Followers

Tuesday, 18 October 2011

Akukah yang tersesat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Lost in Jungle by Aashiyaana

Satu hari , sedang kita asyik menikmati alam, dalam perkhemahan kita bersama rakan-rakan di dalam hutan, kita tersesat . 

Kita tercari-cari arah perjalanan kita, ke kiri kita pusing, ke kanan kita toleh, Akhirnya setelah hati berasa kuat , kita memilih untuk berjalan di satu arah itu, di arah sana, kita terdengar seperti ada aliran air sungai namun kurang pasti mana dan sejauh mana tempatnya.

Ketika melangkah, tiba-tiba kaki kita tercucuk duri,. Kita menjerit kesakitan. Waktu tu, kita terloncat-loncat supaya kaki tidak terpijak lagi dan membuat duri itu masuk dalam lagi, kekiri dan kanan kita tuju, hinggalah terlihat akan sebongkah kayu, yang cukup untuk kita duduk, kemudian, kita tarik keluar duri itu keluar dari kaki, tika ini, kita menjerit kesakitan

Kita berjalan lagi, kali ini, kita menunduk-menunduk mengelakkan ranting2. Tiba-tiba satu ranting terjatuh ke atas kita, kena tepat pada kepala kita. Kita mengabaikannya, mungkin sedikit kerana kita berjaya juga menepisnya tadi. Perjalanan itu kita teruskan. Saat kita berhenti seketika untuk mengelap peluh, kita berasa satu cecair panas mengalir di muka kita, kita lap ia, ingatkan ianya adalah peluh, Rupanya, dalam kita tidak sedar, rupanya ranting tadi mencederakan kepala kita, kita hampir pitam bila menyedari nya, tapi sifat melawan kita menguatkan diri untuk terus bertahan. Maka, dengan sapu tangan yang ada di dalam poket, kita keluarkan ia, dan membalut kepala kita yang luka itu.

Kita sambung lagi perjalanan, kali ini, kita menolak ranting-ranting yang ada. Tapi kita tak sedar, yang kita tolak itu sebenarnya salah tolak, ranting itu melibas kita, terkena tepat pada muka, kita jatuh terduduk, pening kerana libasan itu mengenai betul atas kepala kita, sakitnya bukan kepalang. Kita tak mampu berjalan buat seketika, masa yang kita ambil, lama benar sementara menanti kita pulih.

Setelah diyakini kita sudah pulih, Perjalanan kita teruskan, melangkah demi langkah, kita terpelecok kaki bila kita terjatuh dalam satu lubang yang ada dihadapan kita. Dalam kita tak sedar dan berhati-hati, rupanya muncul lagi satu ujian. Rupanya, tanah yang kita sangka kan bertutup dengan dedaunan, rupanya lubang yang besar. Kita menjerit kuat sekali. Betapa sakitnya kaki yang terpelecok itu. Kita menangis, menahan sakit, menarik diri naik ke permukaan, waktu ini, hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa sakitnya yang kita rasa. Namun perjalanan perlu diteruskan.

Maka, dengan kaki yang terhencot-hencot bertemankan ranting kayu yang dipilih khas untuk dipaut, perjalanan diteruskan lagi. Sedang kita berjalan, dengan air mata yang dari tadi bercucuran, mengenangkan nasib diri yang diuji sebegini rupa, kita terpandang ke belakang, rupanya kita ada parang, kenapa tidak gunakan ianya dari tadi? Untuk mencantas laluan kita menjadi terang, agar mudah diri melangkah menuju ke destinasi.

Bermula dari sana, perjalanan sedikit mudah, kita berjalan, walaupun perlahan, dan akhirnya tiba ke destinasi, dan seperti yang dijangka, perjumpaan dengan sungai yang diyakini tadi telah membawa kepada kejayaan, bukan sahaja diri dapat menghilangkan dahaga yang tadi tidak berhenti menyerang tekak, tetapi juga, tanah tebing sungai itu rupanya adalah tempat tinggal orang. Alhamdulillah, selamat juga tiba dan diselamatkan juga kita dari ujian tadi.


Dalam kisah di atas, lubang beserta kaki terpelecok, ranting yang menghentam muka, ranting yang mencederakan kepala, bolehlah kita anggap sebagai ujian yang senantiasa ada bersama kita. Sepertimana
Firman ALLAH dalam Surah Muhammad, ayat 31 :

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” 

Parang yang tetiba muncul didalam cerita itu, sebenarnya adalah Al-Quran yang diturunkan untuk menjadi rujukan hidup dan As-Sunah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah untuk menerangkan isi Al-Quran yang diturunkan buat kita umat Manusia.

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku". (Hadis Riwyaat Imam Malik.)

Dan akhirnya berkat mengikut dan menggunakan parang pemberian itu, hidup dipermudahkan, bukan sahaja berjaya berjalan dengan senang, malah akhirnya tiba juga ke destinasi. Kenapa Nadh buat "kita" dalam cerita ini melupakan kewujudannya, Nadh nak kita tengok dari perspektif kehidupan kita sekarang ini, yang mana kita sebenarnya hanyut dan lalai dalam mengikut tunjang yang telah Rasulullah SAW sendiri nyatakan, berpegang dan tidak akan sesat selamanya.
Begitulah hidup sebenarnya, kita mengetahui yang Akhirat itu adalah PASTI, tapi tidak pula kita gunakan parang untuk mencantas dosa-dosa yang mendekati, malah kita terus sahaja berjalan walau kita tahu ianya bukan satu tindakan yang benar dan bijak. Malah lebih hebat kita siap lawan lagi dugaan itu dengan semangat yang kuat, hanya demi survival kita didalam hutan yang tidak kita tahu untuk nasib kita. Sedang di alam nyata, kita mengabaikan parang itu dan akhirnya, seperti kita lihat hari ini, masyarakat kita pincang!!

Fikir-fikirkanlah, Renung-renungkanlah.

Moga mendapat manfaat.

13 comments:

p!q4h b@guss said...

sangat bermakna n menarikk.. :)

Iffah Afeefah said...

Bgus pengolahan. Jiran terasa sakit je kaki heeh

hadiee said...

nice.

angah said...

terbaik..:D

azwa amani said...

nadh..amani suka sgt entry ni nadh...rasa mcm nak nagis baca nya..huhu... :)

udin said...

nice entri bro! :D

fazrulnoor said...

baiklah :) singgah sahur

cik pulau said...

nice nadh..
tapi yang pasti..hasil yang kita dapat dari kesusahan tu lebih nikmat..
kalau lah akhirat tu boleh nampak dengan jelas, pasti semua terkejar-kejar nak dapatkannya..
tapi.. segalanya ketentuan Allah, untuk menguji keimanan hambaNya..
^^,

oli-go said...

Terima kasih berkongsi pendapat. Mmg betul apa yang nadh ckp tu. Tapi manusia, memang mudah lalai dan lupa. Kalau tak da orang yang igt kan hanyut lah dia.

aizamia3 said...

entry yang menarik untuk dishare..
kita jangan mudah lupa.. dengan setiap amalan yang kita buat insyaAllah kita dapat mengharungi dugaan dengan tenang..

IBU GEBU said...

kakak suka dengan penulisan nadh... teruskan lagi ya dik!

Suhaili Sarif said...

leganya baca cite nadh
thanx ya nadh..mmg kena dgn saya :)

aimie amalina said...

=]
suke nye bace!
hidup ini pi mane sekali pun takkan lari dr dugaaan
yakinlah dengan janji Tuhan!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA