Followers

Thursday, 7 April 2011

Bila DIA dah Izin

Bila DIA dah Izin. 
Pokok kecil tumbuh putik
Putik bertukar menjadi bunga,
Dari Bunga mula berbuah.

Bila DIA dah Izin,
Besi yang kukuh menjadi lembut,
Batu yang keras mulai pecah
Walau hanya titik air menjadi punca,
Sekecil ini menjadi sebabnya

Bila DIA dah Izin,
Yang TIDAK menjadi YA
Yang dimahu bukan lagi fantasi
Malah di impi menjadi realiti,
Bila DIA dah Izin,
Dosa bukan penamat segala,
Noda bukan penutup cerita
Tapi TAUBAT pembuka bicara,
Bermula cerita penuh makna,
Dekat pada Yang Maha Berkuasa

Bila DIA dah Izin,
Andai hati seikhlas-ikhlasnya
Hati benar terasa dengan dosa
Kemudian insaf seinsaf-insafnya
Walau setitis yang turun darinya
Si Air Mata menjadi pengharam 
Api Neraka Menyentuh tubuhnya.



Moga kita sentiasa dalam rahmatNYA. Hati sentiasa memohon ampun dan maaf dari ALLAH.
Menjadi yang berusaha, Menjadi yang Bersyukur, Menjadi yang Taat.
Amin Yarabbal Alamin.

6 comments:

Muslimah Optimis said...

teat sekali..segala yang berlaku degan izinNYA..siapa kita nak menolak..meminta mungkin tapi erlulah istiqamah.. Kun Fayakun.. maka jadilah...

perrydaus90 said...

best baca....

angah said...

wahhh the god entry ...hahah jiwang itu hanya seseorang yg bertuah...hahahha

fRaMe+LenSeS said...

Aimaa :: yup. betoi la tu.. Hati disimpan KITA, tapi DIMILIK DIA.. kan? ;)

Daus :: maceh membaca,, ;)

Angah :: jiwang?? hehehe.. sapa la bakal2 tu kan? hehehe

nora amila ghazali said...

amin..... moga sama2 kita berusaha dan bersyukur kepadanya...

MamaEma said...

AMIN

Buta+Pekak+Bisu=CINTA