Followers

Showing posts with label Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Jumaat. Show all posts

Wednesday, 19 February 2014

Menjenguk jenguk tepi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Ahhh.. Susahnya. Ahh Pedihnya.. Ahh kenapa aku yang diuji.?"

Mungkin pernah satu ketika kita menjerit. Berteriak dalam hati, kenapa kita? kenapa asyik kita? Kenapa? kenapa? kenapa dan kenapa?

Pernah jumpa dengan situasi ini tak?

Jawapan saya untuk situasi ini adalah jenguk jenguk tepi kita , lihat sekeliling kita. Jangan hanya melihat ianya dari sudut pandangan kita.

Termudah. Saya dalam situasi PJJ dengan isteri dan anak.

Teringat kisah yang Mama kongsikan dengan kami, ada seorang kenalan terdekat seseorang dari keluarga kami juga, yang mana isterinya sekrang berada di luar negara, bekerja di sana demi mencari sesuap nasi. Membantu keluarga keluar dari beban kenaikan yang semakin tak tertanggung di kala ini.

Dapat bayangkan tak? Kita yang ada dekat ni, boleh balik jumpa dalam sejam dua, mampu ke sana bila diperlukan, dan ada orang lain yang sekarang beribu batu jauh dari anak anak, pulang pula berbulan sekali, namun pilihan yang ada hanyalah kekal, demi untuk sesuap nasi, demi untuk kegembiraan semua, bukan hanya di lihat dari sudut pandangan sendiri.

Kegusaran saban hari, tinggal di perantauan, meninggalkan kesayangan jauh jauh dari mata. Yang ada hanya kenangan, yang ada hanya gambar gambar bukan dengan pelukan untuk meleraikan kesedihan tatkala memikirkan nasib diri di sana?

Itu satu situasi yang saya ambil sebagai pengajaran buat diri sendiri sebenarnya. Sebab untuk saya bersyukur dan sedar bahawa sebenarnya diri adalah sangat beruntung dari situasi orang yang saya sebutkan dari cerita diatas.

Dalam hidup, ada kalanya kita kena melihat ke bawah sambil sambil kita cuba menggapai awan tu. Kenapa saya katakan begitu? seperti apa saya ceritakan diatas inilah. sekurangnya kita tahu kita lebih beruntung, dan kita bersyukur kepadaNYA. Dalam mengejar redha perkara ini sangat penting untuk kita semaikan dalam diri.

KENAPA? sebab tanpanya kita mungkin bakal menjadi seperti layang layang yang dah mencapai awan, tapi ingin terbang tinggi lagi ke langit, tapi akhir sekali terputus talinya dan terbabas ke bawah tanpa dapat lagi dibantu. Mengejar dan mengejar, tapi lupa daratan, tempat awal kita bermula lagi.

Pernah anda dengar kan, tatkala kita menangis tidak dapat kasut yang mahal lagi cantik untuk dipakai, masih ada lain insan yang tak berselipar, mungkin lagi menyedihkan, TANPA KAKI.

Pernah anda terfikir, tatkala kita meninggalkan makanan, kerana alasannya tak sedap, di luar sana even ada manusia yang mencuri hanya demi mendapatkan sesuap nasi, ada yang mengikat perut, kasi pagi makan petang, kais petang makan malam, atau mungkin lebih teruk, MATI KEBULURAN.

Pernahkan anda terfikir, di waktu kita berduka tidak dapat pakaian yang diidamkan kerana tak ada atau mungkin habis stok, masih ramai yang berpakaian compang camping hanya kerana mereka tak mampu, malah mungkin ada yang terketar kesejukan, kerana mereka tiada pakaian yang elok untuk dipakai?

Bersyukurlah. ALLAH sedang mengatur yang lebih baik buat kita. Percayalah jalannya ada untuk kita. Bergembiralah dengan apa yang kita ada. Ianya mungkin JAUH JAUH JAUH LEBIH BAIK dari insan lain.


Friday, 30 September 2011

Khutbah Jumaat : 7 Golongan Lelaki Disayangi ALLAH.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

7 Golongan Lelaki Disayangi ALLAH.

1)  Pemimpin / imam yang adil.
-Adil itu dalam erti kata, bukan hanya pada pemimpin yang berada di bwahnya pengikut-pengikut yang ramai, tapi adil kepada isterinya, kepada anak-anaknya juga, bermakna pemimpin dalam segala segi.
 
