Followers

Showing posts with label Isteri Solehah. Show all posts
Showing posts with label Isteri Solehah. Show all posts

Tuesday, 21 June 2011

Makin besar keupayaan seseorang, makin besarlah tanggungjawapnya

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Tadi Nadh layan cerita Kungfu Hustle. Menarik jugak quote cerita ni. Reason kenapa enchik dan puan kungfu kuat tu tak lagi berkungfu sebab anak mereka mati dipukul depan mata.. 

"Makin besar keupayaan seseorang, makin besarlah tanggungjawapnya.. "

Betul tak?

1. Ibu dan Bapa - Buat anak pandai. Tanggungjwap membesarkan anak pula sekarang. Sebab satu hari nanti akan ditanya di akhirat, apa yang diberi pada anak-anak, ajaran, adakah memikul tangungjawap dan amanah yang diberikan itu dengan sebaiknya.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya."


2. Suami dan Isteri - Sepertimana satu Firman ALLAH dalam Surah An-Nisa ayat 1, 
“Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)

Keupayaan Suami menerima Isteri bermakna keupayaan besar menjaga dan memimpin Isteri. Isteri sebagai dipimpin, sepadannya mengikut Suami dan patuh pada nasihat suami melengkapi hidup sesamanya. 


3. Anak - Tidak kiralah sama ada anak sulung atau anak bongsu, tapi semuanya ada tanggungjawap tersendiri. Walaupun anak sulung lebih besar tanggungjawapnya, kerana perlu jadi contoh buat adik-adik, anak bongsu juga begitu, pendek kata, menjadi anak adalah DIPERTANGGUNGJAWAPKAN untuk jadi Soleh dan Solehah sebagai harta yang mendoakan Ibu dan Ayah dari sekarang hingga bila mereka sudah tidak ada nanti. 


4. Pemimpin - Hairan kan? ramai yang berebutkan jawatan pada zaman kita ni. Demi mendapatkan nama dan kedudukan, tapi mereka tak sedar, yang PEMIMPIN akan bertanggungjawap kepada anak buahnya. sampaikan tidak menegur kesilapan anak buah yang tidak solat pun akan ditanya nanti. Besar kan? Tapi ramai yang berlumba untuk jawatan dan tak takut pun akan kesan nya nanti. Yang patut dijaga diabaikan, yang tidak sepatutnya dibelai diusap tak berhenti.


Note :: Rasanya itu sahaja yang Nadh nak highlight, walaupun semua sememangnya punya tanggungjawap besar kerana dah dijadikan oleh ALLAH di muka bumi ini sebagai Khalifah. Berpesan-pesanlah dan beramal solehlah antara kamu.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al-Hujuurat : 13)

Semoga mendapat manfaat.

Thursday, 16 June 2011

REPLY Surat bantahan DRAMA NORA ELENA (?)

Assalamualaikum
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca. 

Baru kejap tadi Nadh melawat blog sahabat MTT Nadh ni. Dia ada share pasal
" Surat bantahan DRAMA NORA ELENA (?) " (click untuk baca)
AMARAN ni SURAT MEMAIN JA TAU. AMPA JANGAN PERGI HENTAM TUAN TANAH PLAK NA.

Sebenarnya Nadh dah lama terbaca tentang surat ni, tapi hari ni since takdak apa Nadh nak buat tengah hari ni, Nadh nak menjawap surat ni boleh tak? 



i)                    Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. (Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini?)
Kalau Nadh nak cakap ada camna? Mari renungkan para suami yang stay dengan isteri yang sakit, jaga isteri yang sakit sampaikan isteri dia sihat atau meninggal. Tak cukup sabo ka tu? Lagi satu, contoh terbaik kita, Nabi Muhammad SAW pernah satu ketika ditolak oleh seorang isterinya sebab marahkan Nabi, tapi Nabi tak buat apa-apa. Cuma mendiamkan diri sahaja. Isteri baginda kemudiannya dimarah ibu mertua Baginda kerana berkasar dengan Nabi Muhammad SAW. Tau apa Rasulullah kata, “biarkan lah dia ibu, dia dah banyak bersusah untukku..”

ii)                  Jiwa jiwa suami juga turut terganggu (. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, )
Hellowww macik-macik sekali, anda dah besar XXXL lepas tu nak suruh suami bersaiz M angkat, memang tidak la. Mau patah riuk suami anda. Mahu ka menjawap patah pinggang suami anda kemudian harinya? Sorang terpeleot, sorang patah pinggang, Tidur katil spital sebelah-sebelah.. wowwwww~~ sweet kan?

iii)                Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah (maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan)
Apa kata islam? Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". 

Kita samakan pula dengan pemilihan lelaki sebagai suami, ada tak dia sebut pasal Romantis? Tidak sebab Ianya akan datang kemudian. Percayalah.. (Dari cerita benar : Temuramah dengan seorang yang kahwin n bercinta selepas kahwin)


iv)                Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga)
Couple bergaduh? Dalam islam ada sebut sal couple ka? COUPLE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. Nak bunga? Kahwin la.. jangan kata bunga, setaman boleh pergi petik sesame. Sweeet kan?

"Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

v)                  Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'??
Ehem-ehem-ehem.. nak Tanya sat, KAHWIN SEBAB SEKS ka? Kalau anda kahwin sebab SEKS, sila ngaku. Nadh tak setuju dalam hal ni, sebab kahwin itu, bukan kerana semata-mata SEKS, SEKS dan SEKS, ianya lebih meluas dan apabilanya terlalu disempitkan kerana SEKS, kita akan jadi HAMBA SEKS. Tak dapat SEKS lari, pergi “makan luar”, mahu ka macam tu?
 
“Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. mengahwininya ketika dia berusia 6 tahun dan tinggal bersamanya ketika usia 9 tahun dan baginda meninggal ketika usianya 18 tahun.” [Sahih Muslim, no. 1422]

Tengok contoh kita, 3 tahun kot, slumber ja??

      vi )        kari hangus, nasik hangit
                   ini salah sendiri tau. Jangan nak salahkan orang lain ya..


Moral of the story :: 
(I ) Mencontohi yang baik, (Rasulullah) itu perlu. Calon contoh dah ada, yang sememangnya bersikap romantic dan penyabar, dan begitu sayangkan isterinya. 

" Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. "

(II) Mengikut apa kata ALLAH (Amal Makruf Nahi Mungkar) adalah WAJIB juga sangat perlu. Sebab ALLAH dah berfirman, 

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)


Nak yang baik? Jadilah yang terbaik..



Saturday, 4 June 2011

Nadh cakap tentang Seth-Seth-Seth

Assalamualaikum 
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Malam ni lain sikit ya. Malam ni tak perlu baca sangat, tapi kena dengar ja. Sebab malam ni Nadh wat vlog lagi. Suma ni gara-gara JIRAN Nadh NI la.. (Hihihi saja nak salahkan dia.walau mungkin kot cket2.. :P )

Cerita dia, Nadh dah 2 hari (dari semalam nak berVlog) tapi tak buat-buat pun. Mai hari ni jadi segan plak. Sampaikan JIRAN kata camni :

Nadh jawap la : 

Ni balasan jiran : 

Maka dengan ini, Nadh pun tunduk dan patut (konon) dan ciapkan jugak.. ahahahaha (sebenarnya tak berapa ada mood nak mencoret ) . Dan ini hasilnya,

Friday, 15 April 2011

Kenapa Saya Balut-balut macam ni?

Sekali tengok kan. langsung tak nampak macam moden langsung kan saya?
balut macam apa ntah.. nak kata macam nangka tak jugak, sebab nangka kan kena balut ketat-ketat.
saya plak balut longgar-longgar. tapi berbalut kalah orang bungkus barang makanan nak import la..
lebih lagi dari barang-barang mahal nak post ke luar negara. dah la tu, macam batman pun ada. cam tutup habis kan? kata orang kan, "ee tak panas ka dia dok balut teruk-teruk macam tu?"

Napa saya membalut?

Dari Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

ehhh.. Wanita itu aurat? biar betul? ya ka? 
 pernah dengar tak lagu ni? "Wanita hiasan dunia, Seindah Hiasan adalah wanita soleh... yang akan membahagiakan syurgaa.. dalam rumahtangga......" wahhh. kiranya saya ni adalah hiasan dunia lah ini. dasat la, ALLAH jadikan saya sebagai hiasan dunia. Dan DIA cakap lagi seindah hiasan tu adalah Wanita Solehah.


Eh, back to topic, napa saya membalut?
Kawan-kawan, pernah baca tak pasai KISAH KELAPA DAN MUTIARA? (tak penah baca ka? tak apa. sila tekan tulisan berkenaan untuk baca kisah tu.) Tapi saya ada perbandingan saya tersendiri jugak.

Kawan-kawan pernah tengok tak Ayam Masak Madu yang dimasak dan dihidangkan atas meja, sekali dengan hiasa-hiasan yang sangat cantik, nampak sangat menyelerakan, kira kalau tengok ja dah boleh buat air liur meleleh sebab sedapnya akan makanan tu? tapi kan kawan-kawan, makanan tu terhidang atas meja, tanpa ditutup dan sentiasa di hinggap sebatalion sang lalat yang juga tergoda dengan makanan tu, dah  la sebatalion, pastu lepak sana plak tu, ibarat sedang bermesyuarat kat atas Ayam Masak Madu yang sedap tu. tak cukup dengan tu, habuk-habuk jalan turut mengendap makanan ni. apa sahaja yang lalu, turut menyumbang kepada "kesedapan" makanan ni yang ada unsur tambahan, KOTORAN DARI LALAT, HABUK-HABUK JALAN, tu lum saya amek kira sekali peluh-peluh yang mercik bila ada yang lalu lalang tu.

Dekat meja sebelah pn ada jugak makanan yang sama, yang ni nampak kurang sedap kawan-kawan, cumalah Ayam Masak Kicap, yang biasa aja, tak didekorasi sehebat Ayam Masak Madu, cuma biasa-biasa sahaja, tapi di tutup dengan tudung saja demi menjaga ianya rosak dari kotoran-kotoran dari kakinya si lalat yang hingga merata. Makanan ni terpelihara dari lalat, terpelihara dari kuman, dari kotoran, dan dari segala unsur tak baik, walau ianya tak nampak sesedap Ayam Masak Madu di sebelah, tapi kan kawan-kawan, ianya enak di makan, enak diratah, dan yang penting sekali TIADA PRASANGKA DALAM MENELAN NYA.

Itu cerita Makanan. baik, ini huraiannya.. 
Wanita itu Aurat.  Tiap inci tubuh mereka adalah aurat melainkan muka dan tapak tangan. KENAPA? sebab ALLAH nak memelihara, Keindahan dan Hiasan terunggul yang saya sebutkan tadi tu. Bayangkan, tiap masa DIDEDAH, DITONJOLKAN, DI HIDANGKAN KEPADA UMUM, seriously la. sedap mata memandang kan? tapi tak rasa rugi ka? harta, aset, tu tunjuk kat orang, sedangkan yang tu hanya untuk menjadi tatapan para suami yang sah. kesian Suami kita, dia nak jugak dapat menda baru kan, yang selamat dari kuman, bebas dari habuk-habuk, tapi kita bagi dia Makanan yang dah tercemar. Kesian dia, sakit perut la lepas tu.. Sama la macam diri kita, di tutup, didedah pada awam, iskh.. sayang la.. kulit comei-comei, gebu-gebu, putih-putih kena habuk, lekat habis daki, nanti nak cuci pun susah.. penat nak tonyoh bak kata orang utara.

Note :: Balut tu indah, balut itu cantik, balut itu semanis-manis, dan sesejuk-sejuk mata memandang, Manusia kata "TAK CANTIK", Syaitan kata "EE BURUK". tapi ALLAH kata, dalam surah An-Nur ayat 31


"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, ……..  Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."


Yang tak cantik di mata kita adalah keindahan di pandangan ALLAH, kerana itu suruhannya, barangsiapa yang mengambil iktibar, maka kejayaan menanti nya.  Renung-renungkan.. ;)


Ehh.. ada lagi la.. suka kan cita bungkuih2 macam tepung bungkuih ni? leh la tengok kat bawah ni.. ::

Tuesday, 5 April 2011

Makanan Vs Isteri solehah??

huuu.. dalam dok mood Moody tadi..
makan tak selera, tapi paksa makan jugak.. 
ni hasilnya.. makan tak abeh..

Manusia nama Nadh sangat sukakan makanan. SANGAT susah juga untuk dia tidak menghabiskan makanan. selalu makanan yang sangat tak sedap tu dia tak makan. rasa sikit dan tinggal. ni langsung tadak rasa nak abehkan... 
hinggalah tetiba ada orang call, orang tu cakap....
Kalau makan makanan bagi abeh, dapat Isteri solehah..
Maka dengan pantas nya, makanan di habiskan.. demi mendapatkan seorang isteri solehah,

lihatlah hasilnya, clear orang kata.. hahahha

Tapi kan, persoalannya, betoi ka apa dia kata tu? hahahha.. ka wa kena beb jugak kali ni?? tetttttt~~

Buta+Pekak+Bisu=CINTA