Followers

Tuesday, 5 July 2011

Mari mandi malam.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh nak tidur, tapi tak boleh tidur la. Sebab badan rasa berlengas, seharian atas jalan kan? Nadh teruskan langkah masuk dalam bilik air dan mandi. Dah lewat kan? Tapi mandi mendatangkan idea kepada Nadh. 

Kenapa kita mandi? Sebab nak bersihkan tubuh badan. Lepas mandi kita akan rasa segar. Betul tak? 

Relatekan dengan Kehidupan kita boleh? 

Sebelum mandi - Badan kita rasa tak selesa. Rasa bergetah. Macam orang utara kata berlengas. Yakni diri kita yang penuh dosa, dan kemungkaran yang kita lakukan.

Kita "mandi" yakni membersihkan diri dengan berserah dan bertaubat kepada ALLAH, kita lap badan, kita sabunkan badan kita dengan sabun, kita gosok badan agar keluar daki-daki yang bertepek di badan kita. Air yang turun seperti juga hilangnya daki atau dosa kekotoran kita didunia ni. 

Selepas mandi, tubuh rasa segar, badan pun dah bersih. Macam tu juga diri kita selepas kita bertaubat pada ALLAH dan menyesali dosa silam kita. Tubuh segar, dan bersih, sebersih dosa yang ALLAH ampunkan bila kita bertaubat kepada DIA.

Tapi kalau nak masuk bilik air dan takut air, "mandi" pun takut, macam mana nak bersih diri kita? Cuba renungkan sejenak sebelum anda click X dekat hujung browser ni....

7 comments:

www.tuanbri.com said...

waaaikumsalam...

tapi kalau mandi, badan kita jadi segar dan susah pulak nak tidur...

saya akan jadi segar, tak sure pasal orang lain la pulak...

Seminar Hartanah

aimie amalina said...

heee..kalo tawu dek mak kite ni, mest ye bebel sebab saya suka mandi lewat malam..nk wat canne degil+suke...hiii =p

forever love said...

huhu..jangan amalkan mandi malam ye

cik pulau said...

amek wudhuk dan kerjakan solat malam...^^,

analogi yg menariik...

kiera'sakura said...

nak senyum jer boleh... =)

msredcheesecake said...

Mr nadh,
Kalu mahu bersihkan hati, niat betul mesti berjaya...

Iffah Afeefah said...

byk je idea jiran

ai ni mlas btul nk mandi haha

Buta+Pekak+Bisu=CINTA