2)  Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah.
 
3)  Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
- Lelaki yang apabila masuknya waktu solat, dia pun bergegas ke masjid untuk menunaikan solat di masjid. 
Golongan ini semakin kurang dan seperti Rasulullah pernah bersabda dahulu, yang "di akhir zaman nanti masjid akan kurang orang di dalamnya walaupun kedudukannya di tengah lembah manusia"

4)  Dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.
 
5)  Lelaki yang diajak oleh perempuan yang berkedudukan tinggi dan mempunyai rupa paras yang menawan untuk melakukan maksiat lalu ia berkata; "Aku takut kepada Allah".
- Golongan yang ini benar-benar takutnya akan ALLAH, dia lebih takut akan balasan dari Maha Esa dari kesedapan yang nak dia dapat sekejap itu. 
 
6)  Lelaki yang memberikan sedekah dalam keadaan sembunyi hingga tangan kanannya tidak mengetahuinya.
- Yakni menginfakkan hartanya kerana ALLAH, dan tidak ada terlintas langsung tindakannya itu untuk mendapat pujian makhluk atau di angkat kerana kemurahan hatinya itu.
 
7)  Lelaki yang ingat kepada Allah dalam keadaan sembunyi/tidak diketahui oleh orang lain  sehingga gugurlah air mata daripada kedua matanya.
- Lelaki yang takutkan akan ALLAH, sehingga gugur air mata nya. Dan telah disebutkan bahawa mata yang menangis kerana insaf dan takutnya akan balasan ALLAH itu adalah mata yang diharamkan akannya api neraka. (takut dalam erti kata, bersungguh-sungguh menjauhi dosa dan maksiat yang dibenci ALLAH)


Note :: Mengandaikan adakah diri seperti 7 golongan yang disayangi ini? Moga-moga diri senantiasa memperingatkan diri sendiri untuk melangkah menuju 7 golongan ini.

Friday, 19 August 2011

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Di bulan Ramadhan ni semua pun asyik nak memberi kan? mengenangkan bulan ni diberikan nikmat yang banyak kepada kita dan juga keberkatan dan ganjaran pahala yang dilipatkaligandakan buat kita. 

Even Rasulullah sendiri amat kasihkan hambanya yang memberi, ataupun bersedekah, TAPI dia lebih sayangkan Hambanya yang susah yang memberikan sedekah.


Apa maksudnya di situ?
- Rasulullah nak bagitahu, memberi bukan bererti bila kita senang sahaja kita memberi, tetapi bila kita susah juga kita memberi yakni MEMBERI DENGAN KEMAMPUAN YANG ADA.
- Rasulullah nak kita sedar yang, BILA KITA SUSAH, SEBENARNYA ADA YANG LEBIH SUSAH DARI KITA.
- Rasulullah sedang bagitahu kita yang kita kena senantiasa sedar yang harta milik kita bukan semuanya milik kita, ianya punya bahagian untuk orang lain yang perlu kita kongsi dengan orang lain.
- Akhir sekali, tindakan kita sebagai kita selalu bersyukur dengan nikmat kurniaan yang ALLAH dah berikan kepada kita. 


Pernah dengar tak "tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima"..?
Cubalah memberi dengan hati yang ikhlas, beri tanpa mengharapkan balasan. Dengan penuh rasa kesyukuran dengan nikmat pemberian yang ALLAH beri kepada kita. Baru tau nikmat dia macam mana. Sebab? Kita sedar tanggungjawap sosial kita yakni KITA MENYEDARI YANG HIDUP KITA LEBIH BAIK DARI HIDUP SI PENERIMA, itu tandanya kita syukur dengan nikmat. Sebab tu kita memberi.


Note :: Kita bukan sekadar memberi, TAPI MEMBERIKAN YANG TERBAIK sebenarnya, maksud di situ, andai kita nak beri seketul ayam Kepsi contohnya, bukan kita berikan sebahagian dari sedikit yang kita tak mahu makan, TAPI, KITA BERI BAHAGIAN YANG TERBAIK YANG KITA NAK MAKAN, bakinya baru untuk kita. Inilah yang dinamakan MEMBERIKAN YANG TERBAIK. 



Ingat ya semua. Anda buat, anda dapat. ;)

Friday, 1 July 2011

Trend Jumaat baru LELAKI-LELAKI mengaku ISLAM

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Kehadapan readers sekalian,

Nadh lihat semenjak Nadh tinggal di KL ni, ramai sekali lelaki yang mengubah trend Solat Jumaat yang diwajibkan oleh ALLAH dari Masjid-masjid bertukar kepada Masjid Al-Restoran, Masjid Al-Shopping Mall, Masjid Al-Warung, Masjid Al-Jalan Raya, dan banyak lagi Masjid-Masjid baru yang akan wujud di hari-hari Jumaat kebelakangan ini.

Hairan juga ya, sepertinya tidak ada rasa segan, rasa malu nak terang-terangan berada tempat yang dipenuhi golongan wanita sedangkan di Masjid-Masjid berkenaan di hari Jumaat di mana lelaki-lelaki ISLAM berada untuk mendengar Khutbah Jumaat dan bersolat Jumaat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)". (Surah Al-Jumu'ah : 9)

Dari ayat ALLAH diatas jelas menerangkan yang betapa pentingnya tuntutan menunaikan Solat Jumaat. Dan TUNTUTAN MENINGGALKAN URUSAN DUNIA. sehinggakan Nabi Muhammad SAW turut menambah dalam sabdanya,

"Sesiapa yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja maka dia kafir terang-terangan" (Riwayat At-Tabrani)

Mungkin ada yang tidak sedar kan? Jadi diharap dengan perkongsian dari Nadh hari ni, dapat beri sedikit penjelasan TENTANG BETAPA RUGINYA meninggalkan SOLAT JUMAAT.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Sesiapa yang berwudhuk kemudian dia pergi (ke masjid untuk menunaikan) solat Jumaat dan mendengar khutbah imam maka akan diampunkan dosanya hinggalah ke Jumaat selepas itu dan ditambah tiga hari lagi.Siapa yang asyik bermain-main maka solatnya menjadi sia-sia”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud:

“Penghulu segala hari adalah hari Jumaat.Hari yang paling mulia di sisi baginda dan yang paling agung disisi allah azzawajalla,maka lebih (mulia) daripada hari raya Fitrah dan hari Eidul Adha”. Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam hadis lain,Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila berdoa kepada allah sesuatu kebaikan Allah akan memakbulkan doanya. Atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan, Allah melindunginya daripada kejahatan tersebut”. (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Cukup dengan 3 Hadis diatas Nadh rasa dah membuktikan betapa RUGI NYA yang meninggalkannya. 
1. Diampunkan dosanya.

Apa lagi yang kita nak sebagai Hamba? Bukankah redha ALLAH itu yang utama patut dikejar?

Renung-renungkan...

Friday, 8 April 2011

Khutbah Jumaat :: Menggunakan Jumaat untuk Memperbetul dan Memperbaiki Umat Zaman Sekarang


Khutbah Jumaat : Masjid Subang Perdana
Tajuk : Bagaimana Nak Menggunakan Jumaat untuk Memperbetul dan Memperbaiki Umat Zaman Sekarang

Assalamualaikum.. 
Hari ni tajuk mengenai Jumaat.
Rasa rugi jugak sebab hari ni perut pun kurang sihat jugak.dan agak lewat sampai masjid, terlepas la tazkirah Jumaat yang membicarakan tentang Kehebatan Jumaat. Tapi Alhamdulillah. ALLAH sayang saya, DIA tak bagi satu, tapi hari ni DIA bagi yang lain plak. Iaitu, Khutbah Jumaat pn membicarakan tentang Jumaat.

Jumaat, macam yang kita tahu adalah Penghulu Segala Hari. Iaitulah dia Hari Terhebat bagi ALLAH, jika hendak dibandingkan dengan hari lain. Malah, menurut satu hadis,

“Penghulu segala hari adalah Jumaat, bahkan Jumaat lagi Hebat disisi ALLAH banding dengan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” (Baihaqi)

Dan yang hebatnya, hari yang ALLAH betul sayang ni, tak diberi pada kita sebulan sekali, atau setahun sekali, tapi diberikan pada kita setiap minggu. (Bayangkan la, kedua Hari Raya ni, jatuh pada hari Jumaat, tadapat bayang betapa besarnya Rahmat ALLAH pada hari tu. ).

Antara Kehebatan Hari Jumaat ni adalah :

1. Allah bagi keampunan pd hr ni.
“Diantara Jumaat dan Jumaat, dihapuskan dosa-dosa oleh ALLAH, melainkan dosa besar”
(Riwayat Imam Tarmizi)

2. Dikurniakan pula pada kita Waktu Mustajab Doa. Bukankah Doa itu adalah senjata Umat Islam? Sayang betul la ianya tidak digunakan dengan sebaiknya. Diberikan kita kekuatan iaitu senjata, diberikan masa untuk nya, di hadiahkan lagi waktu mustajab tu, tapi kita masih nak ralit? Lalai? Iskhhh.. bazirnya.. Dari satu riwayat disebutkan, ketika Iman yakni khatib duduk diantara dua khutbah, adalah waktu mustajab berdoa. Ini kerana satu ketika dulu, diwaktu ini, Rasulullah diam seketika dan membaca Surah An-Nas, Al-Ikhlas, dan sedikit zikir. Bagi kita, gunakan la kelebihan waktu ini untuk memohon ALLAH kuatkan kita, Mohon ALLAH perbaiki umat Islam, dan sedar akan penipuan Musuh-musuh ALLAH. Waktu kedua adalah waktu diantara Asar dan Maghrib, kita tak tahu bila kan waktu nya, jadi mengapa tak diambil masa-masa manfaat ni dan gunakan untuk ALLAH, bukan dibazirkan dengan hal-hal dunia yang tak sepatutnya kita terlalu beratkan.?

 Jumaat, Hari yang hebat yang penuh keberkatan jika kita gunakan dengan sebaiknya, Tapi sayang kerana kita ini tidak mengambil berat akan kelebihan dan tawaran-tawaran HEBAT yang dah ALLAH beri kepada kita ini. Malah kita masih lagi lalai dengan dunia. Antara lalainya kita di masa hari Jumaat adalah dalam urusan Jual beli.

“Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Al-Jumuah :: 9) 

Dalam ayat ini ALLAH menegah dengan keras, malah MENGHARAMKAN LELAKI berjual beli selepas Imam berada di atas Mimbar. Iaitu selepas Azan kedua. Menurut kebanyakan Mazhab, selepas dari azan pertama pun dah dikira HARAM, tapi Imam Syafie, masih dikira MAKRUH berjual beli, tapi adalah HARAM sebaik Azan kedua. Akan tetapi hukum ini hanya untuk golongan LELAKI. Dan kaum Wanita dibenarkan untuk berjual beli antara kaum wanita dengan wanita, kaum wanita dengan kafir, kafir dengan kafir dan wanita dengan Musafir. 

Kesimpulan, Jumaat adalah hari dimana kita berkumpul dan mendapat manfaat, dan selepas itu, kita adalah agent untuk menyampaikan pula pesanan yang kita dapat dari Khutbah yang disampaikan. Itulah sebabnya diberatkan kita dengan Jumaat ni, sebagai lelaki yang memimpin, adalah menjadi tanggungjawap untuk taat kepada perintah ini. Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran, “Barangsiapa yang meninggglkan 3x Jumaat, ALLAH akan cop MATI hatinya”  bayangkan kejap, orang kata tu leh tahan lagi la, ni bila ALLAH dah berkata-kata, pahamlah sendiri ya betapa beratnya tanggungjawap kita menunaikan Jumaat ni.
Kalau kita mati, memang la dah tak boleh nak buat apa-apa, tapi kalau HATI MATI, memang amat sukar la untuk kita dengar nasihat, mendengar pesanan-pesanan yang disampai kepada kita. Ni balasan ALLAH yang diterima selepas kita mengabaikan Jumaat. Bayangkan diluar sana yang berlaku macam-macam tu, rasuah, zina, dan sebagainya, semestinya adalah kesan dari pada HATI YANG TELAH MATI. Semoga kita dijauhkan darinya.


Di kesempatan ni, sama-samalah kita berdoa, agar ALLAH buka hati mereka semua, dan terbuka nak kembali ke jalan ISLAM yang Syumul, bayangkan jika kita kuat, hati saling berdoa, saling memperingati, tak mustahil ALLAH akan kembalikan semula kegemilangan Islam dan pulihkan kembali daulat Islam yang dah dirosakkan. Moga tiba akan hari tu satu hari nanti. Amin. 


Buta+Pekak+Bisu=CINTA