Followers

Showing posts with label Khutbah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Khutbah Jumaat. Show all posts

Friday, 9 October 2015

Khutbah Jumaat 09-Oct

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Bacalah

Khutbah Jumaat hari ada beberapa isi penting yang saya rasa patut dikongsi demgan readers. Antaranya disebut khatib tadi bahawasanya antara sebab masyarakat makin teruk hari ini kerana keberkatan Al-Quran sudah ditarik oleh ALLAH. 

Berapa ramai hari ini yang buta Quran? Tak dinafikan yang buta Quran zaman ini bukan sesuatu yang pelik nak dibandingkan dengan zaman dulu. 

Sebab tu surah pertama yang ALLAH turunkan pada Rasulullah dahulu adalah surah Al-alaQ'. Ingat lagi tak ayat pertama yang bermaksud, "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)". 

Terjemahkan kembali pada kita zaman sekarang. Bermulalah kembali. Tak tahu bukan masalah yang penting ada usaha nak tahu. Tak pandai atau gagap juga bukan masalah, berguru, insyALLAH satu masa nanti dengan izin ALLAH akan lancar dan baik bacaan nya. Moga dengan itu kita akan hidup dengan berpegang dengan panduan yang diberikan, dan mati kita satu hari nanti dibantu dengan syafaat Al-Quran dibawah sana. 

Barangsiapa yang tak pandai atau gugup membacanya tapi masih membaca, diberikan akan dia, dua pahala. Satu kerana membaca, kedua kerana dia berusaha membaca. 

Apabila dah pandai baca, berusaha sekali memahami tiap bait maksud di dalamnya. Kemudian beramal dengan nya. Itu yang sebaik baik sekali. Moga dengan kembali kepada ALLAH melalui kalam Nya, hidup akan menjadi lebih baik. Dan sentiasa dibawah payung rahmatnya. Mudah mudahan. Amin.

Wednesday, 19 February 2014

Mendidik Anak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Jumaat lepas masa Khutbah Jumaat, khatib ada share beberapa perkara yang rasa saya agak menarik juga untuk saya sampaikan juga berkongsi dengan readers.

Dalam khutbah tu khatib ada sebutkan mengenai "Mendidik Anak" oleh Imam Al-Ghazali dalam salah satu buku yang dia tulis.

Antara perkara yang disebutkan dalam tu adalah.
1. Contoh ikutan
2. Pemerhatian dan meniru
3. Kelaziman atau kebiasaan
4. Ganjaran dan hukuman
5. Nasihat yang berpendekatan jiwa.

Berikut apa yang boleh saya sampaikan mengikut turutan apa yang disampaikan hari tu.

1. Contoh Ikutan. 

Yang pertama dalam hendak mendidik, perlulah dididik kita sendiri menjadi contoh yang boleh diikut. Jangan pula seperti peribahasa melayu kita, "seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul"

Contoh mudah, Rasulullah SAW, bagaimana hebatnya akhlak peribadinya. Hinggakan walau sekecil kecil hal yang dibuat sebenarnya membawa mesej positif pada yang ada disekelilingnya. begitulah aura yang kita perlu ada. Menjadi Contoh Ikutan. Ambil Rasulullah sebagai contoh kita, hayati betapa indah perlakuannya, semat dalam diri kita, akhirnya pasti perkara berkenaan sebati dalam jiwa kita.

2. Pemerhatian dan meniru
Bagi yang dekat dengan kanak kanak, anda tentu perasan sesuatu tentang mereka yang mana mereka suka untuk mengikut kita dalam apa yang kita kerjakan. Tak perlu ambil contoh jauh, khalifah kecil saya tu sudah, hari tu Opah dia batuk, sekali dengan dia pun buat buat batuk, nak tergelak saya dengar akak sepupu dia tegur, "Uwais tiru Opah batuk ya." tersipu sipu pula dia senyum.

Apa yang pasti dari pemerhatian itu mereka cenderung untuk mengikut. Bayangkan yang ada kita buat itu contoh yang tak baik, tak mustahil itu yang bakal mereka ikut.

3. Kelaziman atau kebiasaan.
Bab kelaziman dan kebiasaan. Ambil contoh diri kita sendiri. Apabila kita dah terbiasa buat sesuatu menjadi rutin, bagaimana ianya akan jadi bila ditinggalkan? Mesti rasa kekok bukan? Atau sesetengah perkara yang sudah sebati dengan diri kita akan automatik mengingatkan diri kita bila tiba masa. Begitulah mendidik, jadikan perkara kelaziman itu sesuatu kebiasaan. Seperti solat, ajar mereka "BIASA" dengan solat, biasa dengan perkara perkara kebaikan semenjak dari kecil lagi.

4. Ganjaran dan hukuman
Yang baik diberikan ganjaran, yang buruk dan salah diberikan hukuman. Kadang kala ganjaran tak perlu bersifat material pun, mungkin boleh dialihkan kepada puji pujian kepada mereka, dalam menggalakkan mereka melakukan kebaikan, dan hukuman sebagai pengajaran, agar perkara yang tak baik itu dijauhkan.

 5. Nasihat
Nasihat terbaik adalah yang berpendekatan mendidik jiwa. Nasihat dengan kasih sayang itu sebenarnya sangat hebat kuasanya. Hati yang keras mampu dilembutkan. Benar bukan, teguran yang lembut, dalam masa sama memberi semangat, buatkan hati membuak buak berubah, namun apabila dibentak bentak, hati mula memberontak, langsung tak mendidik, malah lagi teruk hasilnya.


Dalam mendidik, saya tak perlu kaitkan dengan anak anak pun, sebab ini apa yang mampu kita sndiri buat. Contoh diri saya sendiri, satu masa dahulu mudah betul melatah bila dicuit, dan tiap kali melatah, keluar perkataan yang tak sepatutnya, walau bukan kata yang lucah atau kotor, tapi keluar perkataan "opocot". Lama kelamaan bila saya sedar, saya tukarkan perkataan itu kepada ALLAHUAKBAR. dan alhamdulillah, perkataan itu jadi perkataan yang mudah sekali keluar dari mulut setiap kali saya terkejut atau apa sahaja. Dari kebiasaan dan kelaziman tak baik ditukarkan menjadi perkara yang positif.

Sabda Rasulullah, :“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim)

Apa yang dimaksudkan di sini adalah apa yang dicoretkan, atau di bentuk ibu bapa itulah apa yang anak jadi. Baik kita, baiklah dia. bersama doa. InsyALLAH. kita hanya berusaha dan berdoa.

Kegagalan kita mendidik anak adalah kerugian besar yang tak mampu hendak digantikan dengan harta benda.

"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (Al-Anfaal : 28)


Wallahualam


Saturday, 1 October 2011

Kisah 3 golongan yang hampir akhirnya terkecewa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry pagi Nadh hari ni Nadh nak kongsi mengenai 3 orang yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan kedalam api neraka.

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya.
“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawap, “kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”
Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.
Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,
“wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawap, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.
Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,
“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawap olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawap,
“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”
Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab siksanya.

Dari ketiga contoh yang diceritakan diatas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

TranQuiL by SpexSphotography

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

Wallahualam.

Friday, 30 September 2011

Khutbah Jumaat : 7 Golongan Lelaki Disayangi ALLAH.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

7 Golongan Lelaki Disayangi ALLAH.

1)  Pemimpin / imam yang adil.
-Adil itu dalam erti kata, bukan hanya pada pemimpin yang berada di bwahnya pengikut-pengikut yang ramai, tapi adil kepada isterinya, kepada anak-anaknya juga, bermakna pemimpin dalam segala segi.
 
2)  Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadah kepada Allah.
 
3)  Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
- Lelaki yang apabila masuknya waktu solat, dia pun bergegas ke masjid untuk menunaikan solat di masjid. 
Golongan ini semakin kurang dan seperti Rasulullah pernah bersabda dahulu, yang "di akhir zaman nanti masjid akan kurang orang di dalamnya walaupun kedudukannya di tengah lembah manusia"

4)  Dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.
 
5)  Lelaki yang diajak oleh perempuan yang berkedudukan tinggi dan mempunyai rupa paras yang menawan untuk melakukan maksiat lalu ia berkata; "Aku takut kepada Allah".
- Golongan yang ini benar-benar takutnya akan ALLAH, dia lebih takut akan balasan dari Maha Esa dari kesedapan yang nak dia dapat sekejap itu. 
 
6)  Lelaki yang memberikan sedekah dalam keadaan sembunyi hingga tangan kanannya tidak mengetahuinya.
- Yakni menginfakkan hartanya kerana ALLAH, dan tidak ada terlintas langsung tindakannya itu untuk mendapat pujian makhluk atau di angkat kerana kemurahan hatinya itu.
 
7)  Lelaki yang ingat kepada Allah dalam keadaan sembunyi/tidak diketahui oleh orang lain  sehingga gugurlah air mata daripada kedua matanya.
- Lelaki yang takutkan akan ALLAH, sehingga gugur air mata nya. Dan telah disebutkan bahawa mata yang menangis kerana insaf dan takutnya akan balasan ALLAH itu adalah mata yang diharamkan akannya api neraka. (takut dalam erti kata, bersungguh-sungguh menjauhi dosa dan maksiat yang dibenci ALLAH)


Note :: Mengandaikan adakah diri seperti 7 golongan yang disayangi ini? Moga-moga diri senantiasa memperingatkan diri sendiri untuk melangkah menuju 7 golongan ini.

Saturday, 24 September 2011

Apabila ianya dihayati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selesai tunaikan tanggungjawap. Sekarang masa untuk diri sendiri. Betapa Nadh rindukan blog ni. Lama dah dia terabai tak macam dulu, berkepit ja dengan dia kan?

Malam ni Nadh nak kongsi dengan readers tentang sumber kekuatan Islam yang juga adalah ketakutan terbesar para kafiruun kat muka bumi ni. Apa yang Nadh kongsi malam ni adalah apa yang Nadh dapat dalam khutbah Jumaat semalam.

Tahukah kita yang kekuatan kita umat Islam ni adalah Al-Quran yang mana sepatutnya menjadi ikutan tapi telah ditinggalkan oleh kita sekarang. Bukan kata nak dibaca,nak paham, nak dihayati tu lagilah tidak.

Iman Al-Ghazali ada menyebut, yang Al-Quran yang dibaca, dengan betul tajwidnya, makhraj nya sedang tidak difahami isi kandungnya adalah mengikut syaitan.

Ada satu kisah di zaman Rasulullah dahulu bila mna seorang sahabat yang penuh khusyuk mengikuti Rasulullah dengan khutbah dan solatnya telah diarahkan oleh Rasulullah supaya pergi menemui seorang orang arab mempelajari bahasa arab agar dapat memahami bahasa Al-Quran.

Dari kisah diatas menunjukkan betapa pentingnya kita memahami.isi kandung Al-Quran. Kerana dengan memahami isi kandungnya akan dapat mengelakkan kita umat Nabi Muhammad dari berbuat maksiat dan takut juga berserah sepenuhnya pada ALLAH.

Satu masa dahulu ketika pihak barat kalah dalam peperangan mereka dengan Islam, satu persidangan telah diadakan dan hasil dari persidangan 40 negara tersebut telah mendapat jawapan yang kekalahan mereka disebabkan adalah kerana umat Islam faham dan seterusnya menghayati ajaran ddalam Al-Quran.

Ini kerana kefahaman umat Islam akan ajaran Al-Quran itu menjadikan mereka tak takut mati, kerana dalam Al-Quran ada menyebutkan yang perjuangan jihad menentang musuh Islam itu bakal menjadikan mereka syahid yang ALLAH menjanjikan syurga yang abadi, sedang dunia ini tiada apa makna melainkan untung pada yang taat dan beramal soleh.

"dan barangsiapa yang mentaati ALLAH dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh ALLAH, iaitu Nabi-nabi. Para shiddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya." (An-Nisa : 69 )

Begitulah hebatnya apabila kita berpegang kepada Al-Quran yang dijamin ALLAH takkan berubah kandungannya sampai bila-bila.

Dan atas sebab itulah para kafiruun bertindak dan sanggup buat apa saja demi menjauhkan kita dari Al-Quran ini. Lihat sahaja dunia kita sekarang, Islam sendiri sewenangnya menolak ajaran ALLAH yang dicatatkan dalam Al-Quran. Menang AF buleh ratus-ratus ribu, pertandingan Al-Quran berapa duit sangat? Contoh nyata yang wujud.

Sama-samalah kita mendekati Al-Quran n memahami seterusnya mengamalkan n menghayati isinya. Dalam terselit sebesar peringatan n jalan hidup bahagia di sini dan disana.


Note :: hairan kenapa dia terang-terangan menolak hukum ALLAH. Moga ALLAH tepet cket dengan peringatan agar insaf n bertaubat. Amin
Published with Blogger-droid v1.7.4

Buta+Pekak+Bisu=CINTA