Followers

Monday, 4 January 2016

4/465

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Muka surat 4 dari 465 muka surat. 

Bermula sudah cabaran baru. Tahun baru masihi. Well, kita dah terlalu terpengaruh bukan? Sebab semua menggunakan tahun masihi. Walau sepatutnya kita pegang pada kalender hijrah. 

Masuk tahun ni macam macam dikepala otak ni. Target semakin jelas. Cuma matter of time nak tuai kejayaan, insyALLAH. Tak dinafikan. Ujian cukup banyak. Dan saya tak lupa sekali bagaimana passion itu mati dan terhidup semula masa akhir akhir 2015.

Entah bagaimana bila ujian terlalu banyak. Dan solusi tak jumpa. Jadi jem. Tak dilupakan juga macam mana struggle nya nak naik balik ni. Terus terang. Jatuh dari segi material boleh cacatkan perkembangan emosi juga. Tapi mana tidaknya kalau dah terperosok teruk sambil ditekan tekan. Kacau jadinya. 

Apa pun dah 2016. Tahun yang saya pasti akan dicatatkan kejayaan yang diidamkan. InsyALLAH, moga ALLAH mudahkan semuanya. Kepada Nya, saya berserah. 

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA