Followers

Friday, 15 April 2011

Kenapa Saya Balut-balut macam ni?

Sekali tengok kan. langsung tak nampak macam moden langsung kan saya?
balut macam apa ntah.. nak kata macam nangka tak jugak, sebab nangka kan kena balut ketat-ketat.
saya plak balut longgar-longgar. tapi berbalut kalah orang bungkus barang makanan nak import la..
lebih lagi dari barang-barang mahal nak post ke luar negara. dah la tu, macam batman pun ada. cam tutup habis kan? kata orang kan, "ee tak panas ka dia dok balut teruk-teruk macam tu?"

Napa saya membalut?

Dari Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

ehhh.. Wanita itu aurat? biar betul? ya ka? 
 pernah dengar tak lagu ni? "Wanita hiasan dunia, Seindah Hiasan adalah wanita soleh... yang akan membahagiakan syurgaa.. dalam rumahtangga......" wahhh. kiranya saya ni adalah hiasan dunia lah ini. dasat la, ALLAH jadikan saya sebagai hiasan dunia. Dan DIA cakap lagi seindah hiasan tu adalah Wanita Solehah.


Eh, back to topic, napa saya membalut?
Kawan-kawan, pernah baca tak pasai KISAH KELAPA DAN MUTIARA? (tak penah baca ka? tak apa. sila tekan tulisan berkenaan untuk baca kisah tu.) Tapi saya ada perbandingan saya tersendiri jugak.

Kawan-kawan pernah tengok tak Ayam Masak Madu yang dimasak dan dihidangkan atas meja, sekali dengan hiasa-hiasan yang sangat cantik, nampak sangat menyelerakan, kira kalau tengok ja dah boleh buat air liur meleleh sebab sedapnya akan makanan tu? tapi kan kawan-kawan, makanan tu terhidang atas meja, tanpa ditutup dan sentiasa di hinggap sebatalion sang lalat yang juga tergoda dengan makanan tu, dah  la sebatalion, pastu lepak sana plak tu, ibarat sedang bermesyuarat kat atas Ayam Masak Madu yang sedap tu. tak cukup dengan tu, habuk-habuk jalan turut mengendap makanan ni. apa sahaja yang lalu, turut menyumbang kepada "kesedapan" makanan ni yang ada unsur tambahan, KOTORAN DARI LALAT, HABUK-HABUK JALAN, tu lum saya amek kira sekali peluh-peluh yang mercik bila ada yang lalu lalang tu.

Dekat meja sebelah pn ada jugak makanan yang sama, yang ni nampak kurang sedap kawan-kawan, cumalah Ayam Masak Kicap, yang biasa aja, tak didekorasi sehebat Ayam Masak Madu, cuma biasa-biasa sahaja, tapi di tutup dengan tudung saja demi menjaga ianya rosak dari kotoran-kotoran dari kakinya si lalat yang hingga merata. Makanan ni terpelihara dari lalat, terpelihara dari kuman, dari kotoran, dan dari segala unsur tak baik, walau ianya tak nampak sesedap Ayam Masak Madu di sebelah, tapi kan kawan-kawan, ianya enak di makan, enak diratah, dan yang penting sekali TIADA PRASANGKA DALAM MENELAN NYA.

Itu cerita Makanan. baik, ini huraiannya.. 
Wanita itu Aurat.  Tiap inci tubuh mereka adalah aurat melainkan muka dan tapak tangan. KENAPA? sebab ALLAH nak memelihara, Keindahan dan Hiasan terunggul yang saya sebutkan tadi tu. Bayangkan, tiap masa DIDEDAH, DITONJOLKAN, DI HIDANGKAN KEPADA UMUM, seriously la. sedap mata memandang kan? tapi tak rasa rugi ka? harta, aset, tu tunjuk kat orang, sedangkan yang tu hanya untuk menjadi tatapan para suami yang sah. kesian Suami kita, dia nak jugak dapat menda baru kan, yang selamat dari kuman, bebas dari habuk-habuk, tapi kita bagi dia Makanan yang dah tercemar. Kesian dia, sakit perut la lepas tu.. Sama la macam diri kita, di tutup, didedah pada awam, iskh.. sayang la.. kulit comei-comei, gebu-gebu, putih-putih kena habuk, lekat habis daki, nanti nak cuci pun susah.. penat nak tonyoh bak kata orang utara.

Note :: Balut tu indah, balut itu cantik, balut itu semanis-manis, dan sesejuk-sejuk mata memandang, Manusia kata "TAK CANTIK", Syaitan kata "EE BURUK". tapi ALLAH kata, dalam surah An-Nur ayat 31


"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, ……..  Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."


Yang tak cantik di mata kita adalah keindahan di pandangan ALLAH, kerana itu suruhannya, barangsiapa yang mengambil iktibar, maka kejayaan menanti nya.  Renung-renungkan.. ;)


Ehh.. ada lagi la.. suka kan cita bungkuih2 macam tepung bungkuih ni? leh la tengok kat bawah ni.. ::

5 comments:

Muslimah Optimis said...

setuju...

paling berkenan quoted para 3 yang pasal ayam masak madu time lalat bermesyuarat sampai ayat terakhir para tu.. terbaik la dari kamu wahai sahabat..hihihi

tahniah..

Scha Aryana said...

setuju dgn entri ni.. thumbs up!

Scha Aryana : Jom buat banner untuk blog dengan photoscape dan gimp2 ^^

CikTomyam said...

huwa...! kami tak dak la balut2 mcam tu..so cmna? kena balut2 gak kaa?? hermm =(

فايليسا مسكوري said...

like this entry..
kebanyakkan wanita dan remaja tak berapa nak paham konsep pemakaian yg menutup aurat sebenar-benarnya...
pakai yg ketat dan seksi itu dikatakan cantik....walhal sebagai seorg wanita..mata ini rasa sakit bila melihatnya...
seharusnya dididik dari kanak-kanak lagi unutk berpakaian yg x mnjolok mata... (^^,)


(^_^)....

nelly said...

jom balut .
=p

Buta+Pekak+Bisu=CINTA