Followers

Thursday, 21 January 2016

Bunyi Pam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Bunyi pump.

Time time tengah sunyi macam ni terdengar la bunyi pump sedang sedut air dari sumber bekalan air tu. Selalu dah dengar jadi dah boleh cam itu bunyi apa. Dengar cerita isteri kawasan ni hampir 50% orang dah gunakan pam. Jadi sebab itu air semakin perlahan dan perlahan. Tapi yang kekadang fikir macam tak logik akal pun ada. Waktu orang tak guna pun air tak naik ke dalam tangki. Pening juga memikirkan tu. Kekadang kita guna alaa.. sikitnya lah, tapi bila nak guna lagi air dah tak ada. Sampaikan waktu urgent kekadang tu rasa geram juga. tambah tambah waktu maghrib, nak solat lagi, nak mandi lagi. waktu tu la air tak ada.

Kenangkan juga la, macam mana la zamannya nanti masa air dah tak ada. waktu tu segalanya disekat. sesapa yang nak ada semua, nak senang, nak mudah kena ikut jalan dajjal. bak kata ustaz, ikutlah sungai yang dah nampak berapi tu, bukan sungai yang nampak menyenangkan tu. Nampak macam mudah tapi mana satu yang kita nak ikut, kerana menurut yang lain pula, boleh jadi juga yang dikatakan sungai yang berapi tu adalah "cabang cabang kehidupan yang orang tak pilih". Dalam kan maksudnya tu?

Back to cerita pam rumah ni, nak buat boleh, tapi ni kan rumah sewa, kang jadi sayang nak tinggal pulak. dah la pakcik taknak jual lagi.

Tak apalah, kita tunggu dan lihat ja. yang kita tahu, tahun ni InsyALLAH, tercapai impian tu.

Ke arah menjadi yang bermanfaat pada masyarakat, ummah, dan islam. Mudah mudahan, amin.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA