa yang saya buat sekarang sangat sangat sangat menguji saya. Malah kekadang tu rasa macam tak mampu nak tanggung dah. Padahal baru tak sampai dua bulan saya pegang menda ni. Betul, saya rasa dia tak macam apa yang saya buat dahulu. Tak tertanggung rasa. Minggu lepas, sampai kena panggil dengan big boss la , tapi layankan aje la saya. Sampaikan dia suruh saya janji, takkan ulang lagi apa yang jadi ni. Hari ni, tak sangka, apa yang customer gemparkan hari tu tak jadi kenyataan. Kami masih on track nak dapatkan project ni.

Apa pun, saya rasa ini ujian besar yang baru dalam hidup saya. Entahlah, sampai mana mampu bertahan.

Note : saya rasa diri dah tak sekuat dahulu la. mana pergi entah ke-positif-an saya yang dahulu tu?

2 comments:

Rozuan Ismail said...

good luck dgn kerja baru

kiera'sakura said...

please jangan putus asa abi sayang. abi dah berusaha sehabis baik untuk jadi ke tahap skang nie kan? sikit je lagi nak sampai ke destinasi tue ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA