Followers

Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Monday, 5 September 2011

Puasa Enam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya, badan dan sihat sikit ni, alhamdulillah. tak sangka kan, dah dekat seminggu Nadh terlantar rasanya.
Hari ni Nadh nak berkongsi mengenai Puasa 6 hari di bulan Syawal.

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”  (Hadis Riwayat Muslim)

Wahhh.. hebat kan? 6 hari selepas Ramadhan tu ALLAH beri kelebihan seperti berpuasa selama setahun. Betapa ALLAH memberikan kita kelebihan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Nadh nak tanya, ada sesapa pernah buat tak puasa selama setahun? agak-agak mampu ka nak buat puasa selama setahun ni? Semestinya kita tak mampu kan? sebab banyak faktor diambil kira ni, hari haram berpuasa, tetiba datang sakit plak, tu yang laki la, perempuan plak ABC kan? 

Kesimpulannya, memang tak dapat la kita nak puasa setahun kan? sekali ALLAH bagi sebagai ganjaran pada umat-umat nya yang patuh dan mengikut perintahnya. SANGAT ISTIMEWA !!

berikut yang kita perlu tahu mengenai PUASA ENAM ni. 

WAJIB mengqadha dahulu puasa yang telah kita tinggalkan di sepanjang bulan Ramadhan tu. sebab tadi Nadh dengar dalam satu ceramah tu dia kata, "tidak dikira puasa enam selagi tidak ditunaikan qadha puasa dia yang masih tertunggak untuk tahun itu." 
Logiknya, perkara WAJIB itu sepatutnya di titikberatkan. Memang benar ganjaran nya besar, tapi ibaratnya macam ni, "Rumah yang tiada tiang, nak terus dinaikkan bata dinding, kuat ka rumah tu? " Rasanya tak perlu nak tolak kuat-kuat, angin yang selembut-lembut pun entah-entah dah mampu meruntuhkannya..

Sebab tu ALLAH mulakan bertanya kita satu hari nanti dengan AMALAN SOLAT, kemudian amal-amal lain yang mana amalan sunat sebagai penutup lopong amalan-amalan sunat kita.

Mari kita gandakan amal selagi umur masih ada ye? Anda buat, anda dapat.


Sunday, 21 August 2011

Photos | Program Kembara Ramadhan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Semalam, kalau semua ada membaca entry Nadh tentang intro Program Kembara Ramadhan mesti tahu kan yang group Kami Blogger Utagha ada buat satu event kat Perlis.

Program yang diberi nama Program Kembara Ramadhan ini bertempat di Masjid Al-Sakinah Kampung Padang Melangit, Perlis.

Rombongan dari Pulau Pinang bermula seawal jam 2:00pm (sepatutnya la). Tapi telah terlambat disebabkan kelembapan teknikal oleh Nadh sendiri. Rombongan 3 biji kereta oleh, Mikro, Naim, Tatia, Fatyn, Atin, Cik Zai, Nadh n Nadzli.

Kemudian kami sampai di RnR Gurun untuk menunggu kereta dari Sungai Petani yang dinaiki oleh, Nur Lina, Farhana, Siti Jusiza n Hafiz Rahman.

Kemudian perjalanan diteruskan hingga tiba di Alor Setar.
Lokasi : Depan rumah Syakira

Ketibaan kami disambut oleh enchik #retiss tersohor KBU Tuan yang Terutama Enchik Syukri Hasshan.

Ramai kan? Ada lebih kurang 7 biji kereta semuanya

Perjalanan diteruskan lagi hinggalah tiba di stesen minyak Petronas Kaki Bukit, Perlis

Pantang jumpa camera depa ni. ;P
Mereka sangat RIANG.

Next, jalan lagi, hingga tiba di Masjid Al-Sakinah
 Hadoi la. LELAKI sikit la.

GambaQ ni memang sadis. Pegang punya lama, 2-3x ja depa snap. hadoihhhh

kat bawah ni Nadh kongsi la serba sedikit apa jadi semalam ya. ;)

Antara penerima-penerima sumbangan semalam.

 Pakciksss n Adikss

 Macik-maciksss

Selesai saja Majlis sumbangan, buka puasa, solat

Semua yang hadir.

 Selesai program di Masjid, bergerak ke Padang Bandaran Perlis (kot), depa dok panggil KERIS ja semalam
 Sesi PECAH AIS sekejap. 

 Tu yang tudung hitam belakang Nadh tu tak reti dok diam. :P

ambik gambaQ dengan #RETISS

Group PHOTOS.
 Tangan di bahu, mata ke atas ye kawan2?

Cer tengok atas..

Shhhhhh

Apabila Tokan mengeluarkan senjata UTAMAnya.. 
(Credit tu Mikro Kokus) <-- dia suruh backlink

Bunga api ja la. Mercun bahaya.

Kanak-kanak RIANG berebut nak membakaQ.

 Masterpiece

 Beberapa yang telah mencuri tumpuan
Adik Rosyam Nor ni. Bakal Blogger masa depan? (betoi ka ni? pepandai ja )

 Suka PIC ni ketat-ketat.. weee~~

  Amboihhh abammm Naim...kami repot.. kami repot. .:P

Nak gambaQ lagi, boleh rujuk kat SINI, SINI, SINI dan SINI.

Selesai bergambaQ, kami pun mula gerak pulang. Tapi yang taleh blah tu, pantang benti, pantang jumpa camera, jadi jugak. Ni pic last ya. 
Lokasi : Plaza Tol AloQ StaQ. 


Selesai sudah aktiviti Kami Blogger Utagha bagi bulan Ramadhan kali ini. 
Alhamdulillah, selesai dan semuanya berjalan dengan lancar. Syukur pada ALLAH, Dan semoga ikatan ukhuwah yang terjalin antara semua, terus kekal mekar mewangi ibarat wanginya perfume Nadh (opss Naqiah yang kata wangi) :P 

Kepada semua. You Are The Best !! Kekalkan moto We Are Family tu ye? Moga-moga panjang umur berjumpa lagi. Sekiranya tak panjang umur, di sana nanti kita berjumpa lagi. (Doa-doakan la ye).

Untuk Versi lain, sila rujuk kat SINI. dan SINI.

Friday, 19 August 2011

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Di bulan Ramadhan ni semua pun asyik nak memberi kan? mengenangkan bulan ni diberikan nikmat yang banyak kepada kita dan juga keberkatan dan ganjaran pahala yang dilipatkaligandakan buat kita. 

Even Rasulullah sendiri amat kasihkan hambanya yang memberi, ataupun bersedekah, TAPI dia lebih sayangkan Hambanya yang susah yang memberikan sedekah.


Apa maksudnya di situ?
- Rasulullah nak bagitahu, memberi bukan bererti bila kita senang sahaja kita memberi, tetapi bila kita susah juga kita memberi yakni MEMBERI DENGAN KEMAMPUAN YANG ADA.
- Rasulullah nak kita sedar yang, BILA KITA SUSAH, SEBENARNYA ADA YANG LEBIH SUSAH DARI KITA.
- Rasulullah sedang bagitahu kita yang kita kena senantiasa sedar yang harta milik kita bukan semuanya milik kita, ianya punya bahagian untuk orang lain yang perlu kita kongsi dengan orang lain.
- Akhir sekali, tindakan kita sebagai kita selalu bersyukur dengan nikmat kurniaan yang ALLAH dah berikan kepada kita. 


Pernah dengar tak "tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima"..?
Cubalah memberi dengan hati yang ikhlas, beri tanpa mengharapkan balasan. Dengan penuh rasa kesyukuran dengan nikmat pemberian yang ALLAH beri kepada kita. Baru tau nikmat dia macam mana. Sebab? Kita sedar tanggungjawap sosial kita yakni KITA MENYEDARI YANG HIDUP KITA LEBIH BAIK DARI HIDUP SI PENERIMA, itu tandanya kita syukur dengan nikmat. Sebab tu kita memberi.


Note :: Kita bukan sekadar memberi, TAPI MEMBERIKAN YANG TERBAIK sebenarnya, maksud di situ, andai kita nak beri seketul ayam Kepsi contohnya, bukan kita berikan sebahagian dari sedikit yang kita tak mahu makan, TAPI, KITA BERI BAHAGIAN YANG TERBAIK YANG KITA NAK MAKAN, bakinya baru untuk kita. Inilah yang dinamakan MEMBERIKAN YANG TERBAIK. 



Ingat ya semua. Anda buat, anda dapat. ;)

Wednesday, 10 August 2011

Ramadhan oh Ramdhan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pada yang membaca, Nadh nak kongsikan sesuatu dengan anda pagi ini. 

Sabda Nabi SAW: "Apabila tibanya Ramadan, dibuka pintu langit dan ditutup pintu neraka serta syaitan dibelenggu pada bulan itu." (Hadis sahih).

Dari hadis di atas, apa yang boleh kita fahami adalah, bila tibanya Ramadhan, diberikan kita seluas-luas kebaikan. ALLAH membuka seluas-luas pintu Syurga (iaitu pintu taubat) untuk kita menyucikan jiwa.

"Sesiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan kesungguhan akan mendapat keampunan dari segala kesalahan dilakukan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Malah ALLAH juga sebutkan bahawa yang di bulan Ramadhan ini juga digandakan pahala amalan kita. Bukan itu sahaja, bulan dimakbulkan doa-doa juga.

"Apabila hambaku berdoa, maka aku amat hampir kepadanya." (Surah al-Baqarah, ayat 186).


Dan ALLAH juga menutup pintu Neraka dan Syaitan dibelenggu. 
- Dijauhkan kita dari "tukang kipas" tu selama sebulan. ALLAH ikat dia dalam neraka, 
- ALLAH jauhkan kita dari dia. 
- ALLAH beri kita sebulan untuk tempoh kita betulkan diri kita.
- Syaitan dah tak ada, kalau kata masih berbuat perbuatan dosa, tak bleh berhenti, bermaksud diri dah terbiasa dengan perbuatan dosa tu (nauzubillah). Jadi ambillah peluang untuk berubah sekarang, sementara peluang masih ada.


Menunjukkan ALLAH dah beri kita PELUANG untuk MEMPERBAIKI diri selama sebulan. Apa lagi? Ambil la peluang. Tinggal lagi 20 hari ni. Kalau kita meninggalkan Ramadhan tanpa sebarang perubahan, maka rugilah diri kita. Dia hanya datang sebulan dalam setahun. Tahun yang akan datang belum tentu kita masih ada kan? Lekas, manthopkan usaha, kuatkan azam. 

Kita buat, kita dapat. ;)

Sunday, 7 August 2011

PANAS laaa..

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh nak cerita mengenai penangan PANAS masa kita berpuasa ni. Actually ni dari Al-Kuliyyah Jumaat minggu lepas. Tapi baru hari ni Nadh berkesempatan nak berkongsi kan. 

Kita ni kan? Asyik dok "bunyi" PANAS, PANAS, PANAS la. 
Tapi kita tak pernah plak nak bandingkan hidup kita dengan orang yang hidup dekat negara-negara Arab tu. Macam mana mereka berpuasa dengan cuaca yang PANAS tu. Padahal jika nak dibandingkan, tara mana sangat la PANAS kita ni jika nak dibandingkan dengan sana. Kita PANAS waktu siang ja, sedang mereka berada dalam suhu standard mereka.

Kita ni kan? Asyik dok "bunyi" PANAS, PANAS, PANAS la.
Tapi kan, hairan, bunyi macam PANAS sangat, tapi kerja dalam office, aircond lagi. PANAS kot mana tatau la. 

Kita ni kan? Asyik dok "bunyi" PANAS, PANAS, PANAS la.
Tapi bila hujan, kita mengeluh, susah la, apa la. Itu la. Ini la. Macam tak bersyukur pun ada jugak la dengan Nikmat itu. Sedangkan, ALLAH sedang membantu Hambanya yang kononnya PANAS tu dengan beri sedikit kesejukan.

Kita ni kan? Asyik dok "bunyi" PANAS, PANAS, PANAS la.
Pernah tak fikir, masa Zaman Rasulullah dahulu, Umat siap berperang dalam Perang Badar. Dah la tu, MENANG plak tu. Kalau ikut logik sama dengan TIDAK la, sebab, jumlah askar ISLAM sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan musuh, dah la tu. Dalam keadaan lemah plak tu. (tengah puasa). Boleh nak menang. KUASA ALLAH kan?

Apa yang berlaku adalah hikmah dan ketentuan sebenarnya. Kenapa Panas? Salah kita sendiri. (sila rujuk SINI). Maka dengan itu, bermuhasabahlah diri kita ni, dan kembali ke jalan yang dah sememangnya disediakan buat kita. 

Wallahualam


Note :: Apa yang nak dihighlight adalah, BELAJAR RENDAHKAN DIRI SEKETIKA DENGAN MELIHAT SEKELILING, BARU BERCAKAP-CAKAP. Kerana dengannya, KITA AKAN BELAJAR BERSYUKUR.

Saturday, 6 August 2011

Ikut satu, tapi tinggalkan satu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Di pagi Ramadhan yang ke-6 ni, meh kita sesama renung-tenungkan kisah yang Nadh kongsikan dari petikan entry INI.

Ali : Awak puasa?
Minah : Yela..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2..
Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat

Selesai kongsi cerita.

********************************************

Sebenarnya Nadh nak kongsi mengenai cerita "Ikut satu, tapi tinggalkan satu".
Apa dia? Macam kisah di atas ini, BERPUASA, tapi MEMBUKA AURAT.
Sahabatnya diBODOHkan sebab bertanya, tapi bila disoal tentang AURAT, sahabatnya diTEMPELAK pula.

Sama juga kesnya dengan BERPUASA TETAPI TIDAK BERSOLAT. Kita BERPUASA demi menunaikan IBADAH YANG DIWAJIBKAN buat kita di Bulan Ramadhan, tapi kita lupa pula mengenai POINT KEDUA TERBESAR selepas LAFAZ SYAHADAH iaitu, SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM.

SEDANGKAN, Allah berfirman didalam Surah al-Muddatstsir, ayat 4 bermaksud:
"Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat."

Juga disebutkan oleh Rasulullah dalam sabdanya ;
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya." ( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Dari kedua di atas SANGAT JELAS yang KETENTUAN PERTAMA YANG HARUS DIBERATKAN ADALAH SOLAT, (bukan bererti yang lain ditinggalkan), Cuma persoalan sekarang, sekuat manakah sesuatu binaan itu, sekiranya TIANG BINAAN UTAMAnya tiada?

Renung-renungkan..


Terima kasih kerana membaca.


P/S : Meh ramaikan, rajin-rajinkan jari anda melawat

 
Bak kata Tuan Tanah, 
''Janganlah menjadi hamba kpd PUASA semata-mata, tetapi jadilah hamba kepada ALLAH SWT. Semoga kita terpilih mnjadi slh seorg hamba yg mendapat hidayah di bulan tarbiah yg penuh berkat & rahmat''

Thursday, 4 August 2011

Mari Kejar YANG LIMA

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Entry pagi kita hari ni, Nadh nak kongsikan mengenai kelebihan, istimewanya bulan Ramadhan ni dari bulan-bulan lain. Ada Lima semuanya.

1. Puasa lah. apa lagi. Bulan lain kan posa Isnin dan Khamis ja. Tapi bulan Ramadhan kita berpuasa selama sebulan.
2. Malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan kan? Apa kata mulai hari ni, kita tekadkan diri nak dapatkan Malam Lailatul Qadar ni?

3. Zakat Fitrah. Tahukah anda yang zakat fitrah ni pelengkap kepada puasa kita? Ingat tu? Awalkan la membayar zakat fitrah tu ya? takut terlupa nanti dah kalut-kalut nak raya.

4. Nuzul Al- Quran. Jum sama-sama kita membaca Al-Quran, bukan hanya baca, kita fahami sekali ilmu yang terkandung di dalamnya. Bukan mudah nak buat kan? Tapi kena ingat la, kalau setiap huruf dikira sebagai satu pahala, bayangkan la baca plak satu muka. Berapa banyak ae? Sapa nak tolong kira kan? 

5. Bulan di mana pahala-pahala amal kita digandakan. Oopss. Bukan mudah tau nak dapat. Bulan lain tak ada ni. Jadi apa kata reramaikan diri kita banyakkan amal, tingkatkan perkara-perkara kebaikan dalam diri kita, perbuatan kita seharian.


Note :: Seribu satu kebaikan ALLAH dah kurniakan kepada kita dalam bulan ni. Takkan taknak ambil kesempatan ni kot? Entah kita masih wujud atau tak di Ramadhan tahun depan? Rugi tau kalau bazirkan peluang besar ni. Baru EMPAT hari ni, banyak hari lagi yang ada, gunakan sebaiknya, moga-moga "isi" kebaikan yang kita buat hari ni, berkekalan sampai ke Ramadhan tahun depan. 

" TAK MUDAH NAK PASTIKAN IANYA BERTERUSAN, DAN TAK MUSTAHIL KALAU HATI ADA RASA NAK BUAT. TAPI SUSAH KALAU TAK MULA DARI HARI INI,"

All the besh ya? Anda buat, Anda dapat.. ;)

Tuesday, 2 August 2011

Nafsu VS Syaitan. Mari Bermuhasabah.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Apa nak kongsi petang2 ni ae? bosan ni. Tapi tak ada apa nak buat. Kerja-study-kerja-study. 
Okeh, setelah fikir-fikir Nadh ingat dah apa yang dok bermain dalam fikiran sejak sekian lama. 
Petang ni kita cerita tentang Nafsu VS Syaitan. 

Since ini adalah bulan puasa kan. apa kata kita renungkan dan muhasabah diri kita sejenak petang ni. 

Perkara pertama yang perlu kita buat petang ni adalah, fokus kepada perbuatan yang mendatangkan DOSA yang kita lakukan sepanjang bulan sebelum Ramadhan ni.

Kemudian, kita buat satu list. (kalau rajin la kan) , kemudian kita wat pengamatan sepanjang sebulan ini.
Ketiga, kita kena bermuhasabah setiap hari. Adakah kita masih melakukan perbuatan berkenaan atau dah meninggalkannya. 

Di akhir inisiatif kita akan jumpa antara beberapa kemungkinan :

1. Andai kata perbuatan dosa itu masih berlaku. Bermakna yang kita buat itu, ada berkaitan dengan NAFSU. Syaitan mempengaruh, tapi akhirnya bila dah seronok, akan dikawal NAFSU.
2. Andai ianya sudah tidak berlaku, kemungkinan ianya berkaitan dengan SYAITAN. Syaitan yang menggoda kita untuk melakukan perbuatan-perbuatan dosa.

Tapi HARUS DIINGAT. Perbuatan DOSA yang dibuat berterusan itu boleh juga berlaku sebab dah jadi HABIT. 

Jadi dipendekkan cerita, yang nak dibuat yang nak diubah tu PERLU. sebab masa kita ada SEBULAN nak meng-HABIT-kan hal-hal berkaitan dan membudayakan AMAL MAKRUF dan NAHI MUNGKAR. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )



Take chances. Macam seorang sahabat Nadh yang dok berMISI 30 Hari Mencari Cinta.

Friday, 7 January 2011

Kesalahan Nadzar

Semalam dengar ceramah Ustaz Kazim..
dia menegur tentang nazar yang disalahgunakan oleh hamba ALLAH..
seyes aku sendiri rasa bersalah kerana aku macam dah buat perkara yang sama semasa aku berpuasa nazar tempoh hari..

kata Ustaz, kita ni salah ketika bernazar. kerana kita seperti meletakkan syarat ketika nak minta sesuatu dari ALLAH, contoh, anak nak exam, kita pn bernazar la.. kalo anak dapat 8A, kita akan puasa seminggu, lepas tu kita pun tunggu la anak dapat keputusan pastu baru buat..
bukankah lebih baik sekiranya kita, buat siap-siap.. diambil dari contoh di atas, kita nak anak kita dapat exam keputusan baik, jadi kita pn berpuasa la siap-siap, dan sambil tu berdoa kepada ALLAH, bukankah itu lebih baik..?

aku rasa ada benarnya apa kata Ustaz ni.. insyALLAH, aku pun akan ubah cara aku..
buat yang lebih baik tu la.. kenapa perlu kita meletakkan syarat untuk kebaikan kita kan..?
ALLAH tak pernah berkira pn dengan kita, ni kita nak berkira dengan DIA plak..
sapa la kita ni.. ?

;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA