Followers

Tuesday, 23 April 2013

Di mana dia khalifah?

Assalamualaikum. dan salam sejahtare pada yang membaca.

saya tertarik nak kongsi satu kisah yang saya bacakan dalam satu buku ketika saya dan isteri sedang menunggu giliran untuk checkup isteri. ianya mengenai seorang sahabat dan seseorang yang mencarinya.

tersebutlah kisah ada seorang yahudi ni datang nak berjumpa dengan seorang sahabat . dia pun tanya pada yang ada di tempat tu. bolehkan saya hendak berjumpa dengan sahabat ni? orang pun jawab pada dia, boleh. lalu di tanya di mana sahabat ini berada. dan dipendekkan cerita, dia diberitahu di mana sahabat ini berada. iaitu selepas zohor sahabat ini akan berehat di hadapan masjid, berhanpiran dengan batang kurma.

sepanjang dia dalam perjalanan hendak berjumpa sahabat ni bermacam macam bermain dalam fikiran dia. mesti lah sahabat ni duduk di istana yang mewah. kaya raya. sebab jawatan dia kan besar, sepadannya macam tu la keadaan sahabat ni. kena pula pada zaman tu adalah zaman kehebatan islam. dia yakin yang sahabat ini duduk di tempat yang hebat.

namun sesampainya dia di tempat yang diberitakan itu, dia terkedu sebentar. tidaklah apa yang di bayangkan olehnya ada di hadapannya. dia pelik. memang ada sepohon kurma di situ, tapi cuma sebatang. di bawah nya ada sesusuk tubuh seorang lelaki yang bertibuh tinggi tegap memakai jubah yang kusam. lalu dia bertanya kepada lelaki itu.

"bolehkah saya hendak berjumpa Umar Bin Khattab?" lalu dijawab lelaki yang tadi, ya sayalah Umar Bin Khatab.

si yahudi kehairanan. ditanya lagi sekali . saya hendak berjumpa Umar Bin Khatab, khalifah di negeri ini. katanya. lalu dijawab lelaki tadi, ya sayalah khalifah yang anda maksudkan. saya pemimpin negeri ini.

yahudi tadi berasa sangat takjub. bagaimanalah seorang pemimpin yang kaumnya berjaya, hanya rehat berlapikkan sehelai tikar dan berbumbungkan langit di bawah pohon kurma sahaja. dia pun selepas itu mengumumkan dia yakin dengan Islam, dan memeluk islam.

apa yang saya nak sampaikan mudah. betapa jika Islam itu menjadi tunjang di dalam kehidupan, tak ada apa yang teruk sangat pun. si pemimpin menjadi takut menggunakan apa yang diamanahkan untuk diri sendiri. lihat sahaja bagaimana Khalifah Umar hanya berlapikkan tikar untuk berehat. berumahkan rumah yang buruk. langsung tak ada kekesalan baginya.

p/s : apa yang ada pada maju?  jika jiwa tak ditakluki dengan Iman dan takwa pada ALLAH? mengejar ngejar dunia sedang akhirat yang pasti sedang menanti kita , di lemparkan jauh ke tepi.

renungkanlah.


Note : petikan dari buku Ketika Malaikat Tidak Bersayap

2 comments:

shafiq said...

jazakallahu khair ~ maju itu bukanlah berada pada tingginya bangunan , tapi maju itu berada pada tingginya ilmu dan tawaduknya pada yang Maha Esa ~ subhanAllah ~

Nurzakiah Hanum said...

moning sis

Buta+Pekak+Bisu=CINTA