Followers

Friday, 1 July 2011

Trend Jumaat baru LELAKI-LELAKI mengaku ISLAM

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Kehadapan readers sekalian,

Nadh lihat semenjak Nadh tinggal di KL ni, ramai sekali lelaki yang mengubah trend Solat Jumaat yang diwajibkan oleh ALLAH dari Masjid-masjid bertukar kepada Masjid Al-Restoran, Masjid Al-Shopping Mall, Masjid Al-Warung, Masjid Al-Jalan Raya, dan banyak lagi Masjid-Masjid baru yang akan wujud di hari-hari Jumaat kebelakangan ini.

Hairan juga ya, sepertinya tidak ada rasa segan, rasa malu nak terang-terangan berada tempat yang dipenuhi golongan wanita sedangkan di Masjid-Masjid berkenaan di hari Jumaat di mana lelaki-lelaki ISLAM berada untuk mendengar Khutbah Jumaat dan bersolat Jumaat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)". (Surah Al-Jumu'ah : 9)

Dari ayat ALLAH diatas jelas menerangkan yang betapa pentingnya tuntutan menunaikan Solat Jumaat. Dan TUNTUTAN MENINGGALKAN URUSAN DUNIA. sehinggakan Nabi Muhammad SAW turut menambah dalam sabdanya,

"Sesiapa yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja maka dia kafir terang-terangan" (Riwayat At-Tabrani)

Mungkin ada yang tidak sedar kan? Jadi diharap dengan perkongsian dari Nadh hari ni, dapat beri sedikit penjelasan TENTANG BETAPA RUGINYA meninggalkan SOLAT JUMAAT.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Sesiapa yang berwudhuk kemudian dia pergi (ke masjid untuk menunaikan) solat Jumaat dan mendengar khutbah imam maka akan diampunkan dosanya hinggalah ke Jumaat selepas itu dan ditambah tiga hari lagi.Siapa yang asyik bermain-main maka solatnya menjadi sia-sia”. (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud:

Penghulu segala hari adalah hari Jumaat.Hari yang paling mulia di sisi baginda dan yang paling agung disisi allah azzawajalla,maka lebih (mulia) daripada hari raya Fitrah dan hari Eidul Adha”. Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam hadis lain,Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila berdoa kepada allah sesuatu kebaikan Allah akan memakbulkan doanya. Atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan, Allah melindunginya daripada kejahatan tersebut”. (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Cukup dengan 3 Hadis diatas Nadh rasa dah membuktikan betapa RUGI NYA yang meninggalkannya. 
1. Diampunkan dosanya.

Apa lagi yang kita nak sebagai Hamba? Bukankah redha ALLAH itu yang utama patut dikejar?

Renung-renungkan...

20 comments:

msredcheesecake said...

Mr nadh, lelaki mana kah itu? Rugi nyer mereka...

d_tieah said...

Kadang2 tak faham gak kenapa lelaki2 ni malas solat.. Padahal dorang pakai baju tshirt n seluar jeans je pun dah boleh solat.. Senang! Kepala takde songkak pun takpe.. Kalo orang pompuan kena tutup aurat, pakai telekung.. Buang make-up dll.. Tapi pompuan tetap solat.. Lelaki ni dah tak pegi solat jumaat satu hal, boleh plak dok makan dengan awek kat restoran.. Si awek tu pun bodoh.. Pilih lelaki dah sah2 salah.. Solat jumaat yang seminggu sekali pun dah tak buat, nyata solat 5 kali sehari dia tak buat jugak kot.. Ngee :)

SALINA said...

kalo nak tgok lebih ketara lg dkat Kuantan, Pahang ramai kaum Adam berlegar2 kat shopping mall mase org tgah sibuk nak solat jumaat dan muka mereka sedikit pon tak ada rasa bersalah dan tidak tahu malu apabila sedang waktu solat jumaat...

Fay said...

setuju sgt bab ni.. especially dekat restoran/kedai makan tu..

ct-kama said...

kalau bab kahwen nak pulak ikut cara islam..lebih-lebih lagi kalau masuk bab kawen ramai...xpaham sungguh...=(

ct-kama said...

kalau bab kahwen nak pulak ikut cara islam..lebih-lebih lagi kalau masuk bab kawen ramai...xpaham sungguh...=(

risa said...

semoga adik dirahmati selalu ye:)
jangan nakal2 okeh

zuwaidah said...

kat area ofis ni, dia org selalu lunch dulu, dengar azan baru laaaa gopoh2 nak ke masjid

diyan said...

sereis tak paham dengan lelaki yang ponteng semayang jumaat =='

norinaomar said...

Nadh lupa nak tambah..Masjid Al Karaoke pun iye juga

FatimahZahra said...

hmm betul tu , tak malu sungguh tak pergi solat

suha said...

suka entry neh (^_^)

sgt sesuai tok Thought Friday..jom join!

Подтверждаю said...

as salam..
alhamdulillah..
di mana manusia berpijak disitu juga iman mengiringi. dan disitu juga amal berlaku..

mudah-mudahan kita sentiasa peka dengan keadaan sekitar kita. nampak je mereka melencong dari memunaikan solat jumaat, tarik ramai2..

huhu..
rugi..rugi..

pCL n mmD said...

kurang kesedaran dan didikan agama...dan yg tak leh tahan tu sengaja je ...

sesegar said...

Waaa.nadh dah duduk kl la sekarang.hehe
KL kat mana tu :)
ye la nadh,haritu sesegar lunch break,pon kan,meja sebelah semua org laki lunch pakai baju melayu,at the end of it,dengar azan tapi still makan tak ingat Tuhan.entah apa2.
muka hensem tak semayang,memang hampeh darab 10 betul :)

just wanna share with u je.hehe

Iffah Afeefah said...

masjid al wayang pun ada

mse nk tgk cter ramai je laki sebok tgk skaki

dah azan time tu

Solihin Zubir said...

tak rasa malu or bersalah btul org2 mcm tu..

dlu prnah praktikal kt kl tower..
kami kena gilir2, mggu giliran org tu semayang jumaat, minggu dpan org lain plak..

rsa janggal gila x pi semayang jumaat.. rsa mengembang ja muka.. heheh..

kiera'sakura said...

ira de terbaca sesuatu nie...

zikir AL-GHAFFAR (Maha Pengampun)
sesiapa yg membaca 100 kali dalam dia menunggu solat jumaat didalam masjid,dosa-dosa yg terdahulu akan diampunkan oleh ALLAH S.W.T.. insyaAllah...

ruginya sesiapa yg x pergi tue,, pape pown nk doakan semoga sesiapa yg sengaja lupakan solat jumaat diorg tue akan diberi petunjuk untuk berubah.. amin2..

pengemis cinta~ said...

setuju dengan nadh..semalam(jumaat) PC p jnjln kepantai dengan sahabat perempuan...
ramai lelaki2 berlegar2 ditepi pantai tak kurang juga bercinta sakan dengan pasangan masing2 diwaktu orang berkhutbah dan solat jumaat..nak kata cina or india, kenapala ramai sangat muka ala2 jawa.teman or mak diorang bertudung.adeiyh,gawat..^_^

nurhamizatulzullraooh said...

itulah pasal..tak faham dengan orang lelaki ni seminggu sekali pun payah nak buat..baguslah kalau lelaki tiap jumaat pergi solat jumaat tapi ada pula yang hanya solat jumaat saja solat 5 waktu tak buat tinggalkan macam mana tu?apa sebab jadi macam tu?

Buta+Pekak+Bisu=CINTA