Followers

Saturday, 16 January 2016

Alor Setar - Penang

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Ada atas bus ni. Lama x cerita bab ulang alik Alor Setar-Penang. Ya lorr sekarang kan dah pindah sana tinggal dengan dedua orang tu. Kalau y mengikuti belog ni. Dulu mesti ada entry jam 6 pagi. Bila hari Isnin pagi cerita perihal keluarga kecil kami yang bersatu seminggu sekali ni. Tapi dah tidak lagi sekarang. (Duh nampak gaya kena cari point lain la bak berentry kan kan, hihi)

Masa berulang alik ni. Untuk laluan Alor Setar - Butterworth ni. Ada 3 ja syarikat bus. Transnasional, Konsortium dan juga Plusliner tak silap saya. Yang ni saya tak selalu guna. Tak silap sekali ja dulu dulu sebab bas ni yang last sekali jalan. Tak silap jam 9:30 malam. 

Selain dari tu lepas tu dah tak balik malam lagi sebab selalu guna bus paling awal, jam 5:30-5:45 pagi. Bus cmni Transnasional ja yang ada kat sini. Dan saya kena akui. Bus ni saya suka sebab dia "punctual". Bak kata brader jual tiket yang saya bual tadi, Transnasional, ada 3 orang pun atas bus dia akan jalan jugak. Rugi syarikat tanggung. Sebab dia setengah jam sekali memang ada bus. Sebab ni saya suka. Punctual. Tu ja yang orang nak. Sebab masa orang buat pemilihan satu satu kenderaan tu orang dah ada budget masa, nak kemana, nak sampai pukul berapa semua orang dahplan. Jadinya bila dah tepat. Orang seronok la. Dan takat lambat 15-20 min tu biasa. Orang tak kisah sangat.

Bus lagi satu tu. Bila dah cerita bab masa macam atas ni. Biasalah. Walau servis ok pun kurang prefer sebab dah ada yang saya suka. Saya pegang terus. Selalu cmtu la. Dah ada satu yang ok, tak pandang lain dah. Lantak situ. Kihkihkih. 

Dan lagi satu, bagi yang nak memilih tiket macam saya. Perjalanan macam saya. Terus beli tiket dua hala. Dijamin jimat banyak. Saya pun baru kemarin dulu amek hat ni. Yaloo.. Rugi plak selama ni. Tapi nak wat cmna kan? Dia tahan seminggu ja.. Tak apalah. Layan saja...

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA