Followers

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Thursday, 26 September 2013

ALLAH pasti bagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang. Berjumpa dengan 2 sahabat. Seorang dah lama kenal dan seorang lagi juga tidak asing sebenarnya sebab kami berkenalan sebab futsal sebelum ni. Seorang datang dengan harapan belajar macam mn saya trade forex, manakala seorang lagi peneman sahabatnya.

Menarik pengalaman tadi. Bagaimana si peneman, seorang pemegang Masters Degree dengan pengalamannya bekerja dan merupakan bekas forex trader juga.

Saya rasa kagum bila dceritakan kisah d alam belajar dia dahulu. Ada seorang kawan yang asyik dengan forex sampai terabai pelajarannya. Dfahamkan sahabatnya itu asyik dengan graf sampaikan disuruh sahabat lain tolong beli kertas graf, semata mata untuk dia kaji chart. Bukan itu sahaja, study graf sampai penuh meja dengan buku berkaitan forex. Bayangkanlah apa yang dibuatnya. Lagaknya jika buku itu adalah pelajaran kini, pasti 4.00 dalam gapaian.

Waktu bermula tiada yang peduli sampai satu hari diajaknya pergi ke bank. Dikeluarkan 10k. Terkejut kawan kawan, rupanya ini untung. 3-4 hari 4k. Maka mula teruja kawan kawan untuk turut serta. Sampaikan bersama sama dipanggil ke court sebab dah tinggal kelas dan pelajaran. Sahabatnya kembali ke pelajaran, tapi dia tidak.

Akhirnya, semasa melawat rakan rakan, dia bersama kereta mahal. Ini habuan kerana telah berjaya dalam bidangnya. yang saya nak kongsikan adalah usaha dan bersungguh tu. bagaimana dia usaha untuk mencari ilmu dan kefahaman tu. saya sangat respek dia walau kami saling tak berkenalan. Kagum saya kagum.

ALLAH mesti bagi pada yang dah usaha. Yakin!

Tuesday, 1 November 2011

Did you still love your EX?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam semalam, ada orang postkan gambar bawah ni dekat wall KBU.


Lepas tu ada beberapa yang menjawapnya. kat bawah ni jawapannya.





Rasanya Nadh juga ada Ex. Meh Nadh nak kongsi Ex-Ex Nadh, lepas tu kita buat perbandingan sedikit, amacam? Ada bran? 
1. Kejatuhan Saya - Masa kecil-kecil ni. Mudah nak jumpa, tapi susah nak ingat, masa tu, saya nak belajar berjalan, tapi kaki belum cukup kuat, saya gagahkan juga memanjat di mana sahaja saya jumpa tempat berpaut, entah berapa kali saya jatuh, entah dah di mana-mana lebam di badan saya ni, berapa banyak kali saya meraung pun saya tak tahu, tapi saya tahu, akhir sekali, saya berjaya juga bangun, berjaya juga berjalan, dapat juga saya melangkahkan kaki saya waktu ni. 

2. Tangisan Saya - Waktu saya mula melihat dunia, masa ni saya menangis, kuat la kot sebab saya tak ingat pula masa ni macam mana, tapi saya tahu sesuatu, waktu saya lahir, saya seorang sahaja yang menangis, dan semua tergelak, berpesta sakan sebab gembira menerima saya sebagai ahli baru keluarga mereka, saya nak simpan dalam minda saya, bila satu hari nanti saya pergi, yang akan menangis adalah dunia, dan saya pula yang tersenyum gembira.

3. Kejayaan Saya - Saya ingat lagi, waktu saya di Universiti dahulu, saya suka sangat bila setiap kali bila saya mendapat kejayaan, semua datang kepada saya. Menghulur tangan mengucapkan tahniah, tak kurang juga yang bergelak ketawa berkongsi kejayaan saya. Saya suka betul waktu tu, tapi saya tak ingat pula masa saya bertungkus lumus mendapatkan kejayaan saya ni sebab terlalu gembira dengan kejayaan saya. Hinggakan saya terlupa pada yang memandang sayu kejayaan saya itu. Saya sepatutnya gembirakan mereka juga, kongsi aura tu dengan mereka, dengan harapan mereka terpengaruh dan berusaha kuat selepas itu.

4. Persaingan Saya - Ada kawan cakap dengan ibu mereka, "Ibu, kalau nak tahu, dia itulah musuh ketat saya, selalu sahaja bila bab belajar, bersaing dengan dia. ". Oh dia beritahu ibunya mengenai saya, saya berasa gembira kerana kewujudan saya diperhatikan, tapi saya terlupa, sedang asyik saya bersaing ini, saya tidak ingat kepada persaingan yang sepatutnya saya utamakan, persaingan mendapatkan Redha Yang Esa, ALLAH SWT. 

5. Perbuatan-perbuatan saya - Kalau hendak saya hitungkan, terlalu banyak yang sudah saya lalui. Yang baik, yang tidak, yang nakal, yang membencikan, terlalu banyak sebenarnya, semuanya adalah pengalaman yang mengajar saya menjadi siapa saya sekarang. Yang teruk itu menyedarkan, yang baik tanpa beringat itu kekadang melalaikan, makin lama, semuanya mengajar, makin saya sedar yang semua merupakan susunan ALLAH buat saya supaya saya belajar mengenai kehidupan.

6. Pengorbanan - Ini sangat mendalam. Mungkin hati saya selembut tissue bila berbicara mengenainya. Atau juga mata selaju pili yang dibuka untuk jatuh berjurainya air dari muncungnya, Peringatan buat saya, bahawa Siapakah saya di hari ini jika tiada pengorbanan. Biarlah saya pilih dua insan terlalu istimewa dalam dunia ini kerana telah membesarkan saya, iaitu Mama dan Ayah saya.  Adakah saya hargai pengorbanan mereka? Adakah saya telah menjadi anak yang baik, anak soleh yang senantiasa mendoakan kebahagiaan mereka? Adakah saya ini mampu untuk berkorban sehebat pengorbanan mereka satu ketika dahulu? Ibu yang berperang dengan nyawa ketika hendak melahirkan saya? Ayah yang bersusah payah demi memberikan saya kehidupan terbaik? Disebalik Redha mereka itu lah ALLAH redhai kita, oleh itu, peringatan buat saya dan semua, hargailah mereka seperti mana mereka menyayangi kita satu masa dahulu. Semuanya di buat free of charge, tidak pula mereka menuntut semuanya dari kita, jadi biarlah kita jadi seorang pengenang jasa, yang berusaha memberikan mereka khidmat terbaik selagi mereka diizinkan bernafas di muka bumi ini.

Terlalu banyak Ex yang sekiranya diberikan peluang untuk saya berkata-kata, memang tidak berhentilah anda membacanya, cuma saya hendak ingatkan, Ex itu dari maksud perkongsian hari ni adalah kenangan, masa silam yang pernah berlalu dalam hidup kita. Ianya adalah perancangan ALLAH untuk kita, sama ada ianya dimanfaatkan atau tidak, semua bergantung kepada diri kita sendiri. Sekiranya ianya diambil untuk diingati , dan sebagai jalan pandu ke masa depan gemilang, atau sekadar ingatan untuk dikenang sahaja, biarlah diri kita yang menentukannya.

Pengalaman itu mematangkan. Pengalaman mengajar kita.


"Biarkan masa depan datang sendiri, telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan datangnya. Allah telah menyusun hidup kita dengan sempurna..."

Tuesday, 13 September 2011

Pengalaman sehari bersama Khalisya.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pengalaman sehari bersama Khalisya.


Opss.. nak cita pengalaman bersama sayang selama sehari masa Mama keluar tadi pergi kedai dengan Jiah n Yaya.

Mula tu kan, Mama kata, "Abang, Mama nak keluar pergi Tesco sat, abang tolong ngasuh Icha na.. "

"Okeh Mama. ". Sambil turun bawah lepas tu amek Khalisya naik atas duduk dekat atas toto.

Masa mula-mula, buat tatau ja dekat dia. Sebab biar dia memain sendirian.
Lepas tu, angkat, main dengan dia. Pebret dia, bagi dia meniarap, lepas tu sergah dia, memang gelak mengekek-ngekek (owh dear, sangat comei, rasa macam nak geget aja budak kecik ni..)

Selesai tu, dalam setengah jam, dia dah sapu-sapu mata. (Hokkeh.. da mengantuk dah ni..). Iya ka? tak sure, tapi yang pasti kat atas panas, maka dengan itu, angkat dia lagi, bawa turun bawah..

Kat bawah, letak dia atas tilam, still boleh blah lagi. Dia main dengan penuh keriangan. Dia sangat suka bersembang. (ouchhh.. comeinya.. memang kena gomoi tak hengat donia..)

Maka bermulalah dia nak meragam, (dah tahu, mengantuk ni..) jadi dia dimasukkan kedalam buai. Buaikan dia dengan penuh perasaan. Tapi dia masih tak tidur, ciap dok bergelak sakan. (elloww syg, abg bukan ajak main la. nak bagi tidoww la..)

Tak berjaya, dia dikeluarkan dari dalam buai. Letak atas tilam balik. Lepas tu kan, dia nak mragam lagi. (Saya pasti dia lapo plak, jadi amek susu dan cuapkan. ). Masa ni dia dah mula pejamkan mata. (Baru saya tahu, rupanya dia lapo n mengantuk.. ). Susu dicuap sambil tangan mendodoikan. Last sekali, selesai susu sebotol, dia dah terlena. Nak angkat tak berani, sebab takut dia terkejut, maka lenalah dia terkedang atas tilam tu. Diambil sebijik bantal dan diletakkan diatas dada dia, sebab takut burung murai (nama samaran Kakak Yaya yang suka bercakap) balik.

**Arap maaf, lupa amek gambaQ dia tdo dalam keadaan kiut itu. arap maklum. :P **

Mama pun sampai 15 minit lepas tu. Jiah tanya, "haaa, nangis sampai keras apa budak tu.."
"Shhhhhh.. dia dok lena la..jangan buat bising, nanti dia terkejut.. "

Mama masuk dan tengok dekat buaian. "Ehh mana dia abg?".

"Ada kat atas tilam Mama. ".. Mama tengok aja. Senyum tengok Icha tidur. "Napa tak bagi dia tidur dalam buai?". "Dah masukkan Mama, tapi dia dok gerak-gerak. tak tidur pun.". jawap Nadh. "Tak bedong dia, memang la macam tu..". (Opss, bukan taknak bedong, tapi malas, ehehehe)

"Yaya diamm la...". Suruh Yaya diam. Sebab dia tak berhenti cakap. nanti adik dia jaga..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA