Followers

Tuesday, 21 June 2011

Air VS Api


if water was fire by ~tedian on deviantART

Air,
Yang memadamkan api itu kamu
Tika ianya sedang marak
Asyik sekali membakar sisa-sisa yang ada
Kau hadir dan kau hentikan "keseronokan" nya
Dan hentikan dia dari berleluasa

Wahai Air, 
Dikala kepanasan,
Dimana tekak kering menelan 
Dimana peluh berpercikan,
Hadirnya kamu menghentikan 
Melegakan rasa dahaga 
Yang mencengkam tekak

Wahai Air,
Bumi ini kekeringan tanpamu,
Suhu yang menaik bila tiada hadirmu,
Para Manusia mula tertanya..
Di mana kamu, dimana kamu
Wahai sang Hujan..

Wahai Air, 
Perananmu bukan setakat itu,
Kerana kamu juga, 
Tubuh terjauh dari dibakar, 
Tubuh diharam dari disentuh Neraka jahanam
Semua berpunca,
Tangisan penuh insaf memohon keampunan dari ALLAH..
Ya ALLAH, 
Kirimkan kami kesedaran,
Lembutkan hati kami dengan air yang melembutkan
Air yang menyejukkan,
Yang memadam api kejahatan
Dan menghenti pengaruh syaitan yang mengganggu.

Izinkan kami kembali ke jalanMU, 
Bawa kami menyertai Para SolehinMU
Letakkan kami sebaris pejuang Fisabillillah MU
Benarkan kami menjadi Yang Tegar pada AjaranMU..
Sesungguhnya kami lemah dan hanya berharap pada Jagaan MU..

Izinkan lah kami Ya ALLAH..

Amin-Amin-Amin Yarabbal Alamin

17 comments:

Sunah Sakura said...

Ameen ya Allah...

jika Kau jadikan aku sebagai air, Kau berikan aku api untuk menghangatkan ku...

jika Kau jadikan aku sebagai api, Kau berikan aku air untuk menyejukkan aku...

Sunah Sakura said...

CA, letak gambo ni...

if water was fire by ~tedian on deviantART

fRaMe+LenSeS said...

Sunah :: betoi tu boss. jadi air sentiasa pun tak apa. cool ja.. :) n maceh sal gambar tu. nice sgt.. :) maceh boss

niena shopping2u said...

ni baru 1st time sy singgah sini, singgah dri blog sunah hehehhehehehe.. (poyo tak ayt ni)

nice, AMEN
Lembutkan hati kami dengan air yang melembutkan

qudwa said...

suke entry ni....XD

JIJI YU said...

jap2..bomba cakap kan..kalo api besar..jgn dok cjirus dgn air yg sikit je..kang membesar lak air tu

cintatulip said...

nak air.. sbb naqiah api.. hahaha

cik pulau said...

air dan api..
adakah cik pulau air? api?
atau kedua-duanya bukan...
ehhmm..

::blog anak jawer:: said...

api n air yg siket boleh jaadi kawan...tapi bila banyak akan jadi lawan..sbb kedua nya tentera ALLAH...

-Yok mampir diluk = makin popular, makin bahaya....

Iffah Afeefah said...

suke entry ni

air dan api=)

gamba tu cm knl lala

NuSaNa NoSa 91 said...

AMINNNN~~

btw, bestnya kata2 ni.. pandai buat.. ^_^

FasiHaH SupiaN said...

Amin ya rabbal alamin...

aque said...

AMIN....

bersama kak Es said...

moga airmata kita dapat memadamkan api yang membakar ...

ameen

fRaMe+LenSeS said...

Niena :: kalau kamu poyo. kalau bahasa Nadh gegeh.. aahahah.. :P

Qudwa :: maceh2..

Jiji :: ai lupa la.agagaga. dulu ya ka kadet bomba.:P

Naqiah :: nak air? abg ata empangan leh tak? :P

Cik pulau :: cik pulau tatau, Nadh lagi la tatau..

anak jawer :: betul..

Iffah :: ni boss yang bagi la. hehe

Nusana :: terima kasih kamu.. ;)

Fasihah :: amin2..

Aque :: amin..

kiera'sakura said...

amin ya rabbal alamin

Maya Diana said...

semoga ramai lagi yang boleh membaca entry ini....

p/s:ok la tu....suka2 dulu..yer tak...same goes to me...hehehe


jemputan khas:Para bloggers ..apa kata share N3 u olls kat web ni RakanBlog . Meningkatkan trafik dan follower blog .Rangkaian bloggers Malaysia.TERHANGAT DAN SEGAR DARI LADANG..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA