Followers

Wednesday, 19 February 2014

Menjenguk jenguk tepi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Ahhh.. Susahnya. Ahh Pedihnya.. Ahh kenapa aku yang diuji.?"

Mungkin pernah satu ketika kita menjerit. Berteriak dalam hati, kenapa kita? kenapa asyik kita? Kenapa? kenapa? kenapa dan kenapa?

Pernah jumpa dengan situasi ini tak?

Jawapan saya untuk situasi ini adalah jenguk jenguk tepi kita , lihat sekeliling kita. Jangan hanya melihat ianya dari sudut pandangan kita.

Termudah. Saya dalam situasi PJJ dengan isteri dan anak.

Teringat kisah yang Mama kongsikan dengan kami, ada seorang kenalan terdekat seseorang dari keluarga kami juga, yang mana isterinya sekrang berada di luar negara, bekerja di sana demi mencari sesuap nasi. Membantu keluarga keluar dari beban kenaikan yang semakin tak tertanggung di kala ini.

Dapat bayangkan tak? Kita yang ada dekat ni, boleh balik jumpa dalam sejam dua, mampu ke sana bila diperlukan, dan ada orang lain yang sekarang beribu batu jauh dari anak anak, pulang pula berbulan sekali, namun pilihan yang ada hanyalah kekal, demi untuk sesuap nasi, demi untuk kegembiraan semua, bukan hanya di lihat dari sudut pandangan sendiri.

Kegusaran saban hari, tinggal di perantauan, meninggalkan kesayangan jauh jauh dari mata. Yang ada hanya kenangan, yang ada hanya gambar gambar bukan dengan pelukan untuk meleraikan kesedihan tatkala memikirkan nasib diri di sana?

Itu satu situasi yang saya ambil sebagai pengajaran buat diri sendiri sebenarnya. Sebab untuk saya bersyukur dan sedar bahawa sebenarnya diri adalah sangat beruntung dari situasi orang yang saya sebutkan dari cerita diatas.

Dalam hidup, ada kalanya kita kena melihat ke bawah sambil sambil kita cuba menggapai awan tu. Kenapa saya katakan begitu? seperti apa saya ceritakan diatas inilah. sekurangnya kita tahu kita lebih beruntung, dan kita bersyukur kepadaNYA. Dalam mengejar redha perkara ini sangat penting untuk kita semaikan dalam diri.

KENAPA? sebab tanpanya kita mungkin bakal menjadi seperti layang layang yang dah mencapai awan, tapi ingin terbang tinggi lagi ke langit, tapi akhir sekali terputus talinya dan terbabas ke bawah tanpa dapat lagi dibantu. Mengejar dan mengejar, tapi lupa daratan, tempat awal kita bermula lagi.

Pernah anda dengar kan, tatkala kita menangis tidak dapat kasut yang mahal lagi cantik untuk dipakai, masih ada lain insan yang tak berselipar, mungkin lagi menyedihkan, TANPA KAKI.

Pernah anda terfikir, tatkala kita meninggalkan makanan, kerana alasannya tak sedap, di luar sana even ada manusia yang mencuri hanya demi mendapatkan sesuap nasi, ada yang mengikat perut, kasi pagi makan petang, kais petang makan malam, atau mungkin lebih teruk, MATI KEBULURAN.

Pernahkan anda terfikir, di waktu kita berduka tidak dapat pakaian yang diidamkan kerana tak ada atau mungkin habis stok, masih ramai yang berpakaian compang camping hanya kerana mereka tak mampu, malah mungkin ada yang terketar kesejukan, kerana mereka tiada pakaian yang elok untuk dipakai?

Bersyukurlah. ALLAH sedang mengatur yang lebih baik buat kita. Percayalah jalannya ada untuk kita. Bergembiralah dengan apa yang kita ada. Ianya mungkin JAUH JAUH JAUH LEBIH BAIK dari insan lain.


1 comment:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi salam jumaat

Buta+Pekak+Bisu=CINTA