Followers

Tuesday, 21 June 2011

Makin besar keupayaan seseorang, makin besarlah tanggungjawapnya

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Tadi Nadh layan cerita Kungfu Hustle. Menarik jugak quote cerita ni. Reason kenapa enchik dan puan kungfu kuat tu tak lagi berkungfu sebab anak mereka mati dipukul depan mata.. 

"Makin besar keupayaan seseorang, makin besarlah tanggungjawapnya.. "

Betul tak?

1. Ibu dan Bapa - Buat anak pandai. Tanggungjwap membesarkan anak pula sekarang. Sebab satu hari nanti akan ditanya di akhirat, apa yang diberi pada anak-anak, ajaran, adakah memikul tangungjawap dan amanah yang diberikan itu dengan sebaiknya.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya."


2. Suami dan Isteri - Sepertimana satu Firman ALLAH dalam Surah An-Nisa ayat 1, 
Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)

Keupayaan Suami menerima Isteri bermakna keupayaan besar menjaga dan memimpin Isteri. Isteri sebagai dipimpin, sepadannya mengikut Suami dan patuh pada nasihat suami melengkapi hidup sesamanya. 


3. Anak - Tidak kiralah sama ada anak sulung atau anak bongsu, tapi semuanya ada tanggungjawap tersendiri. Walaupun anak sulung lebih besar tanggungjawapnya, kerana perlu jadi contoh buat adik-adik, anak bongsu juga begitu, pendek kata, menjadi anak adalah DIPERTANGGUNGJAWAPKAN untuk jadi Soleh dan Solehah sebagai harta yang mendoakan Ibu dan Ayah dari sekarang hingga bila mereka sudah tidak ada nanti. 


4. Pemimpin - Hairan kan? ramai yang berebutkan jawatan pada zaman kita ni. Demi mendapatkan nama dan kedudukan, tapi mereka tak sedar, yang PEMIMPIN akan bertanggungjawap kepada anak buahnya. sampaikan tidak menegur kesilapan anak buah yang tidak solat pun akan ditanya nanti. Besar kan? Tapi ramai yang berlumba untuk jawatan dan tak takut pun akan kesan nya nanti. Yang patut dijaga diabaikan, yang tidak sepatutnya dibelai diusap tak berhenti.


Note :: Rasanya itu sahaja yang Nadh nak highlight, walaupun semua sememangnya punya tanggungjawap besar kerana dah dijadikan oleh ALLAH di muka bumi ini sebagai Khalifah. Berpesan-pesanlah dan beramal solehlah antara kamu.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al-Hujuurat : 13)

Semoga mendapat manfaat.

7 comments:

izyan yasmin said...

sokong post ni :)

Подтверждаю said...

as salam..
yup. ia seiringan dengan masalah.
episod sandaran-Nya yang tiada kesudahan selagi belum berlakunya ajal mahupun kiamat

=)

Aku Ibu Muda said...

ai like it!

betul tu nadh...besar tgjwb nk mendidik anak2 tu..

fRaMe+LenSeS said...

Izyan :: maceh menyokong. :)

Pakcik :: setuju ng pakcik. :)

Ibu Muda :: itulah.. takut plak fikir.. hihi..

cik najihah said...

aah..semalam tengok citer tu terpikat jugak dengan quote tu..
hee

Iffah Afeefah said...

btul tu

susah sbnrnye bile berkuasa

mkin besar peranan makin bnyk tanggungjwb

fRaMe+LenSeS said...

Cik Najihah :: weee.. ada geng.. hehe

Iffah :: itulah.. tapi manusia, sapa kisah kan?

Buta+Pekak+Bisu=CINTA