Followers

Tuesday, 1 November 2011

Did you still love your EX?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam semalam, ada orang postkan gambar bawah ni dekat wall KBU.


Lepas tu ada beberapa yang menjawapnya. kat bawah ni jawapannya.





Rasanya Nadh juga ada Ex. Meh Nadh nak kongsi Ex-Ex Nadh, lepas tu kita buat perbandingan sedikit, amacam? Ada bran? 
1. Kejatuhan Saya - Masa kecil-kecil ni. Mudah nak jumpa, tapi susah nak ingat, masa tu, saya nak belajar berjalan, tapi kaki belum cukup kuat, saya gagahkan juga memanjat di mana sahaja saya jumpa tempat berpaut, entah berapa kali saya jatuh, entah dah di mana-mana lebam di badan saya ni, berapa banyak kali saya meraung pun saya tak tahu, tapi saya tahu, akhir sekali, saya berjaya juga bangun, berjaya juga berjalan, dapat juga saya melangkahkan kaki saya waktu ni. 

2. Tangisan Saya - Waktu saya mula melihat dunia, masa ni saya menangis, kuat la kot sebab saya tak ingat pula masa ni macam mana, tapi saya tahu sesuatu, waktu saya lahir, saya seorang sahaja yang menangis, dan semua tergelak, berpesta sakan sebab gembira menerima saya sebagai ahli baru keluarga mereka, saya nak simpan dalam minda saya, bila satu hari nanti saya pergi, yang akan menangis adalah dunia, dan saya pula yang tersenyum gembira.

3. Kejayaan Saya - Saya ingat lagi, waktu saya di Universiti dahulu, saya suka sangat bila setiap kali bila saya mendapat kejayaan, semua datang kepada saya. Menghulur tangan mengucapkan tahniah, tak kurang juga yang bergelak ketawa berkongsi kejayaan saya. Saya suka betul waktu tu, tapi saya tak ingat pula masa saya bertungkus lumus mendapatkan kejayaan saya ni sebab terlalu gembira dengan kejayaan saya. Hinggakan saya terlupa pada yang memandang sayu kejayaan saya itu. Saya sepatutnya gembirakan mereka juga, kongsi aura tu dengan mereka, dengan harapan mereka terpengaruh dan berusaha kuat selepas itu.

4. Persaingan Saya - Ada kawan cakap dengan ibu mereka, "Ibu, kalau nak tahu, dia itulah musuh ketat saya, selalu sahaja bila bab belajar, bersaing dengan dia. ". Oh dia beritahu ibunya mengenai saya, saya berasa gembira kerana kewujudan saya diperhatikan, tapi saya terlupa, sedang asyik saya bersaing ini, saya tidak ingat kepada persaingan yang sepatutnya saya utamakan, persaingan mendapatkan Redha Yang Esa, ALLAH SWT. 

5. Perbuatan-perbuatan saya - Kalau hendak saya hitungkan, terlalu banyak yang sudah saya lalui. Yang baik, yang tidak, yang nakal, yang membencikan, terlalu banyak sebenarnya, semuanya adalah pengalaman yang mengajar saya menjadi siapa saya sekarang. Yang teruk itu menyedarkan, yang baik tanpa beringat itu kekadang melalaikan, makin lama, semuanya mengajar, makin saya sedar yang semua merupakan susunan ALLAH buat saya supaya saya belajar mengenai kehidupan.

6. Pengorbanan - Ini sangat mendalam. Mungkin hati saya selembut tissue bila berbicara mengenainya. Atau juga mata selaju pili yang dibuka untuk jatuh berjurainya air dari muncungnya, Peringatan buat saya, bahawa Siapakah saya di hari ini jika tiada pengorbanan. Biarlah saya pilih dua insan terlalu istimewa dalam dunia ini kerana telah membesarkan saya, iaitu Mama dan Ayah saya.  Adakah saya hargai pengorbanan mereka? Adakah saya telah menjadi anak yang baik, anak soleh yang senantiasa mendoakan kebahagiaan mereka? Adakah saya ini mampu untuk berkorban sehebat pengorbanan mereka satu ketika dahulu? Ibu yang berperang dengan nyawa ketika hendak melahirkan saya? Ayah yang bersusah payah demi memberikan saya kehidupan terbaik? Disebalik Redha mereka itu lah ALLAH redhai kita, oleh itu, peringatan buat saya dan semua, hargailah mereka seperti mana mereka menyayangi kita satu masa dahulu. Semuanya di buat free of charge, tidak pula mereka menuntut semuanya dari kita, jadi biarlah kita jadi seorang pengenang jasa, yang berusaha memberikan mereka khidmat terbaik selagi mereka diizinkan bernafas di muka bumi ini.

Terlalu banyak Ex yang sekiranya diberikan peluang untuk saya berkata-kata, memang tidak berhentilah anda membacanya, cuma saya hendak ingatkan, Ex itu dari maksud perkongsian hari ni adalah kenangan, masa silam yang pernah berlalu dalam hidup kita. Ianya adalah perancangan ALLAH untuk kita, sama ada ianya dimanfaatkan atau tidak, semua bergantung kepada diri kita sendiri. Sekiranya ianya diambil untuk diingati , dan sebagai jalan pandu ke masa depan gemilang, atau sekadar ingatan untuk dikenang sahaja, biarlah diri kita yang menentukannya.

Pengalaman itu mematangkan. Pengalaman mengajar kita.


"Biarkan masa depan datang sendiri, telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan datangnya. Allah telah menyusun hidup kita dengan sempurna..."

15 comments:

azwa amani said...

like nadh...masa lalu adalah kenangan untuk dijadikan pengalaman dan kekuatan di msa hadapan.. :)

Anum said...

saya buang jauh2

Asyikin said...

Saya sayang ex saya, sebab dia la, saya jadi begitu kuat dan tabah :)

azam said...

yang sudah tu sudah la....

fikir masa depan yang jauh lagi
lupakan si x, tetapkan dgn mr x anda sekarang

JIJI YU said...

sentiasa berpaling kebelakang untuk megatur langkah kehadapan

Miss Nadya said...

nad dah tak nak ingat kat ex ex dulu sebab amat menyakitkan..:(

fRaMe+LenSeS said...

Amani :: ya betul.. hihihi.:D

Anum :: saya buang jauh2 melainkan ex yang kat atas ni. :)

Asyikin :: nak syg juga la. leh kan? :D

Abg Azam :: setuju, yang udah tu udah la kan? :) watpa nak kenang2.

Jiji :: betul tu boss. :) aku suka :)

Miss Nadya :: hihihi. sakit juga. :)

Iffah Afeefah said...

slalu ex y mnyakitkan

aimie amalina said...

menjadikan kisah lalu kisah paling manisss utk kuat!

mas saari said...

akak sayang kenangan2 lalu, bagi akak merekalah yang membuatkan akak bahagia sekarang!

pengalaman lalu mematangkan kita kan?

sally wanny said...

yg lepas 2 lepas la
xusah di kenang2

huhuhu
tapi hati ni x fhm2
nak jgk kenang2

cintatulip said...

masih menyayangi X sy.. sbb tanpa dia.. sy tak steguh hari ni.. X megajar naqiah erti kesabaran.. :D

angah said...

kalau da jodoh kan..:)
insyaAllah la kita boleh buat...

Ruzzezanie said...

cis.. ingatkan ex apa tadi.kih2..

wa suka kenangan wa masa kecik. tatau nape, tapi tu la paling wa ingat. wa tak banyak kenangan la..sebab wa pelupa. :)

Nong Andy said...

saya masih sayangkan ex saya... tapi saya yang tinggalkan dia.. jadi sebenarnya saya cuma sayangkan kenangan kami berdua.. dan setakat ITU SAJA!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA