Followers

Showing posts with label Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Jodoh. Show all posts

Saturday, 13 August 2011

YANG BOLEH DIHARAP ITU ADALAH DIA. Kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Owh entry berkaitan JODOH lagi.

Tadi Nadh n sahabat sorang bersembang soal ini. Macam bersambung dari perbualan dari wall KBU malam semalam yang mana juga berkaitan dengan JODOH. 

Sahabat berkongsi, orang yang dahulu bersama dengan dia dah kahwin, tapi kahwin dengan orang lain. Entah di mana silapnya kan? Terputus, budak tu tunang, n kahwin dengan orang lain. (Nadh pasti itu yang dikatakan JODOH. Kawan 1000 tahun pun jika bukan untuk kita, pasti bukan untuk kita). Cuma, satu benda yang Nadh kesalkan, katanya sebelum budak tu kahwin, budak tu leh call dia mintak duit, nak pinjam duit nak kahwin. (Semestinya sahabat tak bagi lah kan, walau dia berkemampuan nak bagi). Tapi itulah, masa nak buang, macam sampah aja, tapi bila memerlukan, cari terus. Menangis-nangis minta bantuan. 

Same like what happen earlier, lebih kurang sama, still trying to be the best for them, (berkhidmat demi negara la KONON) , Tapi bukan sahaja dilayan MACAM SAMPAH, malah macam dihina pun ada jugak la. Last-last call jugak, (bila ada kepentingan la). Semestinya sekali lagi, YOU ARE PROHIBITED FROM ENTERING THIS AREA.

Segalanya berkaitan dengan JODOH kan? TAPI KENAPA MASIH MENCARI?? Anda sudah melayan macam sampah sebelum ini, tapi sekarang, anda datang meminta bantuan, (bukan taknak membantu, cuma HATI YANG DISAKITI, tidak mudah untuk diubatkan seperti itu sahaja), As simple as TOUCH 'N Go like what you did earlier. MAAF mungkin jawapan, tapi TOLONG LAH BEREDAR, luka kecil ini tidak dapat diubati semudah itu, ianya akan terus terluka bila anda hadir lagi.

Soalnya, anda tahu pun SEBENARNYA YANG BOLEH DIHARAP ITU ADALAH DIA. Kan? 

 No matter what it is, past is past, as for now, PLEASE BACK OFF !!!

Saturday, 28 May 2011

SEGMEN : Froogy Ady Budika Cari Jodoh

Assalamualaikum..

Khabarnya Abg Adybudika sedang mencari jodoh untuk enchik Froggy.
(leh rujuk entry NI) n since Nadh terjumpa entry NI, Nadh rasa paling seswai kalau Nadh cadangkan Mr.Froggy dikenenkan dengan Mrs Domo.

Nama : Mrs Froggy 
Umur : Muda bergetah lagi
Pekerjaan : Surirumah sepenuh masa.
Status : Janda Kaya 

Tu Nadh dah kenaikan Mrs Domo. Dia janda kaya. n Since Mr. Froggy pn dah ada anak-anak, 



 
Nadh rasa elok jugak lah dipertemukan depa dua ni. Siang hari Mr. Froggy keja, Mrs Domo leh jaga anak-anak. Petang-petang depa leh p jejogging kat taman, tak pun hujung minggu leh main Futsal, Cukup korum dah tu.. Yehaaaaa.. :D

Tapi Nadh tertanya-tanya la, Mr. Froggy sudi tak?

Thursday, 10 March 2011

Jodoh Yang Seiras

Assalamualaikum..

hari ni nadh nak cakap pasai "Jodoh yang Seiras"..
(ehh.. tentang jodoh lagi hari ni.. hari-hari jodoh ja.. ada pape ka nih..? haha.. :p )

tetiba tadi ada seorang sahabat utarakan tajuk ni, iaitu mengenai Jodoh yang seiras dan tidak seiras ni. ni suma kes orang tua-tua pernah kata la "yang mukanya hampir seiras tu jodohnya lebih panjang.." ada seorang sahabat tanya tentang ni.. kerana dia sedang berpasangan dengan seseorang yang katanya langsung tak sama dan berbeza dengan dia.

pendapat peribadi aku. mengambil dari kisah kejadian Adam (Lelaki) dan Hawa (Perempuan). sebenarnya Lelaki dan Perempuan ni saling melengkapi. (dari kisah dijadikan Hawa dari rusuk Adam). bukankah itu namanya penyatuan, iaitu melengkapi, dari satu rusuk yang diambil tu pabila Adam dipertemukan dengan Hawa tu. dia rasa seronok sangat sebab akhirnya dia ada teman untuk menemani dia di Syurga.

bak kata cik
Sunah Mohammad, perkahwinan itu adalah completion.. kamu berdua saling melengkapi... dari segi logiknya pulak, memang betul apa, kalau kata semua nya sama, dua-dua pot-pet-pot-pet, dua-dua pangai sama, kan ka itu tadak perbezaan? rasa nya lagi besh bila keduanya berbeza, sebab dari beza tu akan wujud satu penyatuan yang super-duper besh, yo lah.. dari pendapat peribadi, yang tidak dikenal tu, akan datangkan perasaan nak tau, berbeza dari yang dah tahu, sama dan akan kekal dan jadi membosankan pulak. ;)

Kalau muka tak da iras tu jodoh pendek la?
tidak jugak. bukankah semua urusan jodoh tu dari ALLAH, seperti kata Cik Aimaa Nur Shameera , hati kita ni walaupun ada dalam dada kita, tapi adalah dikawal oleh ALLAH, suma dari DIA, dan hanya dia yang berkuasa nak wujudkan dan lahirkan rasa dalam hati kita. DIA MAHA BERKUASA nak alihkan perasaan tu dari sayang kepada benci atau sebaliknya mengikut Kehendaknya, bukan bererti DIA tidak sayang bila memisahkan kita, tapi ketentuan NYA tu adalah yang berbaik buat kita. sebab tu Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, "berpada-pada bila menyayangi orang, kerana takut satu hari dia akan dibenci kami, dan berpadalah dalam membenci kerana takut satu hari kamu akan menyayanginya", sedang Nabi Muhammad SAW lagikan berpesan kepada kita tentang ni.

Cinta dan sayang nak dibuang?
ianya bukan untuk dibuang, tapi doakan la agar dipanjangkan jodoh tu bak kata Cik Aimaa Nur Shameera dan lebih baik jika dah sedar, tapis sikit rasa sayang rasa cinta tu, pindahkan kepada Sayang dan Cintakan ALLAH, kerana dari dia kita datang dan kepadanya kita kembali, kerana ditakuti cinta yang keterlaluan kepada makhluk mungkin bisa mengurangkan rasa Cinta kita kepadaNYA. barangsiapa yang lebih mengingatiNYA, maka DIA akan lebih mendekati kita, ada terbaca satu kenyataan tu, sejengkal kita mendekatiNYA, sehasta DIA datang kepada kita, selangkah kita kepadanya, berlangkah2 DIA datang kepada kita. kita ingat DIA, DIA ingat kita, ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu, tapi DIA pasti takkan lupa beri apa yang kita PERLU.

"kalau semua kita nak ikut kehendak kita, versi kita, camna kita nak dapat keredhaan ALLAH Taala.."



"sedikit bingkisan dari hati seorang insan yang lemah lagi serba kekurangan.. :) "


mahu lagi? boleh.. sila click kat bawah nih..
Kisah Cinta Agung
Kami Couple
Khas untuk awak
Cinta dengan Jodoh

Buta+Pekak+Bisu=CINTA