Followers

Showing posts with label Air Mata. Show all posts
Showing posts with label Air Mata. Show all posts

Monday, 4 July 2011

Kisah Seliter AyaQ Mata.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh tengah dok berbahas dengan Presiden Klub and Boss Klub Ping-Ping yang dah promote adik laki dia sekali join Klub Ati Tissue tadi..


Depa pakat dok cerita pasal  kisah Seliter AyaQ Mata (One Litre of Tears) dekat Nadh. Nadh tahu cerita ni sedih, tapi Nadh tak pernah tengok lagi cerita ni dari awal sampai habis. Sebab sapa yang Nadh tanya tengok mesti nangis punya lah (setakat ni belum jumpa yang tak nangis, suma perempuan kan, konpem la tacing..) .


Sebenarnya lama dah tau, n pernah minta dari seorang sahabat cerita ni, tapi external dia plak dah rosak. Jadi tiada sumber untuk dapatkan cerita ni. Sekarang ni Nadh baru nak cari-cari kat mana nak download. Ada sesiapa tahu tak? Ucapan terima kasih in advance dari Nadh sebab membantu. weee~~

Jadi lepas ini, adalah cabaran ati keras macam batu + konkrit la. Bukti tak tacing.. lalalalala~~

Tuesday, 21 June 2011

Air VS Api


if water was fire by ~tedian on deviantART

Air,
Yang memadamkan api itu kamu
Tika ianya sedang marak
Asyik sekali membakar sisa-sisa yang ada
Kau hadir dan kau hentikan "keseronokan" nya
Dan hentikan dia dari berleluasa

Wahai Air, 
Dikala kepanasan,
Dimana tekak kering menelan 
Dimana peluh berpercikan,
Hadirnya kamu menghentikan 
Melegakan rasa dahaga 
Yang mencengkam tekak

Wahai Air,
Bumi ini kekeringan tanpamu,
Suhu yang menaik bila tiada hadirmu,
Para Manusia mula tertanya..
Di mana kamu, dimana kamu
Wahai sang Hujan..

Wahai Air, 
Perananmu bukan setakat itu,
Kerana kamu juga, 
Tubuh terjauh dari dibakar, 
Tubuh diharam dari disentuh Neraka jahanam
Semua berpunca,
Tangisan penuh insaf memohon keampunan dari ALLAH..
Ya ALLAH, 
Kirimkan kami kesedaran,
Lembutkan hati kami dengan air yang melembutkan
Air yang menyejukkan,
Yang memadam api kejahatan
Dan menghenti pengaruh syaitan yang mengganggu.

Izinkan kami kembali ke jalanMU, 
Bawa kami menyertai Para SolehinMU
Letakkan kami sebaris pejuang Fisabillillah MU
Benarkan kami menjadi Yang Tegar pada AjaranMU..
Sesungguhnya kami lemah dan hanya berharap pada Jagaan MU..

Izinkan lah kami Ya ALLAH..

Amin-Amin-Amin Yarabbal Alamin

Thursday, 2 June 2011

Alasan untuk satu perjalanan. Alhamdulillah.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh syukur sebenarnya hari ni. Banyak yang ALLAH nak paparkan dekat Nadh n pertunjukkan dekat Nadh hari ni. Mulanya adalah, Nadh masuk kerja lewat, tapi yang manisnya, Nadh dapat masak dekat rumah, jadi dah selesai makan malam Nadh, n sambil tu dapat jugak Nadh merasa sup panas-panas.. (hihihi.. sangat taleh blah kan? Boss call tanya ada mana, cakap ada dekat rumah, nak masuk lewat sikit, la ni kan cuti sekolah boss, jadi nak masuk lewat la sebab nak tgk kartun.. )

Tu baru 1, yang keduanya. Hari ni boss call tanya sal ada dekat mana tu sebab nak mintak tlg Nadh ambilkan air kolah masjid. Nadh cakap dekat dia, kawasan ni tade kolah la abg, dia cakap tak dapat kolah, dapat air paip pun jadi la, Nadh cakap la, ada plak, orang nak wat ubat mana nak pakai air paip, pastu tetiba ALLAH ingatkan Nadh tentang masjid Nadh dok p solat Jumaat tu. Then Nadh pn masa nak mai keja, lalu depan Masjid tu, tengok-tengok tadak orang. (nak amek kena la mintak izin kan? takkan nak amek macam tu ja). Teringat plak, mungkin masa ni (pukul 11 lbh) orang tak ada sebab lum waktu solat, jadi Nadh wat keputusan nak kembali waktu solat Zohor satgi. 

Mai waktu zohor, Nadh pun nak keluar, tengok-tengok tayar moto pecah. Dah kena tolak motor ke kedai tayar, nasib baik la dekat, leh ja Nadh gamble naik motor tu. sampai dekat kedai, tengok dah kul 1:25. Nadh tinggalkan abg dekat kedai tu, n berjalan kami p Masjid tu. (kena berjalan la, nak naik motor tayar pancit, n lagipun dah azan pukul 1:14 tadi. Nadh gagahkan jalan kaki.kalau tak nanti, nak mintak izin dari sapa). Alhamdulillah, walau cuaca panas, Nadh tak rasa panas (mungkinkah ini perlindungan ALLAH? tatau nak kata. apapn syukur).

Di Masjid, rasa tenang sangat. Seriously.! Lepas solat, Nadh cari pakcik surau dan mintak izin, dia kata, amek ja la, Nadh ucap terima kasih, ambil air kolah masjid masuk dalam botol, n balik. Apa pun kan, Nadh rasa syukurlah, mungkin ini satu cara ALLAH nak panggil Nadh ke Masjid berjemaah solat Zohor. Sememangnya terbaik apa yang ALLAH susun buat Nadh. Nadh syukur, dan gembira sangat.. Alhamdulillah..

Ibarat kata seorang sahabat, 
"Itulah ..tanda kasih Allah tiada bertepi,sayang Allah janjiNYA pasti..."


Thursday, 7 April 2011

Bila DIA dah Izin

Bila DIA dah Izin. 
Pokok kecil tumbuh putik
Putik bertukar menjadi bunga,
Dari Bunga mula berbuah.

Bila DIA dah Izin,
Besi yang kukuh menjadi lembut,
Batu yang keras mulai pecah
Walau hanya titik air menjadi punca,
Sekecil ini menjadi sebabnya

Bila DIA dah Izin,
Yang TIDAK menjadi YA
Yang dimahu bukan lagi fantasi
Malah di impi menjadi realiti,
Bila DIA dah Izin,
Dosa bukan penamat segala,
Noda bukan penutup cerita
Tapi TAUBAT pembuka bicara,
Bermula cerita penuh makna,
Dekat pada Yang Maha Berkuasa

Bila DIA dah Izin,
Andai hati seikhlas-ikhlasnya
Hati benar terasa dengan dosa
Kemudian insaf seinsaf-insafnya
Walau setitis yang turun darinya
Si Air Mata menjadi pengharam 
Api Neraka Menyentuh tubuhnya.



Moga kita sentiasa dalam rahmatNYA. Hati sentiasa memohon ampun dan maaf dari ALLAH.
Menjadi yang berusaha, Menjadi yang Bersyukur, Menjadi yang Taat.
Amin Yarabbal Alamin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA