Followers

Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Tuesday, 1 November 2011

Did you still love your EX?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam semalam, ada orang postkan gambar bawah ni dekat wall KBU.


Lepas tu ada beberapa yang menjawapnya. kat bawah ni jawapannya.





Rasanya Nadh juga ada Ex. Meh Nadh nak kongsi Ex-Ex Nadh, lepas tu kita buat perbandingan sedikit, amacam? Ada bran? 
1. Kejatuhan Saya - Masa kecil-kecil ni. Mudah nak jumpa, tapi susah nak ingat, masa tu, saya nak belajar berjalan, tapi kaki belum cukup kuat, saya gagahkan juga memanjat di mana sahaja saya jumpa tempat berpaut, entah berapa kali saya jatuh, entah dah di mana-mana lebam di badan saya ni, berapa banyak kali saya meraung pun saya tak tahu, tapi saya tahu, akhir sekali, saya berjaya juga bangun, berjaya juga berjalan, dapat juga saya melangkahkan kaki saya waktu ni. 

2. Tangisan Saya - Waktu saya mula melihat dunia, masa ni saya menangis, kuat la kot sebab saya tak ingat pula masa ni macam mana, tapi saya tahu sesuatu, waktu saya lahir, saya seorang sahaja yang menangis, dan semua tergelak, berpesta sakan sebab gembira menerima saya sebagai ahli baru keluarga mereka, saya nak simpan dalam minda saya, bila satu hari nanti saya pergi, yang akan menangis adalah dunia, dan saya pula yang tersenyum gembira.

3. Kejayaan Saya - Saya ingat lagi, waktu saya di Universiti dahulu, saya suka sangat bila setiap kali bila saya mendapat kejayaan, semua datang kepada saya. Menghulur tangan mengucapkan tahniah, tak kurang juga yang bergelak ketawa berkongsi kejayaan saya. Saya suka betul waktu tu, tapi saya tak ingat pula masa saya bertungkus lumus mendapatkan kejayaan saya ni sebab terlalu gembira dengan kejayaan saya. Hinggakan saya terlupa pada yang memandang sayu kejayaan saya itu. Saya sepatutnya gembirakan mereka juga, kongsi aura tu dengan mereka, dengan harapan mereka terpengaruh dan berusaha kuat selepas itu.

4. Persaingan Saya - Ada kawan cakap dengan ibu mereka, "Ibu, kalau nak tahu, dia itulah musuh ketat saya, selalu sahaja bila bab belajar, bersaing dengan dia. ". Oh dia beritahu ibunya mengenai saya, saya berasa gembira kerana kewujudan saya diperhatikan, tapi saya terlupa, sedang asyik saya bersaing ini, saya tidak ingat kepada persaingan yang sepatutnya saya utamakan, persaingan mendapatkan Redha Yang Esa, ALLAH SWT. 

5. Perbuatan-perbuatan saya - Kalau hendak saya hitungkan, terlalu banyak yang sudah saya lalui. Yang baik, yang tidak, yang nakal, yang membencikan, terlalu banyak sebenarnya, semuanya adalah pengalaman yang mengajar saya menjadi siapa saya sekarang. Yang teruk itu menyedarkan, yang baik tanpa beringat itu kekadang melalaikan, makin lama, semuanya mengajar, makin saya sedar yang semua merupakan susunan ALLAH buat saya supaya saya belajar mengenai kehidupan.

6. Pengorbanan - Ini sangat mendalam. Mungkin hati saya selembut tissue bila berbicara mengenainya. Atau juga mata selaju pili yang dibuka untuk jatuh berjurainya air dari muncungnya, Peringatan buat saya, bahawa Siapakah saya di hari ini jika tiada pengorbanan. Biarlah saya pilih dua insan terlalu istimewa dalam dunia ini kerana telah membesarkan saya, iaitu Mama dan Ayah saya.  Adakah saya hargai pengorbanan mereka? Adakah saya telah menjadi anak yang baik, anak soleh yang senantiasa mendoakan kebahagiaan mereka? Adakah saya ini mampu untuk berkorban sehebat pengorbanan mereka satu ketika dahulu? Ibu yang berperang dengan nyawa ketika hendak melahirkan saya? Ayah yang bersusah payah demi memberikan saya kehidupan terbaik? Disebalik Redha mereka itu lah ALLAH redhai kita, oleh itu, peringatan buat saya dan semua, hargailah mereka seperti mana mereka menyayangi kita satu masa dahulu. Semuanya di buat free of charge, tidak pula mereka menuntut semuanya dari kita, jadi biarlah kita jadi seorang pengenang jasa, yang berusaha memberikan mereka khidmat terbaik selagi mereka diizinkan bernafas di muka bumi ini.

Terlalu banyak Ex yang sekiranya diberikan peluang untuk saya berkata-kata, memang tidak berhentilah anda membacanya, cuma saya hendak ingatkan, Ex itu dari maksud perkongsian hari ni adalah kenangan, masa silam yang pernah berlalu dalam hidup kita. Ianya adalah perancangan ALLAH untuk kita, sama ada ianya dimanfaatkan atau tidak, semua bergantung kepada diri kita sendiri. Sekiranya ianya diambil untuk diingati , dan sebagai jalan pandu ke masa depan gemilang, atau sekadar ingatan untuk dikenang sahaja, biarlah diri kita yang menentukannya.

Pengalaman itu mematangkan. Pengalaman mengajar kita.


"Biarkan masa depan datang sendiri, telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan datangnya. Allah telah menyusun hidup kita dengan sempurna..."

Tuesday, 18 October 2011

Akukah yang tersesat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Lost in Jungle by Aashiyaana

Satu hari , sedang kita asyik menikmati alam, dalam perkhemahan kita bersama rakan-rakan di dalam hutan, kita tersesat . 

Kita tercari-cari arah perjalanan kita, ke kiri kita pusing, ke kanan kita toleh, Akhirnya setelah hati berasa kuat , kita memilih untuk berjalan di satu arah itu, di arah sana, kita terdengar seperti ada aliran air sungai namun kurang pasti mana dan sejauh mana tempatnya.

Ketika melangkah, tiba-tiba kaki kita tercucuk duri,. Kita menjerit kesakitan. Waktu tu, kita terloncat-loncat supaya kaki tidak terpijak lagi dan membuat duri itu masuk dalam lagi, kekiri dan kanan kita tuju, hinggalah terlihat akan sebongkah kayu, yang cukup untuk kita duduk, kemudian, kita tarik keluar duri itu keluar dari kaki, tika ini, kita menjerit kesakitan

Kita berjalan lagi, kali ini, kita menunduk-menunduk mengelakkan ranting2. Tiba-tiba satu ranting terjatuh ke atas kita, kena tepat pada kepala kita. Kita mengabaikannya, mungkin sedikit kerana kita berjaya juga menepisnya tadi. Perjalanan itu kita teruskan. Saat kita berhenti seketika untuk mengelap peluh, kita berasa satu cecair panas mengalir di muka kita, kita lap ia, ingatkan ianya adalah peluh, Rupanya, dalam kita tidak sedar, rupanya ranting tadi mencederakan kepala kita, kita hampir pitam bila menyedari nya, tapi sifat melawan kita menguatkan diri untuk terus bertahan. Maka, dengan sapu tangan yang ada di dalam poket, kita keluarkan ia, dan membalut kepala kita yang luka itu.

Kita sambung lagi perjalanan, kali ini, kita menolak ranting-ranting yang ada. Tapi kita tak sedar, yang kita tolak itu sebenarnya salah tolak, ranting itu melibas kita, terkena tepat pada muka, kita jatuh terduduk, pening kerana libasan itu mengenai betul atas kepala kita, sakitnya bukan kepalang. Kita tak mampu berjalan buat seketika, masa yang kita ambil, lama benar sementara menanti kita pulih.

Setelah diyakini kita sudah pulih, Perjalanan kita teruskan, melangkah demi langkah, kita terpelecok kaki bila kita terjatuh dalam satu lubang yang ada dihadapan kita. Dalam kita tak sedar dan berhati-hati, rupanya muncul lagi satu ujian. Rupanya, tanah yang kita sangka kan bertutup dengan dedaunan, rupanya lubang yang besar. Kita menjerit kuat sekali. Betapa sakitnya kaki yang terpelecok itu. Kita menangis, menahan sakit, menarik diri naik ke permukaan, waktu ini, hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa sakitnya yang kita rasa. Namun perjalanan perlu diteruskan.

Maka, dengan kaki yang terhencot-hencot bertemankan ranting kayu yang dipilih khas untuk dipaut, perjalanan diteruskan lagi. Sedang kita berjalan, dengan air mata yang dari tadi bercucuran, mengenangkan nasib diri yang diuji sebegini rupa, kita terpandang ke belakang, rupanya kita ada parang, kenapa tidak gunakan ianya dari tadi? Untuk mencantas laluan kita menjadi terang, agar mudah diri melangkah menuju ke destinasi.

Bermula dari sana, perjalanan sedikit mudah, kita berjalan, walaupun perlahan, dan akhirnya tiba ke destinasi, dan seperti yang dijangka, perjumpaan dengan sungai yang diyakini tadi telah membawa kepada kejayaan, bukan sahaja diri dapat menghilangkan dahaga yang tadi tidak berhenti menyerang tekak, tetapi juga, tanah tebing sungai itu rupanya adalah tempat tinggal orang. Alhamdulillah, selamat juga tiba dan diselamatkan juga kita dari ujian tadi.


Dalam kisah di atas, lubang beserta kaki terpelecok, ranting yang menghentam muka, ranting yang mencederakan kepala, bolehlah kita anggap sebagai ujian yang senantiasa ada bersama kita. Sepertimana
Firman ALLAH dalam Surah Muhammad, ayat 31 :

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” 

Parang yang tetiba muncul didalam cerita itu, sebenarnya adalah Al-Quran yang diturunkan untuk menjadi rujukan hidup dan As-Sunah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah untuk menerangkan isi Al-Quran yang diturunkan buat kita umat Manusia.

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku". (Hadis Riwyaat Imam Malik.)

Dan akhirnya berkat mengikut dan menggunakan parang pemberian itu, hidup dipermudahkan, bukan sahaja berjaya berjalan dengan senang, malah akhirnya tiba juga ke destinasi. Kenapa Nadh buat "kita" dalam cerita ini melupakan kewujudannya, Nadh nak kita tengok dari perspektif kehidupan kita sekarang ini, yang mana kita sebenarnya hanyut dan lalai dalam mengikut tunjang yang telah Rasulullah SAW sendiri nyatakan, berpegang dan tidak akan sesat selamanya.
Begitulah hidup sebenarnya, kita mengetahui yang Akhirat itu adalah PASTI, tapi tidak pula kita gunakan parang untuk mencantas dosa-dosa yang mendekati, malah kita terus sahaja berjalan walau kita tahu ianya bukan satu tindakan yang benar dan bijak. Malah lebih hebat kita siap lawan lagi dugaan itu dengan semangat yang kuat, hanya demi survival kita didalam hutan yang tidak kita tahu untuk nasib kita. Sedang di alam nyata, kita mengabaikan parang itu dan akhirnya, seperti kita lihat hari ini, masyarakat kita pincang!!

Fikir-fikirkanlah, Renung-renungkanlah.

Moga mendapat manfaat.

Monday, 10 October 2011

itukah maju?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam seseorang ada sebutkan pada Nadh mengenai kenaikan gaji. Katanya, kenaikan itu adalah bagi gred bawah hingga atas yang bermula dari RM80 hingga RM300+. Selepas dengar cerita tu, fikiran Jadh mulai melayang lagi sebagaimana soal bonus tempoh hari.

Nadh mungkin salah jadi sila betulkn Nadh sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan Nadh.

Bagi kes gaji ni, nadh dapati yang bergaji rendah akan mendapat kenaikan yang paling sikit dibandingkan yang bergaji sedikit. Sama juga seperti bonus tempoh hari. Bagi gaji bawah 800, bonus adalah sebanyak 500 dan yang bergaji lebih mendapat setengah bulan gaji.

Maaf seandainya salah. Tapi nadh rs kurang adil untuk golongan bawahan ni. Bagi nadh yang gaji rendah ni yang sepatutnya naik banyak n yang tinggi dapat sikit. Secara logiknya, depa susah, n sepatutnya la dibantu berbeza dengan yang dah mewah. Boleh beri tapi utamakan yang dibawah dahulu. Atau mudahnya adilkan situasi, semua mendapat sama rata. Mudah n adil.

Kerana dari segi kerja juga, jika diperhatikan, yang dibawah walau sekadar mengikut arahan, tapi kerja jalan, dan rasanya kerja mereka melambak di meja dari yang pemberi arahan yang mudah sekali memanggil untuk dihulurkan fail kerja kepada mereka supaya dihabiskan. "Operator penyumbang kepada ekonomi negara. ". Dpt tak mksud yang nadh katakan ni?

Bergaung dewan, berasap-asap idung bila bercakap dengan penuh perasaan, menuju kearah negara berpendapatan tinggi. Tapi, bila renung, sapa yang berpendapatan tinggi ni? Mewah akn tambah kaya, sederhana berubah susah, dan susah menjadi papa. Adakah ini yang diagungkan? Pastinya golongan atasan bertepuk tangan hebat bila nendengarnya. Tapi yang bawahan bertepuk dahi, dengan status maju yang diagungkan tu, segalanya naik sepertimana majunya negara, maju jugalah harga-harga segala barang dalam pasaran. Akhir sekali, keluarlah slogan-slogan kurang bijak penutup kesalahan, "kita sepatutnya berjimat", "kurangkan penggunaan" segala bagai konon demi mengawal kita n menutup kesalahan.

Ini sekadar luahan n membuka minda kita. Sejauh mana kemajuan yang nak dicapai itu? Maju berkebajikan atau maju menjahanamkan? Yang nampak adalah maju pada nama saja. Itukah maju??


Note :: Apa pun sebagai hamba. Kita bersyukur atas rezeki kurniaan ALLAH kepada kita. Murah rezeki dengan pemberiannya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Buta+Pekak+Bisu=CINTA