Followers

Showing posts with label Cakap-cakap. Show all posts
Showing posts with label Cakap-cakap. Show all posts

Thursday, 25 August 2011

Anda sememangnya tidak paham kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry ringkas, mengenai kekecewaan. 

Kita berharap kat dia.

Mulanya kita kata, "tak payah la, proceed apa ada sekarang.."
dia kata, "tak boleh, depa ada, kenapa dia pun tak boleh ada..? "
Kita pun cakap, "okeh, tapi make sure, anda buat yang terbaik ya? "
"Ya, PASTI saya buat yang terbaek.. " (Penuh semangat ketika ini)

Tetapi, baru-baru ini......
"Saya dah tak ada semangat.."

Memang la saya hangin. Sebab dah diambang penamat. Sepatutnya ianya ditamatkan. Lepas tu anda buat la apa anda nak buat. Tetapi, anda masih dengan dunia anda. Melambat kan diri, tiada komitmen, langsung tidak komited, dan anda hairan kenapa orang bertindak "menentang" anda. Sedangkan anda tidak pula melihat dari sudut "semangat" anda untuk meneruskan juga menghabiskan apa yang sudah anda mulakan.

Bukan saya marah sebab apa, itu adalah masa depan anda. Come on la, atleast anda perlukan sesuatu sebagai jaminan untuk masa depan anda. Saya tidak kata perjalanan anda itu SALAH, cumanya, ANDA PERLU SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN. Dan selalunya orang BIJAK akan memilih UNTUK MEMBUNUH 2-3 EKOR BURUNG DENGAN SEBIJI BATU.

Anda sememangnya tidak paham kan?

Saya tak nak kata apa lagi, anda dah besar. Buatlah apa anda suka. Saya tiada kuasa nak pilih, sebab memilih kebaikan untuk anda pun anda menolak. Sekarang anda pegang sendiri keputusan hidup anda. 

Selamat berjaya anda. Anda sememangnya sudah kecewakan saya sangat-sangat-sangat.

Tuesday, 5 July 2011

Road to 999 + 999.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Dalam sedar tak sedar. Angka di atas blog Nadh dah hampir mencapai 999 dan entry pun dah hampir 999 juga. Tak sangka sungguh. Dari seorang yang takut nak berkongsi, Nadh beranikan diri dengan nasihat seseorang,  sehinggalah sekarang, blog ni dari satu ruang peribadi dah menjadi ruang umum.

Mungkin kekadang isinya sedikit merapu dan mungkin tidak berguna pada sesetegah orang, tapi tak sangka, ia berkembang dan alhamdulillah, walau kurang mendapat perhatian macam blog-blog orang lain, tapi ianya mendatangkan kepuasan pada diri Nadh sendiri. 

InsyALLAH, di masa depan Nadh akan berusaha nak mantapkan lagi hasil penyampaian. Harapnya yang membaca mendapat manfaat dari perkongsian dari Nadh.

Akhir kata, terima kasih pada semua yang menyokong, pada semua yang memberikan ruang kepada Nadh berkarya, pada semua yang membaca, pada semua yang LIKE, pada yang mengomen, pada yang mereview Nadh, pada yang follow, semua-semua la. Nadh nak bagitau, Nadh happy sangat dengan dunia blog Nadh. dan Nadh doakan anda juga mendapat yang sama. Terima kasih banyak sebab gembirakan hidup Nadh. Nadh tak ada apa nak bagi, cuma Nadh doakan kita sama-sama memartabatkan dunia blog ni dengan ingatan-ingatan yang memberi inspirasi pada perubahan besar kita sebagai Umat Nabi Muhammad, Hamba ALLAH SWT. Takbir !!!


Revolusikan perubahan agar semua mendapat manfaat..

Mari mandi malam.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh nak tidur, tapi tak boleh tidur la. Sebab badan rasa berlengas, seharian atas jalan kan? Nadh teruskan langkah masuk dalam bilik air dan mandi. Dah lewat kan? Tapi mandi mendatangkan idea kepada Nadh. 

Kenapa kita mandi? Sebab nak bersihkan tubuh badan. Lepas mandi kita akan rasa segar. Betul tak? 

Relatekan dengan Kehidupan kita boleh? 

Sebelum mandi - Badan kita rasa tak selesa. Rasa bergetah. Macam orang utara kata berlengas. Yakni diri kita yang penuh dosa, dan kemungkaran yang kita lakukan.

Kita "mandi" yakni membersihkan diri dengan berserah dan bertaubat kepada ALLAH, kita lap badan, kita sabunkan badan kita dengan sabun, kita gosok badan agar keluar daki-daki yang bertepek di badan kita. Air yang turun seperti juga hilangnya daki atau dosa kekotoran kita didunia ni. 

Selepas mandi, tubuh rasa segar, badan pun dah bersih. Macam tu juga diri kita selepas kita bertaubat pada ALLAH dan menyesali dosa silam kita. Tubuh segar, dan bersih, sebersih dosa yang ALLAH ampunkan bila kita bertaubat kepada DIA.

Tapi kalau nak masuk bilik air dan takut air, "mandi" pun takut, macam mana nak bersih diri kita? Cuba renungkan sejenak sebelum anda click X dekat hujung browser ni....

Wednesday, 29 June 2011

Aku dah suka kat ang, nak buat apa ni?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh kebelakangan ni terjumpa beberapa kenyataan dekat FB tentang manusia-manusia yang jatuh hati dekat seseorang. Lepas tu meluahkan perasaan mereka dalam blog la, dalam FB la. Merata la, seakan-akan mereka takut nak meluahkan perasaan mereka. SEBAB? Takut kena reject. 

Apa pendapat anda yang membaca? Perlu tak meluahkan bila dah suka? 

Pendapat Nadh kan, luahkan saja, kalau dah suka, katakanlah, kenapa nak simpan sendiri. 
Paling kuat pun kena reject ja, Lepas tu selesai la. Dah tak perlu tunggu dia lagi, lepas tu pergi cari ganti. 
Hello, ramai kot kat luar tu. Kita kan HOT!! ( Hot la sangat..wee~~ ) Anytime leh cari lain la.

Kalau menunggu, dan menunggu macam tak ada makna ja, tak sudah, kita yang berputih mata selepas orang lain yang LEBIH BERANI datang. Luahkan perasaan, dah dia terima pula, tak ke kita gigit jari.

Kalau kita mencuba, mana la nak tau, dia ada perasaan sikit-sikit kat kita, dah mengena kan? Selesai kes. Kalau simpan apa dapat? 

Tak caya ka bila mengaku kita suka dia, dia menerima kita dan berbahagia? Boleh baca KISAH NI. Kisah benar tau ni. weeee~~~ 

Note :: tak sedia kalau tak payah la nak gatai. Nadh tak tanggungjawap kalau anda berhati tissue, baru putus cinta, kena reject dah nak terjun parit. lalalalalalal ~~

Buta+Pekak+Bisu=CINTA